Saturday, July 25, 2009

Insan Bernama Kekasih


Sesungguhnya, cinta ku tak seagung cinta Nabi Muhammad terhadap Siti Khadijah...tak sehebat cinta siti Zulaikha terhadap Nabi Yusuf...tapi yg ku tahu diriku perlukan dirimu untuk menemaniku, wahai insan bernama kekasih....

SAHABAT

Saya adalah diri Saya

SAHABAT..

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,
Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,
Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,
Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,
Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,
Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka
Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,
Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis
----------------------------------
SAHABAT..
dijalan ALLAH
persahabatn ini bukan milikku..
bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
kerana DIAlah..
aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan aku dan kau 1000 kenangan bersama..
persahabatan ini sudah pasti terisi dgn KASIH SYG
moga persahabatan ini berkekalan untuk selamenyer..

Thursday, July 23, 2009

Kehidupan

Assalamualaikum....
Hari ana ingin b'kongsi cdikit dgn aenta suma iaitu b'kaitan dunia. Dunia ini adalah sekadar pinjaman oleh Allah swt dan Allah hanya ingin menguji keimanan manusia itu sendiri, akhirat nnati yang akan menentukan balasan syurga atau pn neraka. tetapi, timbul 1 p'soalan... Mengapakah dunia yg kita kejari..sedangkan pada hakikatnya ia akan ditinggal pergi. Sebgai cth mengejar kemewahan...inilah tabiat manusia. Klu bab harta pandang org yng lebih tinggi Justify Fulldaripada kita.sedangkan dalam hal b'agama memandang org yg lebih rendah dari kita..maksdnya secara ala kadar. sbg cth, " dia tu x solat xpe...sya pn x nak jugak la", hurm...kadang2 sya t'baring dan b'fikir sekiranya hal ini t'jadi tiada ertilah manusia itu didunia ini. Dan ada juga sesetgah manusia yg apabila ditegur kelakuannya ida akan b'kata..."ala, kubur lain2 beb". Bagi sya perkataan inilah yg penting...pd diri sya dan disalah tafsir kan oleh manusia yg mengejar dunia...bagi sya ddisebabkan kubur masing2 la kita harus saling ingat-m'ingati...berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran....
InsyaAllah..bukan niat utk menggutuk mana2 pihak...tetapi sekadar nasihat dan renugan bersama...segala yg baik dtg dari Allah swt dan yg buruk kelemahan sya sbg insan yg bernama mnsia...salam~

Wednesday, July 22, 2009

5 cara Memilih Sahabat

Gambar waktu terima Anugerah PMR di SMK Matang Jaya

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj

Tazkirah: Israk & Mikraj - Agungnya ibadah solat
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (1) سورة الإسراء.
ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.
Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)
Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.
Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan.
Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.
Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.
Bayangkan betapa agungnya ibadat solat ini sehinggakan Baginda sendiri mengadap Allah Taala untuk menerimanya. Bukan seperti ibadat lain yang diturunkan wahyuNya melalui Jibril.....
Janganlah kita abaikan solat fardhu...............

sekadar salin & tampal

Friday, July 17, 2009

Rumah Ke 2

Gambar waktu grade kat MRSM kuching

Alhamdulillah...akhirnya msk balik gak ke UTP...bila sya lihat UTP nie smgat berbara2...nak blaja bt0l2...nak tunjak kan yg sya jugak blh dpt 4 flat..yg pnting blaja nie biar ikhlas kerana Allah...sahabatku dan rakan2 yg m'genali diriku seadanya...d0akan perjuangan sya nie yer...Allah sjalah yg blh mmbalas doa awk sume...amin

Thursday, July 16, 2009

Doaku Buatmu Kekasih

DOAKU.

Ya Allah, Align Center
Aku berdoa untuk seorang wanita, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang wanita yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.
Seorang wanita yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang wanita yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.
Seorang wanita yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau
dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu.

Ya Rabbi,
Demi cintaMu,
Kurniakanlah aku
Seorang wanita yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup,
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang wanita yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekedar otak yang cerdas.
Seorang wanita yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang wanita yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasehati ketika aku berbuat salah.
Seorang wanita yang mencintaiku bukan karena rupa parasku tetapi karena hatiku.
Seorang wanita yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang wanita yang dapat membuatku merasa sebagai seorang lelaki ketika berada disebelahnya.
Seorang wanita yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang wanita yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya.
Seorang wanita yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang wanita yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta padaMu Ya Rahim...

Mudahkanlah aku menjadi seorang lelaki yang dapat membuat wanita itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU,
bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga rupa parasku datang dariMU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU
dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari,
dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan
"Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat
dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kautentukan.
Amin...

