Wednesday, December 30, 2009

9 sikap wanita yg disukai lelaki???


salam~ haa..last post utk taun nie...2009 ialah tentang 9 sikap wanita yg disukai lelaki yg baru sya bca dari blog sahabat sya...hurm...ntahlah bagi sya...jom baca...haa 2009 = 9 ok la tu yer...
Ini adalah sekadar renungan buat kita semua, dan jika diamalkan adalah baik, untuk menambahkan keharmonian dalam hubungan CINTA mahupun alam PERKAHWINAN...



1)Bersifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2)Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3)Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4)Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

5)Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6)Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7)Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8)Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9)Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona

p/s:
haa...dah bcakan...pasnie boleh la jadi wanita solehah yer & jgn nakal2...ok

salam ikhlas dariku~
sharif

InsyaALLAH...


salam~
dalam thn 2009...hnya dpt hasilkn 3 buah lagu...itu pon DEMO shja...biasa ar composer bru nk belajar..pasnie kna byk dgr lgu2 nasyid...especially lgu dari arabic ballad...terasa nak buat byk lagi lgu nasyid... especially arrangemnt yg berentak pdng pasir ckit...sbnrnya apa yg terbaik utk album nasyid kali nie...hurm mst ada kelainan ckit...dari segi melodi..apa2 pon kna byk belajar lagi..tentang timing, percussion, vocal, recording dan byk lagi la....asalkn tidak bercanggah dgn akidah..insyaAllah utk album pertama nie akan ada lagi 3 lagu nasyid + zikrullah...
lagu bertajuk

1) InsyaAllah
2) Bismillah
3) Teman


nntikan insyaAllah.....

Lirik yg bakal dimuatkan dalam album Amanat Perjuangan..

Amanat Perjuangan

walaupun kau akan berjalan
tinggalkan kampung serta halaman
namun kami tetap doakan
engkau bahgia diperjalanan

Selamat jalan kami bermadah
selamat engkau pulang kembali
kepada tuhan tangan ku tadah
bermohon dapat
berjumpa lagi

semoga Allah akan memberi
nikmat kepada kami keuntungan
biarlah kami tinggal disini
berbahgia dalam ketaatan

bila engkau pulang kembali
jika pusara yg kau temui
jangan ratapi jangan sesalkan
Demikian suratan kita renangi

walaupun kau akan berjalan
tinggalkan kampung serta halaman
namun kami tetap doakan
engkau bahgia diperjalanan

Ya AllahHu Ya AllahHu Ya Rabbi.....


Kenangan Noda

Bila mana terkenangkan
dosa-dosa yang kulakukan
bila hati tertusuk duri
mencari-cari

Allahurabbi

Hati bersedih
kalam suci pemujuk diri
ya Allah kau ampuni
Dosa dalam Diri

Mungkinkah ini
suratan dari ilahi kuterima
dengan tabah
walaupun hati gundah


Doa Taubat

Allah..Allah.Allah ya Allah
Allah...Allah..Allah ya Allah

Tubna ya Allah..Tubna ya Allah
warajakna ya Allah..
Wanadimna ya Allah...
Allah Allah Allah ya Allah...
Allah Allah Allah ya Allah...

Tubna ya Allah..Tubna ya Allah
warajakna ya Allah..
Wanadimna ya Allah...

Allah Allah Allah ya Allah...
Allah Allah Allah ya Allah...



Wednesday, December 23, 2009

Aurat Lelaki??

Salam~
hari nie nak kongsi dgn anda semua berkaitan dgn aurat lelaki..hhurm ada setengah ckp aurat lelaki nie pusat hingga lutut..ada pula yg mengatakan sebaliknya jadi...mari kita tengok hadis dan dalil...

Apakah batasan aurat lelaki?


Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).

