Wednesday, September 30, 2009

Sedarlah Wanita yg Beriman!

salam~ hari nie nak kongsi dgn anda semua tentang kewajipan bertudung dan cara yg betul, mksdnya mengikut dalil yg diturunkan oleh Allah. Dan juga ingin menjawab pers0alan masyarakat tentang kewajipan memakai tudung itu sendiri...

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?


Tidak benar. Kewajipan bertudung sabit dengan dalil al-Quran, as-Sunnah dan disepakati oleh sekelian ulamak (ijmak).

1. Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur tadi;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Al-Khumur dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Khimar yang memberi erti tudung atau kain penutup kepala. Pengertian ini telah disepakati oleh para ulama’ tafsir dan juga kamus-kamus Bahasa Arab yang muktabar. Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah” (Pakaian wanita Islam) menyebutkan bahawa makna tersebut tidak ada sebarang khilaf di kalangan ulama’ (yakni semua ulama’ sepakat memberi makna al-khimar sebagai tudung atau kain penutup kepala).Menurut Imam Thabari dalam tafsirnya iaitu Tafsir at-Thabari, ayat tersebut memberi pengertian; “Hendaklah wanita-wanita beriman melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada mereka untuk menutup dengannya rambut, leher serta anting-anting mereka”. (Tafsir at-Thabari, Ibnu Jarir at-Thabari, surah an-Nur, ayat 31)


2. Dalil dari as-Sunnah ialah;

a) Sabda Nabi s.a.w. kepada Asma’ dalam hadis yang telah dikemukakan sebelum ini; “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja ”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (Riwayat Imam Abu Daud). Hadis jelas menunjukkan bahawa kepala adalah aurat dan wajib ditutup di mana Rasulullah s.a.w. hanya mengisyaratkan kepada muka dan tangan sahaja ketika menjelaskan bahagian badan yang harus didedahkan.

b) Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

c) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat Imam Muslim).

3. Dari penelitian kita terhadap pendapat-pendapat ulama’ dari pelbagai mazhab, kita dapati tidak ada ulama’ yang mengecualikan kepala atau rambut dari aurat. Mereka hanya berikhtilaf (berbeza pendapat) pada muka, tangan, lengan dan kaki; ada ulama’ menyatakan anggota-anggota ini termasuk dalam aurat yang wajib ditutup dan ada ulama’ yang menyatakan tidak. Tentang kepala dan rambut, semua ulamak sepakat menyatakan bahawa ia adalah anggota yang wajib ditutup. Jadi, suara-suara sumbang yang mengajak wanita membuka tudung dan mendedahkan kepala dan rambut mereka di khalayak ramai, suara tersebut jelas bercanggah dengan ijma’ ulama’ di samping menyalahi nas al-Quran dan as-Sunnah yang telah kita bentangkan tadi.

Dan ingatlah wahai insan bertudung nie merupakan cara utk mengelakkan fitnah dan cara terbaik bertudung sperti yg disuruh oleh Allah bknya ibubapa atau rakan2 kita.Allah menyuruh kita :

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka

oleh itu, wahai wanita yg beriman sekalian labuhkan tudung kepala mu hingga paras dada moga2 Allah merahmati kamu..sekadar berk0ngsi salam~

Monday, September 28, 2009

PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;
“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)
Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.
Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.
InsyaAllah selamat beramal~

Thursday, September 24, 2009

Kawan Itu Manusia

salam~ hari ni nak kongsi sikit2 dgn anda semua, yg mana tentang Al-insan yg bernama manusia...kita kdg2 selalu terlupa...jadi kita sesama sendiri perlu memberi peringatan masing2..manusia Allah telah ciptakan sebaik2 kejadian...jadi kita hanya perlu berfikir bagaimana nak jadikan diri kita nie sebaik2 ciptaan Allah...nasihat disini ialah jaga hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik sesama manusia...dlm erti kata lain disini ialah hubungan dengan sahabat serta jiran tetangga...hari ni sya nak highlight bab kwn....jgn sekali2 kita permainkan perasaan kwn kita, kerana kwn nie ada setengah2 nya yg sensitif...mcm sya la...hehe oleh itu kita kena jaga hati mereka...disini ada 1 cerita yg ingin sya k0ngsi bersama anda semua:

Ada seorang hamba Allah nie, dier mmpunyai sahabat...tetapi sahabat dier nie sudah lma merantau ke 1 tmpat yg jauh...hurm sgt jauh..& dan pda 1 hari tu, sahabat dier nie tlh kembali...pada mulanya dier merasa sgt terharu dan mengharapkan sesuatu kepada sahabat dier nie ...dlm kata lain bg mmberi nasihat & panduan utk menjalani kehidupan tetapi apa yg d harapkan...hanyalah tinggal angan2 kerana sahabat dier nie se0lah2 tlh menjadikn dirinya sbg alat & tempat melepaskan kesedihan...kemudian pabila senang sahabt tadi lupa akan dirinya...ini telah mmbuatkan dirinya sedih..

s0, the moral of the st0ry jgn menggangap kwn nie sbg tempat melepaskan kesedihan...tapi jadikan lah sahabat nie juga sbg tempat melepaskan kegmbiraan....waAllahuallam~ =(

sekadar berkongsi ~sharif~


Amanat Perjuangan

Lirik: Ustaz Taqiuddin Hasan
Lagu : sharif

Walaupun engkau akan berjalan,
tinggalkan kampung serta halaman,
namun kami tetap doakan,
engkau bahgia diperjalanan.

