Wednesday, June 24, 2009

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa :"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmummembencinya.4. Orang lelaki yang melarikan diri.5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat.8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.9. Orang-orang yang suka makan riba'.10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatanyang keji dan mungkar."Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."Fikir-fikirkan adakah kita termasuk dalam 10 golongan di atas. Saya? muhasabah diri sendiri.

Tuesday, June 23, 2009

Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Menantunya


Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?Menantu : Aku isteri Ismail.Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?Menantu : Dia pergi berburu.Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).Menantu : Ya, baiklah.Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.Nabi Ismail : Apa jawapanmu?Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?Menantu : Dia tiada dirumah.Dia sedang memburu.Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.Nabi Ismail : Apa katanya?Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.Nabi Ismail : Apa jawapanmu?Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.Isteri : Alhamdulillah, syukur."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)***
Sekadar salin dan tampal

Apakah Punca Anak Derhaka?

Assalamualaikum..ari nie ana ingin berkongsi dgn antum semua cdkit ilmu yg ana perolehi..

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif, itu salah.Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.Jadi kepada ibubapa hendaklah mendidik anak2 mereka baik2 kerana anak2 merupakan tanggungjawab kepada kita. Ana ada 1 analogi...anak2 merupakan air yang colourless..ibubapa yang akan memberi perisa samada pahit manis masin dan masam or m'jadi air milo, sirap atau oren. Sekian sja dari ana..ana hrp kepada ibubapa jga la anak2 mereka jgn smpai air itu tdi m'jadi k0tor..wasalam~

Beramal Dengan Surah Al-Kahfi


Kategori : IBADAH Akidah

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)


HuraianDalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, June 19, 2009

Tidak Belajar Seminggu adalah Sebuah Kebodohan”
“Tidak Belajar Setahun adalah Sebuah Kemiskinan dan Kemelaratan”
“Dan TIDAK BELAJAR Seumur Hidup adalah Sebuah Warisan Yang Berbahaya buat Keturunan”

Thursday, June 18, 2009

Motivasi Lembu

Orang kita selalu mengaitkan lembu dengan seseorang yang bodoh. Dia akan kata, “ko ni bodoh cam lembu!”. Er, sori saya cakap camtu, lebih baik berterus terang supaya Anda faham.

Motivasi susah nak berkias-kias, nanti orang salah faham. Lembu tu, walaupun binatang yang dianggap bodoh, sebenarnya ada motivasi tersirat yang kita boleh ambil darinya. Walaupun lembu nampak bodoh sebab kerjanya hanya meragut rumput, takde perkara lain cuma rumput, rumput dan rumput, lembu meragut dengan penuh konsisten, persisten pula.

Dia tak hirau hal lain, tak sibuk ambil tahu perkara-perkara lain mahupun dok sibuk bergosip hal dunia dengan lembu-lembu lain. Yang dia tau, ragut rumput, makan rumput, kunyah rumput. Kesan dari itu, lembu jadi cukup bagus, cukup cemerlang sekali meragut rumput, silap-silap habis rata rumput jadinya macam kita potong rumput pakai mesin rumput.

Jika ada anugerah meragut rumput, mungkin lembu itu mendapat tempat pertama, menjadi calon fevret. Seeokor lembu tak akan pernah mengacau kawasan lembu-lembu lain dan tak akan pernah menceroboh ‘territory’ yang bukan dia punya. Haa..tengok tu, walaupun lembu ni kita anggap macam bodoh, tapi sebodoh-bodoh lembu, kita boleh belajar sesuatu, kemudian serap apa yang kita pelajari tu supaya kita makin maju.

Mesti ada sebab kenapa lembu dijadikan sifatnya macam tu. Kejadiannya mesti untuk menyempurnakan sesuatu dan sebagai pelengkap kepada peranan kita manusia untuk melaksanakan misi sebagai khalifah di muka bumi. Jangan pandang rendah pada lembu. Biar kerajinan kita mengalahkan kerajinan lembu.

Biar kekonsistenan usaha kita mengalahkan kekonsistenan lembu, walaupun dia cuma seekor lembu. Sebodoh-bodoh lembu, ia haiwan yang sangat rajin, cemerlang melaksanakan kerjanya. Kita entah cemana, mungkin cemerlang kita sekejap saja sebab fokus fikiran kita terarah kepada banyak perkara, terutama masalah.

Wednesday, June 17, 2009

Skrang Ana berada di Universiti Tekn0logi Petr0nas d bwh tajaan MARA.. kpda antum yg m'gnali diri seadanya mnta di halal mkn minum....mudah2an dpt jmpa antum semua..insyaAllah

Sunday, June 14, 2009


Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu...Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis, barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Anak Tak Terima Ibu

Assalamualaikum..
hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua 1 kisah dimana seorang anak tak terima ibu yang bakal ke tali gantung..
"nak esk ibu kan ke tali gantung..redhakan permergian mak yer nak..." berkata ibu dgn hati yg sebak." bagaimana nak nak redha mak...disbbkan mak..sya dipulaukn olh rkn2..disbbkn mak..sya dimalukan...oleh kwn2..disbbkn mak 1 malysia tak terima sya...bagaimana sya nak redha dgn pmergian mak.." Menitis air mata ibu rakan2...ibu mna yg tak sygkn anak..tapi dier dah x blh ckp apa2...kerana anak dia berkejumud tak mahu terima dia... keeskkn harinya tiba lah saat ke tali gantung...ibu pun bertanya kpda ustaz disitu " anak sya dtg tak ustaz..ank sya dtg tak ustaz.."kata ustaz kpd ibu" begini lah ibu..byk2..kan zikrullah insyaAllah dtglah dia tu..." Ibu pun menyebut zikurllah dan berjalan perlahan2 ke tali gantung " Allah...Allah..Allah ya Allah..." bahkan dier keluarkan kata2 utk peringat ank dier"anak2...kita...umpama duri... menikam ulu hati....kita melahirkan..kita membesarkan...lalu dipertuankan...bersulam bara terkapal dalam amalan ksh syg...." Sebak hati para banduan disitu...Dia pun tiba ditempt dimana dia akn meningglkan dunia selama2nya....dan ibu pun bertanya lagi..."ustaz ank sya dtg tak ustaz...ustaz ank sya dtg tak ustaz!" kali ini dengan nada yg m'ngharap..."beginilah ibu trskan zikrullah..jgn dikenangkan ank2...itu..." nasihat ustaz.. ibu teruskan zikrullah..."tubna ya Allah...tubna ya Allah..Wa rajakna ya Allah...wa nadim na ya Allah...Allah...Allah..Allah ya Allah..." karrpp!!! meninggal ibu itu tadi...dalam zikrullah. dgn zikrullah hati menjadi tenang...
insyaAllah dgn ini dpt menjadi renungan bersama2...
sekian wassalam...

Taubat seorang hamba- irsyadee feat hafiiz hamidun

hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yang ku lakukan..

oh tuhan maha kuasa..
terima taubat taubat..
hamba berdosa...

ku akui kelemahan diri...
kuinsafi kekurangan ini..
kukesali kejahilan ini..
terimalah..taubatku ini.

telah aku..
merasakan..derita jiwa dan perasaan...
kerna hilang dari jalan
menuju redha ya tuhan..

dihamparan ini
ku meminta..
moga taubat ku diterima...

Wednesday, June 10, 2009

Salam Ukhwah...
Hari ini blog ini mula ber0perasi sbg egen dakwah..
insyaAllah...
mudah-mudah dpt menegakkan syiaar islam...