Monday, August 31, 2009

Solat Benteng Kekuatan Iman

Assalamualaikum..hari nie bru sya lihat keratan akhbar yg menceritakan tentang ibadah solat..nie saya post buat renungan bersma...

SOLAT lima waktu adalah tiang agama wajib dikerjakan setiap Muslim yang mengaku dirinya hamba Allah. Seseorang yang meninggalkan solat bererti mereka bukan saja menderhaka kepada Allah, malah benteng keimanan individu terbabit dalam keadaan cukup lemah.

Mengerjakan solat dengan sempurna dapat membentuk pengukuhan iman sejati, sekali gus terselamat daripada melakukan maksiat kepada Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu untuknya akan menjadi cahaya, petunjuk dan jaminan selamat pada hari akhirat. Sesiapa tidak memelihara solatnya, maka tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Karun, Firaun, Hamman serta dengan Ubay bin Khalaf.”

Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.



Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:

  • Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;

  • Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;

  • Dia akan dibenci oleh orang beriman.

    Bala ketika saat meninggal dunia:

  • Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;

  • Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
  • Dia dikhuatirkan kehilangan iman.

    Bala di dalam kubur:

  • Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;

  • Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;

    Bala di akhirat:

  • Hisab menjadi berat;

  • Dimurkai Allah SWT;

  • Diseksa Allah SWT dengan api neraka.

    Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu.wasalam~
  • Thursday, August 27, 2009

    Sayang? Suka?

    Ingatlah wahai insan....


    Ja
    ngan tinggalkn org yang kita SYG utk org yang kita SUKA...sebab org yang kita SUKA akn tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG... jangan cuba dapatkan apa yang kita SYG, tp SAYANGLAH dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG...sebab orang yang SAYANGKAN kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG... hargailah orang yang sedia ada menyayangi kita... sbb belum tentu orang yang kita suka ya akan menyayangi kita seperti orang yang kita sayang... mungkin org yang kita suka ya, hanya sukakan kita tanpa ada rasa sayang... orang yang hadir dalam hidup kita adalah anugerah yg indah yg kta xakn sedar selama kita msh bersamanya...tp bl kita bnr2 khlngannya, baru kita sedar, bahawa anugerah ya adalah nikmat yg bahgia dan kita benar2 sayang dan cintakannya malah xmaok kehilangannya... jalanilah khdpn sederhana tanpa terlalu mengejar kesempurnaan dan membandingkan.. terimalah seseorang yang hadir dalam hidup kita apa adanya dirinya.. Allah berikan peluang kpd kita utk disayangi,dikasihi dan dicintai, hargailah... jangan sampai suatu saat orang yang kita sayang ya pergi buat selamanya.... sayang yangnya tunjukkan ya xda bandingannya dengan sayang dan rasa suka yang lain...

    Dan Sayangilah ALLAH....
    Ibu bapa...
    Sahabat....
    isteri & suami...

    fahamilah dan renungkanlah...

    Sunday, August 23, 2009

    KIsah Pencurian Jenazah Nabi Muhamad

    Salam~ hari nie sya ingin kongsi ckit dengan para pbaca iaitu 1 kisah diman bagi sya pttut kita ambil iktibar sma2...moga x berulang kembali...

    Allah menyelamatkan Nabi Muhammad saw daripada rencana jahat untuk mencuri jenazah Baginda. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat Islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi Al-Madinah Al Munawarah

    Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pastinya sebahagian besar orang yang berziarah ke Masjid Nabawi pasti tidak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad di mana keadaan umat Islam yang semakin lemah dan berdirinya beberapa buah kerajaan Islam di beberapa daerah. Lantaran keadaan itu, dalam diam-diam pemerintah Eropah Kristian telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad saw.

