Tuesday, October 27, 2009

MIMPI????

ASSALAMUALAIKUM......

Hurm...hari nie sya bermimpi yg agak pelik...dan bg sya sgt gerun...dlm mimpi itu sya bertemu dg seorang pemuda....tmpat x berapa sure...mcm dlm surau..lelaki itu kelihatan seperti pemuda dari luar negara...berkulit putih, apa yg agak pelik ialah dia pandai berbahasa melayu...klu x silap sya dia mmbacakan Al-quran dalam bahasa melayu dgn lancar sekali kemudian sya bertanya kpadanya sesuatu...tapi sudah lupa apa yg sya tanyakn kepda dia...dan kemudian, dia mmbacakan sya ayat al-quran dlm bahasa melayu..tiba2 saya terdengar suatu suara yg kuat menyatakan bahawa...PADA HARI KIAMAT TIADA DOSA KECIL & DOSA BESAR...dan kemudian sya terjaga dari tidur lantas...terus ke meja dan mecari kertas serta pensil bagi menuliskan tentang apa yg sya bermimpi...itu sahaja

klu blh sya nak tahu adakah ini hadis atau pun ayat al-quraan...

PADA HARI KIAMAT TIADA DOSA KECIL & DOSA BESAR????

persoalan yg masih tiada jawapan....

Saturday, October 17, 2009

Pemimpin untuk memimpin


Ada empat peranan penting seorang pemimpin:


  • Pertama, menjadi contoh, figur (uswah, qudwah).
  • Kedua, pemimpin menjadi sahabat atau teman. Maka, mereka bukan sekadar disebut teman, tetapi khadim al-ummah. Sebaik-baik pemimpin adalah yang dapat melayani. Oleh itu, orang yang mulia bukan orang yang dimuliakan, tetapi orang yang dapat memuliakan orang lain. Dan orang terhormat bukan orang yang dihormati, tetapi orang yang dapat menghormati.
  • Ketiga, pemimpin yang punya peranan pendidik. Ertinya, pemimpin harus punya visi, selangkah lebih maju. Oleh itu, pemimpin tidak boleh cacat hukum, cacat moral, tetapi juga harus mampu pandang ke depan dan berwawasan kerana dia lebih tahu daripada mereka yang dipimpin.
  • Keempat, pemimpin tentu harus menjadi pelopor atau orang yang mendahului melakukan kebaikan.


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Tabrani juga disebutkan mengenai hakikat kepemimpinan yang mana permulaan kepemimpinan akan ada saling mencela, kemudian ada penyesalan dan akhirnya seksaan pada hari kiamat. Hadisnya bermaksud: "Jika kamu mahu, akan aku beritahu kepada kamu tentang kepemimpinan (al-imarah), apakah imarah itu? Imarah itu awalnya cela mencela, keduanya penyesalan dan ketiganya azab pada hari kiamat kecuali seseorang yang adil." Latar belakang hadis di atas adalah satu kes yang berlaku pada seorang sahabat Nabi bernama Miqdad. Beliau bercerita bahawa Rasulullah melantiknya menjadi seorang pemimpin untuk melaksanakan satu tugasan. Setelah selesai dan kembali kepada Rasulullah, baginda bertanya kepada Miqdad, bagaimana menurutnya tentang kepemimpinan? Miqdad menjawab dia tidak mengira bahawa semua bawahannya menjadi budak. Kemudian dia bersumpah tidak mahu lagi diangkat menjadi pemimpin untuk selamanya. Maka disabdakanlah hadis di atas. Pengecualian yang Nabi sampaikan pada penghujung hadis yang berbunyi 'kecuali pemimpin yang adil,' nampaknya menjadi sesuatu yang cukup menarik untuk dibincangkan. Sebab apabila pemimpin itu dapat berlaku adil, maka beberapa kemungkinan buruk yang disenaraikan di dalamnya tidak akan terjadi. Bahkan pemimpin yang adil nanti pada hari kiamat termasuk dari tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah pada saat tidak ada perlindungan sedikitpun kecuali perlindungan Allah SWT. Contoh keadilan Umar bin Khatab kekal direkodkan sejarah. Pada suatu malam beliau tidak dapat tidur semalaman kerana dilaporkan ada unta yang tergelincir di Iraq. Maka, Umar pun menangis dan mengaku berdosa kepada Tuhannya. "Ya Allah, saya menjadi pemimpin, tapi tak boleh membuat jalan yang elok sehingga ada unta yang tergelincir." Keadilan seorang pemimpin adalah satu berkat yang boleh mensejahterakan orang bawahannya. Dan ia sebagai natijah dari penyerahan kepemimpinan kepada orang yang layak menjadi pemimpin. Seperti sabda baginda dalam nilai norma sejagatnya maksudnya: "Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran." (Hadis riwayat Bukhari) Mafhum mukhalafah daripada hadis ini adalah apabila suatu urusan diserahkan kepada ahlinya maka nikmatilah kedamaian dan ketenteraman. Jika kalangan pemimpin pada zahirnya beranggapan bahawa mereka mesti dilayan oleh orang bawahannya maka angapan ini mesti diulangkaji semula hakikatnya kerana ada sabda Nabi yang bermaksud:
"Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka." (Hadis riwayat Abu Na'im)

Wallahu a'lam.

Friday, October 16, 2009

Kahwin & Haji


Beristeri jadi wajib jika tak mampu elak perzinaan


Soalan:
WANG simpanan saya sudah cukup untuk menunaikan fardu haji. Pada masa sama saya berkeinginan untuk berkahwin. Manakah yang patut saya dahulukan? Menunaikan haji atau berkahwin?