Pandangan kedua ini adalah pandangan mazhab az-Zahiri dan sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Menurut Imam al-Bukhari; hadis Anas di atas lebih kuat sanadnya, namun hadis Jarhad adalah lebih berhati-hati. Jadi sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat), lebih baik kita berpegang dengan pandangan jumhur kerana kita dapat lari dari khilaf dan keraguan. Sabda Nabi s.a.w.; “Tinggallah yang meragukan kamu untuk berpindah kepada apa yang tidak meragukan kamu” (HR Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Adakah pusat dan lutut termasuk aurat dan wajib ditutup?

Jumhur ulamak (merangkumi Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; pusat dan lutut tidaklah aurat, namun wajib ditutup sebahagian darinya untuk menyempurnakan penutupan kawasan aurat di atas (yakni kawasan antara pusat dan lutut) kerana sesuatu yang tidak sempurna yang wajib kecuali dengannya maka ia turut menjadi wajib. Maksud wajib ditutup sebahagiannya ialah; menutup sebahagian pusat sebelah bawah dan sebahagian lutut sebelah atas.

Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; Pusat tidaklah aurat, akan tetapi lutut adalah aurat dan wajib ditutup.

hurm...oleh itu sama kita renung2kn...jadi ambil yg terbaik...dari dalil berkenaan...moga2 mendapat kebaikan dari Allah swt...


Pesanan Nabi
Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.

salam ikhlas dariku~
sharif

Sunday, December 20, 2009

Port Dickson Show



Persembahan di Golden Stratits Villa Port Dickson

salam~
Smlam, show di port dickson. Sya bwk lgu "tinggalah kenangan" oleh Hafiz Hamidun.Dinner mlm smlm sgt meriah sekali dgn persembahan montaj.Actually, MSI Records Entertainment telah diminta oleh ahli keluarga hashim utk membuat 1 montaj sempena Hari Keluarga tersebut. Tajuk montaj yg telah diberikan ialah Ayah & Ibu..Dan pihak MSI records Entertaiment dgn jayanya telah menyiapkn montaj berkenaan dlm tempoh yg diberikan, komen positif telah diberikan oleh semua ahli keluarga Hashim..dan mereka bharap, pihak kami dpt menghasilkn lagi montaj sebegini diwaktu akan datang..insyaAllah

Kepada anggota Hashim's family yg mahukan video montaj berkenaan utk dijadikn kenang-kenangan, blh dptkan terus dari sya...dan bayaran tunai sebanyak RM10 dikenakan...*bukan utk sya, tapi utk dimskkan kedalam tabung Hashim's Family.

salam ikhlas dariku~
sharif

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah

salam~

Hari nie nak kongsi ckit berkenaan artikel maal hijrah...jom tgk2

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Di hari yg penuh bermakna nie sya nak hijrahkn seluruh jiwa raga kepada org yg tak berapa baik kepda lebih baik...semoga Allah bantu sya dlm meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyah dibumi ini...Allahuakbar....


MAAL HIJRAH

Maal Hijrah menyingkap sejarah
kisah perpindahan nabi Muhamad
dari kota mekah menuju ke kota madinah
untuk menyelamatkan islam dari ditindas

Ditengah malam rasul berjalan
Bersama abu bakar menjadi teman
Didalam gua thur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari ditindas..



salam ikhlas dariku~
sharif

Saturday, December 12, 2009

CARA DAKWAH BERKESAN


salam~

uhh..bru jer balik dari penang...dan terus ke melaka sbb ada exhibition SDSI anjuran kerajaan negeri melaka..kat sana ada mcm2 industri kecil...yg berbentuk perniagaan...uhh byk2 ssh nak tgk..tapi best..hurm dan dlm byk2 tu dpt lihat pelbagai ragam manusia...Dj hot fm pn ada...ishh2 meriahkn...manusia mmpunyai byk ragam...*especially aku ni..kdg2 tu x pasti mana yg betul..dan mana yg slh...dan yg slh tulah, ramai org ikut...*termasuk diri nie...huhu mcm mana nak berubah!!!
huuh...dan 1 lagi manusia nie...suka sgt ambil berat pasal org lain...cthnya: cerita gosipla, fitnahlah, mengumpatlah, katakn org nie lah kata kat org tulah, pdahal diri nyer 2 kali 5 jer...tapi dier org yg tak sedar....huhhh sya mula hairan...kdg2 ada anak umpat pasal ayah, ada menantu umpat at0k...huhu dunia2...mgkin mereka rasa apa yg mereka ckp tu bkn umpatan..hanya tuhan yg tahu...semua nie angkara manusia yg tidak berpegang teguh dgn apa yg Al-quraan bawa..dan sunnah nabi itu sendiri...