    Setelah terjadinya kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka pun mengutus dua orang Nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Ia dilaksanakan bertepatan dengan musim haji di mana pada musim itu ramai jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang Nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maghribi. Keduanya ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW. Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamar menuju ke makam Rasulullah saw. Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah swt melalui seorang hamba-Nya yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.
    Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, bapa saudara kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang membuka kota Baitulmaqdis , adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam pada waktu itu yang mendapat petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah. Sultan tersebut telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berjambang:

    “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku daripada maksud jahat kedua orang ini. ”

    Sultan Mahmud terbangun dalam keadaan gelisah lalu baginda melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah saw hingga tiga kali dalam satu malam. Lantas baginda memanggil Perdana Menteri, lalu Perdana Menteri menyuruh Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki supaya bersedia untuk bertolak pada malam itu juga dan merahsiakan perjalanan itu.
    Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah yang memakan masa 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, Sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi saw. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi saw. Pada ketika itu tiada seorang pun tahu akan kedatangan Sultan ke Madinah.
    Dalam masa tersebut , baginda tidak tahu untuk berbuat apa lalu Gabenor Madinah dipanggil menghadap oleh Perdana Menteri . Gabenor Madinah disuruh untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah bagi memudahkan baginda Sultan mengecam muka kedua-dua lelaki tersebut. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu:

    “ Apakah baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? "
    “ Iya ” , jawab Sultan Mahmud.

    Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaluddin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil baginda Sultan mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun Sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu di antara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah(1) makanan. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi.
    “ Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah daripada Sultan? ”
    " Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah daripada Sultan, kecuali dua orang dari Maghribi tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
    Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya Sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah orang yang baginda lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia, Sepanyol. Meskipun Sultan sudah mendesak bertanyakan tentang kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku sehingga Sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam penjagaan yang ketat.
    Sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu Sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, Sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.

    Masya Allah,,,
    Subhanallah,,,

    Ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad. Seketika itu juga, Sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW.

    Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi saw dan mayat mereka berdua dibakar .

    Sesungguhnya hukum mati dengan membakar pesalah adalah haram di sisi syara’ ,tetapi disini Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki telah mengambil kaedah siasah syariah ke atas orang yang melakukan mungkar keterlaluan. Sebenarnya tindakan yang serupa yang diambil, telah berlaku pada zaman Saidina Ali k.w.j di mana terdapat golongan Saba’iyah yang mengikut ajaran Abdullah bin Saba’ yang menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah s.w.t. Lalu Saidina Ali memerintahkan ketua keselamatannya, Qambar supaya membakar golongan ini, bila dihukum bunuh mereka mengejek hukuman mati, lantas memerintah dengan syairnya yang terkenal:
    " Sesungguhnya aku telah melihat satu perkara yang sangat mungkar, lalu aku memerintah Qambar menyalakan api dan membakar mereka yang berani mengatakan Allah swt menjelma dalam diri Saidina Ali. ”

    Friday, August 21, 2009

    Kelebihan Bulan Ramdhan Al-Mubarak

    salam~ ukwah diucapkan kpda para pmbaca...hari nie merupakan hari jumaat 21.08.09...dimana pda keeskn harinye...kita akan memulakan ibadah yg keistimewaannyer sukar didapati pda bulan yg lain yaknie...Ibdah puasa...jadi hari nie sya ingin kongsi sedikit ilmu yg diperolehi berkaitan dgn Bulan ramdhan nie yer...

    Sbgi mna aenta sdh maklum, Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

    Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat. oleh itu byk2kan lah amalan dlm bulan nie...insyaAllah akn memperoleh rahmat dari Allah....
    "Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

    (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
    Jadi renung2kan & slamat beramal yer...salam~

    Tuesday, August 11, 2009

    Couple HARAM?

    Assamualaikum...kejap td ana ada terbaca artikel di blog sahabat ana yang berkongsikan s0al..couple..so nie dier ana post buat tatapan anda...semua insyaAllah dapt jadi renungan bersama...