Selamat jalan kami bermadah,
selamat engkau pulang kembali,
kepada tuhan tangan ku tadah,
bermohon dapat berjumpa lagi.

Semoga Allah akan memberi,
nikmat pada kami keuntungan,
biarlah kami tinggal disini,
bebahagia dlm ketaatan.

bila engkau pulang kembali,
jika pusara engkau temui,
jangan ratapi jangan sesal,
demikian suratan perjuangan kita renangi...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Lembaran


Maaf zahir Batin

Salam~ hurm, ada sesetengah org ingat sya nie org swak tetapi bukn sbnrya, pndai ckp swak x semestinya org swak bt0l x?....saya nie asal selang0r...sbl0m nie blaja n tinggal kat swak lam 4 thn...blaja di MRSM kch & SMK Matang jaya...


pastu lps saja sya dpt offer MARA ke UTP...trs Abah dpt pndah ke semenanjung...insyaAllah msh lg dlm k0s chemical Engineering...pray for my success yer...dan 1 lagi insyaAllah msh sdng editing lagu nasyid baru...insyaAllah akan realease utk antum semua....mgkn kluar lepas raya... yang berjudul Dunia & Cinta ditanah Tandus...lagu nie msh dlm mixing with music...harap sbr menunggu~
& xlupa nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri....maafkan sya jika spnjang dlm berseni nie byk slh silap...

p/s: klu nak dtg rmh/ nak antar kad raya blh... nsyaAllah di No16, jalan Putra Indah 9/21 Putraheight, subang jaya, Selangor Darul Ehsan.

SALAM~

Sunday, September 13, 2009

Raya & Puasa


selamat berpuasa kepada semua

Salam~ s0rie kpada anda yng menungu dalam kesibukan p'siapan berhari raya...jgn t'lupa kita mash dalam bulan ramadhan dan masih lagi pada 10 mlm yg terakhir....yer insyaAllah smalah kita byk mengerjakan ibadah kerana keistimewaannya lebih dari bln2 yang lain.. keyh disamping itu sya juga ingin m'ucapkan slamat berpuasa...& selamat mnyambut Adilfitri yang akan dtg yer...akhir kalam salam~

Saturday, September 12, 2009

Recording Nasyid

Salam~ hurm..bru jer abis recording lagu...nasyid yg berjudul cinta di tanah tandus lirik oleh sya sendiri dan masih mixing session dgn music...dan utk pengetahuan semua lgu ni msh lagi dlm rough voice editing mgkn akn siap selepas raya..sapa yang akan berduet dengan sya utk lagu ni adalah rahsia tggu dan lihat...insyaAllah, bkl sya postkn lagu ni insyaAllah...


CINTA DITANAH TANDUS
Lirik: Sharif
Lagu:Sharif


Telah bermula...sebuah cinta~
ditanah tandus kepada yang maha kuasa..
diriku ini memohon magfirat mu...
agar terdidik nafsu liarku...

Cinta...kepada maha esa
cinta..kepada maha kuasa..
cinta...kepada yang menentukan...
kehidupan dibumi anbiya...

kepada mu oh tuhan...
ku memohon keampunan...
tunjukkan ku jalan....
meniti kehidupan...
kepadamu tuhan..
Kepasrahkan harapan...
agar terhindar godaan syaitan...

diri ini mengharapkan magfiratoh tuhanku...
agar aku dapat hidup didunia dengan aman...
diri ini mengharapkan keredhaan darimu...
agar aku dapat hidup dicucuri rahmatmu...

kepada sesiapa yang telah mendgr lagu ini..mgkn ada sedikit perubahan terhadap melodi..inysaAllah syukran..

Friday, September 4, 2009

5 pekara yang boleh merosakkan pahala puasa



Assalamualaikum...hari ni sya ingin berkongsi cdikit dgn anda semua tentang pekara yang blh merosakkan pahala puasa....
PERKARA yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang".

  • Menipu - ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

  • Mengumpat - iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: "Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).

  • Saksi palsu - Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: "Berhati-hati dengan saksi palsu". Sehingga sahabat yang bertanya berkata:

    " Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya".

  • Sumpah dusta - Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: "Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: "Demi Allah aku tidak mencuri". Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: "Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).

    Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: "Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: "Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: "Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: "Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

  • Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. "Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: "Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.