*golongan nie setakat ini paling aku benci...dan menyampah...dan rasa tertekan...

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah - olah mereka wira agama
konon hendak membersihkan agama dari noda
Dan sebenarnya berlakon di depan manusia bukan hidup realitinya

dipetik pda sebuah lagu nasyid

uhh..bila bercakap dgn org merekalah yg paling lantang bersuara...membantah nie tak betullah, dan kadang2 smapaikn imam masjidil haram pn salah..

kawan2...jangnlah sangka diri saya nie baik sgt...kerana diri ini cuba utk menjadi yg terbaik...sebarang kritikan akan kuterima asalkn akidah terjaga...pernah ustaz saya mengatakn dulu..sebelum kita menasihati org lain, nasihatilah diri kita dulu..barulah nasihat itu dapat org lain amalkan...dan jadikan panduan dalam hidup...cara berdakwah yg berkesan...cthnya: klu muslimah ingin menasihati muslimah lain yg tidak memakai tudung, jadi hndaklah..muslimah itu memakai tudung dulu...kemudian barulah menyeru...org lain utk memakai tudung..barulah berkesan...

jadi yg penting selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka....wallahualam

salam ikhlas dariku~
sharif



Kenangan Noda DEMO version

Wednesday, December 2, 2009

DISEMBER 2009 UPDATE

DISEMBER 2009

4hb - Finish final exam
5hb - ke penang (cuti-cuti)
7hb - subang Jaya (hometown)
15hb - Recording lgu Maal Hijrah
18hb - mastering lgu Kenangan Noda
19hb - show the melaka + family day
23hb- arrange lgu teman
25hb- recording lagu rakan masjid
28hb- publish kompilasi lagu under MSI records

sebarang petanyaan untuk persembahan disekitar Kuala lumpur, blh emelkn ke mshariffuddin@gmail.com

syukran~

Monday, November 30, 2009

Harapan Padamu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Thursday, November 26, 2009

Teka-teki Imam Al-Ghazali

salam hari ini nak kongsi, satu teka teki dari ulamak kesukaan saya iaitu imam Al-ghazali,
"Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

dpt jwb x..? hurm..xpe cube lg yer...
salam~

Ketupat + Rendang = Roti canai

SELAMAT HARI RAYA MAK ABAH



salam~
ketupat + rendang mak x penah sya miss every hari raya...nak kata every raya mesti makan ketupat +rendang la...tapi raya kali nie lain sikit...disebabkn raya diperantauan terpaksa makan apa yg ada...nmpaknya mkn roti la jwbnyer...smlm hari yg meriah walaupn x byk sedara...kwn2 lah penyeri raya...smlm mmg smangat giler...mula2 pi solat kat masjid an-nur...kira2 first time kot solat maghrib kat situ....sbbnyer jauh dari bilik...*alasan kot tapi sbbkn surau jer yg mampu xper ar...laen kali msti smangat gi masjid...(ceh,azam baru sempena raya aidiladha nie) lepas jer maghrib kat masjid terus ke bilik sahabat ku Ali...yg kira2 1 kilometer dari masjid...hihi Ali nak balik mlm tu...so sya pun ajak la Ali pegi minum2 raya kejap...pastu kita orgpn menuju ke v2 kafe...nasib kedai nie bukak..klu x minum air water cooler ar jwbnyer...s0, Ali order bancau & mcm biaser ar aku order air horlick ais...kitaorg borak2 mcm xpenah jmpa setaun...mcm2 citer kluar...Ali balik mlm tu...uhh, sedih wei x balik..xpe sya harus tabah...dan lepas tu sya terus ke surau v2 bagi menunaikan kewajipan kepadanya...habis jer takbir disurau v2 sya terus ke bilik....record takbir raya..pastu bagi kat kawan2...harap dpt keredhaan Allah...insyaAllah