    Allah telah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
    "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

    jawapan yang diterima?bila maser ktorg zina?pgg tgn pon x!n,some even agree...merindui itu juga dikira sbg zina hati,by all means =zina.
    Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
    Surah Al-A'raf ayat 20 :
    "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."
    Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :


    couple = menghampiri zina
    menghampiri zina = haram
    maka, couple = haram (very simple equation)
    and to clear thing up,nak based on al-quran sgt,kan?(didn't i just include it before?)again lar,klu mcm tuh.and this is ayat for batasan pergaulan.FYI(which i believe most of us know),setiap ayat al quran ada tertahluk untuk certain issue tuh,bukan sumer boleh pakai redah jer nak letak maner,nak defend korg punyer arguement tuh.takkan ayat pasal haji nak letak dkt larangan berpuasa kot?so,here is the function of ulama(as they know better than us all),to tell us which are suitable and which are not.nih yang jadi ayah pin nih.

    Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
    tak ckup lagi?
    Al-Baqarah,ayat 216..
    Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
    yang nih,aku plg suka :)
    niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.meskipun niat kita baik,nak kenal hati budi larh,n so ever...tp,caranya tetap salah.

    lagi satu,kepada blogger tersebut or any one yang offended by my last post,do receive my greatest apologies.mintak maaf banyak,yer.i must watch my words from now on.(hee...aku igt,just org yang makan cili jer yg mkn pds..adeyyy)aku tegur kepada pasangan yang bergaul melebihi batas agama,bukan pasangan yang claim dorg 'kaple secara islamic'.so,sekali lagi maaf.entahlah,aku nak komen lebih pon tak brani,nak buat hukum lagi lar.like what syawal had said,we're not mujtahid ;p but,if u still doesn't satisfy,and strongly believe that we are all in a total lost,why don't you ask for answers at web iluvislam?i believe it is well-known.ask anything there.say what u dont really agree with and ask them to explain.but,if it still doesnt change your way of look at this issue,maybe there is something wrong.its whether me or you.i won't stop seeking for the truth as well.yelah,hanya Allah Maha Mengetahui akan kalam-Nya.

    BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

    moga dpat jadi iktibar bersama...segala kesilapan dapat di perbaiki insyaAllah...smcm sya slalu tanya...ustaz slalu dok cakap c0uple itu haram tapi tak pernah bagi s0lution...mcm mana nak atasi maslah couple nieh...s0, s0lution for this is...if u like somebody u juz doa kesejahteraan mereka dan boleh berkawan sahaja....dengan batas syariah tak lebih dari itu....salam~

    Dihalau lecturer

    Hanya Tuhan yang Tahu

    Assalamualaikum...hari nie sya sgt sedih kerana pertama kali dlm sya berada di UTP nie, sya dihalau kluar dari dewan kuliah....ini semua kerana senyuman....And today i want to tell the truth wat is going on...waktu tu lecturer mcm buat lawak...s0 sya senyumla....then he said to me.."is u laugh to me?!"...i said "N000"...blom smpat habiskan ayat sbb...tak reti cakap org putih....then he told me..to go outside for 5 minute...then sya pikir asal pulak...apa salah saya.? then dgn hati terbuka pun kluarlah...then d0k jer kat luar...pastu dgr jer azan , s0lat kat masjid an-nur...tu jer...kpada..spa2 yg kenal diri nie... adakah ini salah saya?

    Hatiku pilu memikir tentang diri
    Yang serba kekurangan
    Siapalah diriku tak siapa pun tahu
    Rintihan yang menusuk kalbu.. Oh pedihnya
    Ku bersuara lesu menyatakan segala
    Ku redha akan takdirnya....

    salam~

    Saturday, August 8, 2009

    Isteri Kesayanganku


    Assalamaualaikum...hari nie sya ingin berk0ngsi sedikt dgn anda smua 1 cerita motivasi...yg mgkn apabila terjadi pda diri kita..hanya kita saja yg tau....

    Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


    Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun terus pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


    To : Isteri kesayanganku
    Date : 16 May 2002

    Subject : Abang telah selamat sampai

    Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

    Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

    Apakah reaksi anda sekiranya..pekara in berlaku pda diri anda? hurm...salam~

    Thursday, August 6, 2009

    Cinta & Kawan


    Assalamualaikum...this morning i went to my friend profile...then went i read the st0ry i feel it is very interesting...to share with all of U.....