Naluri Manusia

Allah itu Maha Berkuasa sifatNya. Memang tidak dapat disangkal akal lagi akan sifatNya itu. Dalam setiap kejadian yang diaturiNya, pasti ada keindahanNya tersendiri. Setiap kejadian susunan Allah, ada nur disebaliknya. Setiap penciptaan ada haknya tersendiri. Islam ini adalah agama yang syumul. Ya, sebuah agama yang 'perfect' untuk setiap manusia.
Setiap manusia di muka bumi ini, ada naluri tersendiri. Pelbagai jenis naluri yang timbul dari dalam manusia yang nun jauh tersembunyi di lubuk hati setiap manusia. Naluri ingin memiliki rumah bagaikan istana tersergam megah di tepian pantai yang indah, Naluri ingin memiliki isteri yang cantik, tidak jemu dipandang mata dan menyejukkan hati, Naluri yang ingin memiliki harta setinggi Gunung Kinabalu agar dapat dibelanjakan di jalan Allah, Naluri ingin berpesta dan berpoya dengan iringan muzik-muzik yang mengasyikka..Ya, terlalu banyak jika hendak disenaraikan, apa yang naluri manusia inginkan.
Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
Dari ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah tahu apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia. Agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.
Allah menegaskan dalam firmanNya pada surah Al-A'raf ayat 32;
"Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui."
Lihatlah, Allah menjadikan perhiasan di dunia ini yang amatlah bersesuaian dengan naluri manusia. Namun, atas kebijaksanaan Allah, maka, Allah menjadikan batas-batas untuk setiap naluri manusia itu. Kenapa Allah menjadikan batas-batas berkenaan? Sedangkan Allah telahpun mengetahui akan kehendak dan naluri manusia itu sendiri? Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Mengetahui, jika tiada sekatan dan batasan yang terkandung dalam buku perintah Allah itu, nescaya, ramailah manusia-manusia yang menuju ke arah kerosakan.
Islam dan Seni Hiburan
Allah tidak melarang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat, tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan" Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang luas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam menguasai dua pertiga dari bumi ini.
Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya terjadi. Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu.
Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin tersebar luas dengan sendirinya dari hari ke hari. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia di saat itu, bermulalah episod kesedihan yang sangat tragis dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mula roboh satu demi satu, seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh disebabkan manusia melebihkan seni hiburan itu dari syariatNya.
Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan tika ini. Seni yang dahulunya hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, ia bagaikan darah daging manusia. Umpama oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya.
Terlalu tinggi rasanya saya mendefinisikan seni sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu sendiri dalam setiap tubuh-tubuh manusia pada masakini. Manakan tidak, ada sahaja manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, "Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan, tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!
sekadar salin dan tampal.

Saturday, July 11, 2009

Result sem


3.17
Hurm...reslt sya sdh pn kluar...jd tak lah teruk & biasa2 jerla...pointer 3.17... Alhamdulillah ar...msa dok maktab lu x penah dpt pointer mcm nie...plg tinggi, tak silap 3.12 kot...lg pn sem 1 lg kan.... wrm up lu...(ceh...nak cover k0non) insyaAllah target next sem dean list....blh ke? insyaAllah...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...yg penting? apa? kerjasama...hurm...salah tu.. yg penting blaja lillahitaa'ala...itu yang pasti...jgn tiru, n buat yg t'baik...kerana itu lah anda...

Thursday, July 9, 2009

Ciptaan Allah

Assalamualaikuam...suma ari ana ingin b'kongsi ckit dengan aenta suma iaitu..berkenaan dengaan ciptaan Allah..
Bila Allah berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah. Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya. Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya. Kemudian diciptakan Allah pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah. Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini. Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu ribu atau berjuta juta tahun lamanya

Monday, July 6, 2009

Pasangan Idaman

Assalamualaikum...
hari ini ana ingin b'kongsi...ckit2 tentang pasangan idaman...slalunya kita sbagai manusia slalu mengimpikan pasangan kita lebih dari kita...sebgai c0ntoh saya ade t'dgr 1 ceramah ustzah...yg mengatakn dia bertnya kepada anak muridnya..yg prmpuan..."klu awak nk kawin nnt..awk nak laki2 yg baagaimana?".."klu blh ustazah sya nk laki2 yg hafal quran...".."awak hfal ke x?" .."sya x...tp, klu blh biardier lbh...dari sya...".Inilah dier kdg2, kita nak yg lebih dari kita...ini fitrah. Klu blh nak yg sedap mata...m'mandang...ini juga fitrah manusia itu sendiri. Tapi bila kita b'ckp pasal idaman ini bermakna kehendak kita dan slalu juga berlaku pda kaum hawa..cthnya klu nak mengandung...mengidam nak makan inilah...itulah...tapi kita terlupa dlam dlm Al-quran Allah menyatakan..klu kita nak pasangan yg baik...baikan diri kita dulu..jadi klu diri kita kurang baik..ssh nak dpat yang baik...sbgai cth...jika kita ingin dpt yg hafaz Al-quran...msk kursus hafaz al-quran..atau kelas tahfiz...hhaa dkt situ bru blh jumpa hafiz...ini dak...msk kelas ekonomi nak dpt hafiz s0ri ana ckp...mungkin blh...tetapi sukar sedikit la...jadi ana harap dgn sedikit tazkirah kita dpt jadi renungan bersma...segala yg baik itu dtg dari Allah swt...yg buruk kelmhan ana...sebgai manusia....
sekian wasalam...

Saturday, July 4, 2009

Di Hotel Holiday Inn, Glenmarie

hurm...kat cnie..mcm boring pun ade...best pun ckit2..ar sbb mkn dier jer...
harap2....blh balik awl..untuk prepare msk UTP balik..betul ker sya sudah bersedia..?
xpe asl...happy..keyh

Thursday, July 2, 2009

Sejarah Silam

teringat dgn kisah silam...di MRSM kuching...di gmbr waktu prep..