pastu..check email dan terus sya selak buku chemistry atas meja...bukak2 buku semua blank...isshh, teringat kat kampung...MAK NAK BALIK RAYA!!! huh..mmg xdpt masuk yg dapt pn pasal Sn1,Sn2,E1,E2...tu jer issh2, masyaAllah bila nak start belaja nie...minggu dpn dah nak final hari rabu dah gtalk puas2...nie dah hari khamis...esk dah raya...bila nak start...? uhh..xpe2 dimana ada jalan distu ada sya....pastu terus cari bantal....kira2 nak tido la...tapi lelap punye lelap xdpat jugak sya tido....tiba2 ada org ketuk pintu bilik...owh, saiful rupanyer...dier nak pinjam kereta roomate, nak pi mkn...last2 sekali sya pn ikut...kluar dlm pukul 12 lebih...kot ahernyer roti canai jadi pengganti ketupat & rendang mlm smlm...huh apakn daya...itu jer yg ade...nak lebih2 masak ar sendiri....habis jer mkn terus balik...pastu smlm juga pandai bawak kereta...first time tuh....selama nie bwk kereta gak tapi auto jer....nie manual...ishh2 gelabah giler...xpe2 ada chance lg nnt bwa kereta kancil mak kat rmh....hehe smpai2 jer bilik dlm pukul 2 pagi...terus tumbang atas katil...

moral of the storie
1) raya mst balik rmh...
2) Mst belaja masak ketupat ngan rendang (*masak nasi goreng pun x lepas..nie msk rendang...)
3) Jgn lupa keluarga yg tersayang MAK & ABAH


salam ikhlas dariku Anak MU,
sharif


p/s: Mak klu blh pos lah rendang ker...ketupat ker...ataupn dgr2 citer mak teh buat nasi briyani...haa nasi briyani pon blh x kisah...ataupn yg simple2 ke..mcm KFC..hihi


Di hari raya...
terkenang daku pada Mak & Abah..
kampungku indah nun jauh disana...
Ayah serta bondaku...

ditepian mandi
danau ku hijau yg damai selalu..
nun disanalah tempat ku beteduh..
Aku dan keluargaku...

Apakan daya...
masa takkan kembali...
hancur musnahlah..
semuanya..

impian yg murnee..
tinggal lah menjadi kenang-kenanganku
hanya rangkaian kata dan lagu..
Anak perantau...

Wednesday, November 25, 2009

Kenangan Noda Disember 2009

salam~
baru jer abis tune lagu Kenangan Noda...yg insyaAllah sya akn buat fully mastering dan publish diblog nie pada disember...lirik dan lagu sepenuhnya dari saya...dan insyaAllah sya dibwh MSI RECORDS akn menghasilkan dua buah lgi lagu yg bertajuk teman dan lagu maal hijrah..utk pengetahuan anda lgu teman masih blom ada lirik dan sesiapa yg berminat utk nukilkan 1 lirik bertajuk teman sgtlah dialu-alukan...kepada sahabat yg menyokong...perjuangan sya syukran sya ucapkan...tak lupa kepada famili tercinta...doakn yg terbaik...bak kata ulamak berjuanglah disetiap sudut...



Tuesday, November 24, 2009

MARUAH

salam~ hari ini nak berkongsi dgn anda semua tentang umpatan atau celaan terhadap org lain. moga dapat ambil iktibar yer..
bismillah..