    "pd satu hri cinta & kawan b`jln2 lalu cinta t`jatuh daLam perigi, kenapa? kerana cinta itu buta lalu kawan pun ikuT terjun, kenapa? krna kwn akan buat apa saja demi cinta, dalam perigi cinta pun hilang, knapa? kerana cinta itu halus mudah hilang kalau x djaga, lalu kawan pun terus cari Kenapa, KeRaNA KAWAN SEJATI."

    Sebenarnya inilah...motivasi bagi mereka yg hanyut dlm bercinta...akhirnya kawan juga jadi pelindung susah senang...insyaAllah dapat jadi renungan bersama....akhir kalam..salam~

    Wednesday, August 5, 2009

    KEMATIAN

    Kehidupan berlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud;

    “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
    Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

    Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut;

    Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
    maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
    kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
    yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
    lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

    Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat menjauhi kematian, mereka hanya berfikir tentang di manakah mereka akan belajar, di perusahaan manakah mereka akan bekerja, baju apakah yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan.
    satu pers0alan yang berada diminda saya sekarang...."mengapa manusia takut mati sedang kan...mati itu sbnrnya pertemuan kita dengan tuhan...yg menciptakan kita"..."tidakkah kita ingin bertemu tuhan...?" salam~

    Monday, August 3, 2009

    Design 4 Medical Science Student



    Design 4 Medical Science Student

    Pagi tadi dalam pukul 9.00 pagi my old friend call...and ask me to make design for his college foundation student.Sya harap mereka akan suka akn design ini. Ini merupakan design baju kedua setelah baju klaz kita 0rg dulu iaitu 5 al-Farabie..Anything juz leave a comment insyaAllah i will repair it... -sharif-



    Saturday, August 1, 2009

    Motivasi Dari Al-quran

    Assalamualaikum...hari nie merupakan hari yg sedih..bagi ana...(adalah sebabnya) namun...selagi adanya ana disini...selagi itulah...insyaAllah...ana akan terus menulis dan mmberi sedikit ilmu...insyaAllah pada hari nie ana..ingin berkongsi dengan aenta suma motivasi dari Al-quran....sbnrnya byk motivasi yg tlh diberi oleh Allah kepada manusia...tapi manusia itu sendiri yg malas...untuk mmbaca Al-quran...dan kemudian terbitlah pelbagai buku motivasi2 yg pda hakikatnya terdapat nasihat dari Al-quran...Sbg cth, klu kita rujuk surah Al-Alaq...itu juga merupakan motivasi dari Allah kepada manusia...ayat pertama sudah terang...BACAlah...itu juga satu dari kata2 motivasi dari Allah swt...kepada kita...selain itu ana ada senaraikan beberapa perkataan dari firman Allah yang ana rujuk dari blog saudara ana, yg menyuruh kita supaya sungguh-sungguh dalam berusaha. Antaranya adalah ..
    • Berlumba-lumbalah (wa sabiqu)
    • Bersungguh-sungguhlah (wajahidu)
    • Bersabarlah (wasobiru)
    • Bersegeralah (wa sariu)

    Bahkan di dalam azan yang dilaungkan setiap kali masuk waktu sembahyang, ada perkataan “hayya alal falah” yang mengajak kita supaya sama-sama berusaha menuju kejayaan dan kecemerlangan, bermula dari kecemerlangan dlaam ibadah sembahyang itu sendiri.

    Kita sebagai muslim mendengar laungan azan 5 kali sehari, jadi itu dah menjadi satu peringatan untuk kita bekerja serajin mungkin, bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

    Pilih untuk menjadi seorang muslim yang kuat semangat, kuat usaha, kuat jati dirinya. Ana kira, itu sahajalah yg dpt ana coretkan buat aenta suma sgala yg baik dtg dari Allah..salam~