Wednesday, July 22, 2009

5 cara Memilih Sahabat

Gambar waktu terima Anugerah PMR di SMK Matang Jaya

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia

2 comments:

KiTa_KaWaN said...

3 perkara yang kita lupa..

dari mana aku datang ?
untuk apa diciptakan?
kepda siapa akan dikembalikan?

hari ini kita diutus bukan untuk menjadi seorang pembahas..atau seorang bwp..atau seorang engineer...atau seorang doktor..atau seorang pegawai kerajaan..atau seorang pakar..kerana itu semua hanya keperluan...

tapi hari ini..

kita diutus demi memuliakan agama..
kerana agama ini lebih mulia..

dan untuk menjadikan agama sebagai maksud hidup kita..

ellamagnifique said...

A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words.

quotes by, Donna Roberts.