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)

"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad)

Monday, November 23, 2009

Wuduk

salam~
Hanya nak berkongsi tentang wuduk, aritu ada terdgr ceramah dari ustaz Azhar Idrus, beliau menceritakan tentang kelebihan wuduk pada hari kiamat, hadisnya kira2 berbunyi sahabat bertanya kpada Nabi, pada hari kiamat nnt kami kamu kenal, tetapi umatmu selepas kami kamu knl x? jwb nabi, jika ada sekumpulan kuda berwarna hitam dan ditengah2 nya ada seekor kuda yg berkepala putih kamu blh knl x? jawab sahabat blh..Nabi pun menjawab begitula aku kenal dgn umatku...melalui bekas mengambil wuduk mereka...klu x silap hadis nie hadis panjang dlm kitab Al-mawata'..dan ini merupakan sedikit info tentng wuduk:

Wudhuk?

Wudhuk adalah wajib setiap kali hendak mengerjakan solat termasuklah solat jenazah. Tidak sah solat tanpa wudhuk. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda; “Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas sehinggalah ia mengambil wudhu’” (Riwayat Imam Bukhari, at-Tirmizi dan Ahmad).

Selain untuk mengerjakan solat, wudhuk juga diwajibkan untuk melakukan perkara berikut;
1. Melakukan sujud; sama ada sujud tilawah atau sujud syukur (iaitu mengikut jumhur ulamak. Adapun menurut Imam Ibnu Hazim; tidak disyaratkan wudhuk untuk melakukan sujud, yakni harus sujud tanpa wudhuk.
2. Mengerjakan Tawaf (mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Hanafi, tidak disyaratkan wudhu, yakni; sah tawaf tanpa wudhuk).
3. Memegang/ menyentuh, membawa atau memikul mushaf al-Quran (iaitu mengikut pandangan jumhur ulamak. Ada ulamak tidak mewajibkannya, antaranya Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi).
4. Menjadi khatib untuk solat jumaat (pada pandangan mazhab Syafi’ie).

Apakah kelebihan wudhuk?

Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa mengambil wudhuk, lalu ia memperelokkan wudhuknya (yakni mengambil wudhuk dengan sempurna), akan gugurlah dosa-dosa dari tubuhnya termasuklah dosa dari celah-celah kukunya” (Riwayat Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan r.a.).


salam ikhlas dariku~

Sunday, November 22, 2009

Kenangan Noda

Bila hati terkenangkan,
Dosa-dosa yang kulakukan,
Bila hati tertusuk duri,
mencari-cari Allahurabbi.

Hati bersedih,
kalam suci pemujuk diri,
ya Allah,
kau ampuni,
Dosa dalam Diri.

Mungkinkah ini,
Suratan dari ilahi,
Kuterima dengan tabah,
walaupun hati gundah.

Thursday, November 19, 2009

Perbalahan yg tiada Kesudahan.

Sebenarnyer ni isu lama..tapi sya bru terbaca dari blog ustaz, jadi sya postkn buat kita renung...dan berfikir..


Innalillahiwa'inna'ilaihirajiun...

Sesungguhnya nikmat yang paling besar diberikan oleh Allah kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam, melaluinya umat Islam dapat bersaudara dan berukhuwah. Allah memerintahkan kita supaya bersatu dan berpegang kepada Tali Allah iaitu Al-quran dan as-sunnah.

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu orang-orang yang bersaudara karena nikmat Allah.” (Ali ‘Imran : 103)

Berkenaan isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay,Ampang, Selangor pada malam semalam atas pertuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah maka Laman ustaz , melahirkan rasa dukacita dan rasa kesal di atas tindakan kurang berhemah pihak jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di dalam menangani isu tersebut.

Dr. Mohd Asri selaku tokoh ilmuan yang disegani merangkap bekas mufti Perlis sewajarnya dihormati dan diberikan layanan yang lebih wajar berbanding apa yang dikenakan ke atas beliau disebabkan kapasiti ilmu dan sebagai menampilkan sikap bijaksana dan berhemah pihak JAIS.

Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah. Allah befirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(An-Nisa : 59)

Sewajarnya Pihak JAIS lebih berhati-hati di dalam menjatuhkan hukuman dan pertuduhan kepada para pendakwah Islam dikhuatiri tindakan mereka akan mengakibatkan terbantutnya kemajuan dakwah dan seruan Islam kepada masyarakat sekaligus menghalang kebaikan yang sepatutnya disokong oleh mereka.

Kaedah Al-Aslu bara’atu zimmah (seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.” (innocent until proven guilty). Kaedah ini diambil dari hadis RasulullahSallallahu alaihi wa Sallam iaitu, (Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh. [HR Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir.

Adalah menjadi harapan ustaz untuk melihat dakwah islam yang sahih menurut Al-quran dan as-sunnah berkembang maju, umat Islam dapat bersaudara dan budaya kebaikan dan kebajikan terus subur di dalam masyarakat menurut jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Maka itu, diseru semua pihak bermuhasabah dan kembali kepada Al-quran dan as-sunnah sebagai rujukan asasi dan panduan bersama kerana inilah jalan yang dapat menyatukan kita semua di dalam kebaikan

Sumber: Pandangan Seorang Ustaz

salam ikhlas dariku~

Monday, November 16, 2009

Manusia Pelik atau Aku Yang Pelik


FIKIR-FIKIRKAN AKHI WA UKHTI


salam~

Hari nie hari yg paling meriah sbb...every kelas duduk kat belakang...sbb dpt tgk semua gelagat org dlm dewan kuliyah..ada yg teranguk2...ada yg geleng2 kepala..ada yg bertafakur...apa tandanyer aa? xpe...yg penting suma phm apa yg lecture cuba smpaikn...dan hari nie nak bwa 1 topik..yg di beri tajuk "Manusia pelik atau aku yang pelik"...sya nie mmg suka berbaju melayu..kerana sya mmg org melayu..xdelah gurau jer...kerana sya suka berfikir jika orng pakai baju t'shirt yg kadang2 kita dpt lihat beraneka tulisan seperti " SAYA SYG MAK SAYA" ataupn "PUNK NOT DEAD" apalah slhnya jika sya mmkai baju melayu...bak kata 0rg lebih sedap mata memandang dari pakai baju t'shirt itu td...betul x? dan apabila sya berjln memakai baju melayu...ada pula 0rg yg sya rasa, sya pn xknl bg salam...itu xpe...sya xkisah.. tp bila sya pakai baju biasa...sya jalan pn xde respon....walaupn mereka2 tu penah bg salam kepda sya sblom nie...apa tandanyer yer? mgkn sesetengah mereka nie melihat kepada pakaian org? Ataupn mereka ini pelik atau sya yg pelik? padahal Allah berfirman yg kira2 bermaksud berilah salam kepada org yg beriman kepada ayatku...

Nah..bukan pakaian jadi ukuran tapi org yg beriman dgn ayat Allah..kepada mereka yg diluar sana..mgkin akan tertanya mengapa sya mempersoalkn perkara ini..hal ini kerana sya tidak mahu dianggap alim..tetapi anggaplah sya sbg org yg beriman dgn ayat Allah...kerna Allah itu tuhanku...aku ini hanya hambanya...Allah lebih tahu akn tiap2 sesuatu..wallahualam~

salam ikhlas dariku~

Friday, November 13, 2009

Hari Raya Datang Lagi.

salam~ hari raya korban bakal menjelang tdik lama lgi...msti ada yg tertnya2 bila hari raya ini di syariaatkn...jadi selaku org brtnggungjwb..sya rasa wajarlah sya menympaikn sedikit ilmu...yg sya peroleh dari ustaz Ahmad Adnan Fadzil...beliau merupakn ilmuwan dari universiti al-azhar...

jadi kita mula kn dgn bismillah...

Ada berapa hari raya yang disyariatkan di dalam Islam?

Ada dua sahaja iaitu hari raya fitrah (عيد الفطر) pada 1 Syawal dan hari raya korban (يومَ الأضحْى) pada 10 Dzul-Hijjah. Dalilnya ialah hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;

قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)

Kenapa hari raya dinamakan ‘Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-‘Id (العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-‘aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya?

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47).

Apakah amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari raya?

1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
“Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.


2. Mandi sunat

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)

Begitu juga dikiaskan kepada mandi hari jumaat. Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat. Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak. (Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283).

Bilakah masanya untuk mandi?

Masuknya waktu disunatkan mandi ialah apabila tiba tengah malam. Berkata Imam al-Muzani; “Aku menyukai agar mandi hari raya itu dilakukan selepas terbit fajar” (al-Majmu’, 5/10).

3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”. (Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).

Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Adakah berwangian dan berbaju baru itu hanya disunatkan untuk orang yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya sahaja?

Tidak. Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة). Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.

4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya

Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa. Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;

“Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Di mana ditempatkan wanita yang dalam haid?

Wanita yang kedatangan haid, mereka hendaklah ditempatkan di bahagian belakang orang ramai dan dipisahkan dari tempat sembahyang atau masjid. Menurut Imam Nawawi; kedudukan mereka hanya setakat pintu masjid sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Adapun wanita-wanita yang haid, maka mereka hanya turut sama menghadiri perhimpunan kaum muslimin dan doa mereka dan mereka duduk terpisah dari tempat sembahyang orang ramai”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ummu ‘Athiyyah r.a.)

Dalam riwayat yang lain; “Dan wanita-wanita haid hendaklah berada di belakang orang ramai di mana mereka bertakbir bersama mereka” (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Ummu ‘Athiyyah r.a.).

Adakah harus wanita keluar dengan bersolek?

Tidak harus kaum wanita keluar dengan bersolek, bertabarruj dan berwangian. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Adakah harus keluar jika dikhuatiri mendatangkan fitnah? Bagaimana dengan wanita yang dalam eddah kematian suami?

Tidak harus mereka keluar jika dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah. Begitu juga, tidak harus keluar wanita yang masih berada dalam iddah kematian suaminya.

5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)

Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak dilaksanakan.

Imam disunatkan hadir lebih awal –untuk memimpin solat- pada hari raya korban supaya solat dapat dilakukan lebih awal dan dengan itu dapat memanjangkan waktu untuk melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat disembelih selepas imama selesai dari solat hari raya). Adapun pada hari raya fitrah, imam disunatkan melewatkan sedikit hadir untuk memimpin solat bagi memberi lebih masa kepada kaum muslimin untuk membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).

6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)

Disunatkan pada hari raya fitrah menikmati sedikit makanan sebelum keluar ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat. Sebaik-baiknya memakan buah tamar dan dengan bilangan yang ganjil. Adapun pada hari raya korban disunatkan menahan diri dari makan sehinggalah pulang dari menunaikan solat hari raya.

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)

Anas r.a. juga menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil’”. (Riwayat Imam Bukhari)

7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang

Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”. (Riwayat Imam Ibnu Majah)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain)”. Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)

Antara hikmahnya menurut ulamak ialah; supaya kedua-dua jalan serta penduduk sekitarnya dari kalangan manusia dan jin menjadi saksi kepada baginda dan juga untuk menzahirkan syiar Islam.

8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.

Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.

9. Menyembelih korban (bagi hari raya korban)

Digalakkan menyembelih korban pada hari raya korban dengan seekor kambing atau sebagainya bagi orang-orang yang mampu.

Barra’ bin ‘Azib r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami pada hari raya korban di mana baginda bersabda; “Sesungguhnya perkara pertama untuk kita memulakan hari kita ini ialah dengan kita menunaikan solat (yakni solat hari raya), kemudian kita pulang dan berikutnya kita menyembelih korban….”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

10. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman

Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu’”. (Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)

Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)

Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)

sya rasa ini saja yg mmpu dikongsikn...Allah lebih mengetahui...wallahualam sekadar berkongsi~
salam~