Jawapan: Bagi menjawab soalan ini, beberapa hadis Rasulullah boleh dijadikan sandaran untuk kita membuat keputusan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. (Hadis Nasai dan Abu Daud).

Hadis lain menyebut, "Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. (Hadis Bukhari). Ulama berpendapat terdapat dua hukum iaitu kahwin menjadi wajib dan harus.

Jika seseorang mempunyai kemampuan harta dan mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami zahir dan batin dan bimbang akan berlaku perzinaan, maka hukum berkahwin baginya menjadi wajib. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Jika sekiranya aku bimbang untuk bertemu Allah dengan sesuatu perkara nescaya aku akan bimbang bertemu Allah dalam keadaan bujang. (Aimmatul Hadis).

Dari Saad bin Hisyam bahawa beliau bertemu Aishah dan bertanya, "Wahai Ummul Mukminin, aku ingin bertanya tentang orang yang tidak berkahwin. Jawab Aishah, "Jangan kamu lakukan. Apakah kamu tidak mendengar firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami utuskan rasul-rasul sebelum daripada kamu dan Kami jadikan bagi mereka isteri-isteri dan keturunan. (Ar-Ra'du: 38). (Hadis Nasai').

Berdasarkan hadis dan ayat al-Quran, hendaklah penanya perlu mendahului perkahwinan dari menunaikan haji. Ini kerana perkahwinan adalah pendinding daripada melakukan perkara yang diharamkan. Adapun bagi mereka yang berkemampuan dan mampu menahan diri daripada terjerumus ke dalam kancah perzinaan maka berkahwin baginya menjadi harus. Oleh yang demikian hendaklah didahulukan perkara yang wajib baginya iaitu ibadah Haji. Firman Allah, "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu" (Al-Imran : 97)

Pesanan Imam al-Ghazali

Rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

  • Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
  • Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
  • Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
  • Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
  • Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
  • Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.
salam~

Sunday, October 11, 2009

Kesihatan Diri, Tarbiyah Diri

Kampung Halamanku

Salam~ nak kongsi ckit dgn anda semua tentang kesihatan diri...Allah tlh berikan nikamat yg paling besar slps nikmat iman dan islam iaitu nikmat kesihatan yg baik...mgkn pada hari ini anda akn berckp x perlu bersusah payah beramal sepenuhnya...nnt sudah tua barulah bykkan amalan....sbnrnya anda silap...smlm sya ke HUKM yg terletak di kualaLumpur...apa yg dpt sya lihat ialah dimana terdapat kanak2 yg masih kecil jga turut berada...didlm hospital berkenaan...nie mmbuatkn sy bersyukur kerana pada usia sya nie, sya masih lagi diberikan Allah kesihatan yg baik...tapi mgkin ini Allah nak tunjukkan pda sya bahwa...gunaknlah nikmat yg diberi oleh Allah dgn sebaiknya...kerana mgkin pda 1 hari nnt sya juga akn berada sperti mereka...Allah lebih mengetahui...jgnlah mnjadikan islam hanya di atas kertas...jadikanlah islam sbgai gaya hidup...Ulamak pernah menyatakan jika kita tidak blh buat semua tetapi berjuanglah utk buat semua....mgkin pada hari nie anda masih senang...manalah tau pda 1 hari nnt anda juga seperti mereka...wallhuallam

Monday, October 5, 2009

Bala dari Rabbi

salam~ hari nie nak kongsi dgn anda semua tentang Bala dari Allah menurut satu hadis yang kira2 bermaksud , daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  • Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.

  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  • Zakat dijadikan hutang.

  • Suami turut kehendak isteri.

  • Anak derhaka kepada ibunya.

  • Anak suka berbaik-baik dengan kawan.

  • Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.

  • Suara ditinggikan di dalam masjid.

  • Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.

  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  • Arak diminum di merata tempat.

  • Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

  • Artis jadi pujaan.

  • Muzik banyak dimainkan.

  • Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

  • moga2 dgn ini dpt dijadikan renungan bersama..wallahualam salam~

    Result




    Smlm, chmstry blaja cam biasa...tp alm0st pe yg lcture ajar x phm....ingt sya s0rang jer...pastu cuba tnya kwn sebelah..kwn kat belakang ..dia0rg ckp pn xphm ape yg lcture ajar...huhu tetiba tdgr suara sumbang dri blakang...brckp dlm BI..owh rupenya kwn ku dr yemen...mengadu dier pon x phm ape yg lecture tgh ajar....dlm hati nie tgh berd0a tunjukkan ku jln yg lurus...jalan org yg tlh kau beri nikmat & bkn jln org2 yg sesat...lps tu msh jgk x phm...last amik keputusan baca sendiri lecture n0te...tapi dpt ckit2 xpe nnt2 bca lgi...huh tetiba jer lecture pon dah abis....n lecture pon kata kamu blh amik exm ttest kat dlm kotak kat depan...ada0rg amik pastu diedarkan keseluruh kelas....dlm hati brapalah markah ku nie....tgk2 kertas kwn2 lain masyaAllah 40/50...tp syanyer juz dpt ckit jer...tp lulus ar...tp sya tetap bersyukur...ujian tuhan nie kot...Allah tidakkan beri ujian yg hamba dier sendiri x dpt menanggung nya....sabar...sabar....sabar! tetap dgn d0aku..tunjukkanlah ku jalan yg lurus...jalan org yg tlh kau beri nikmat...bkn jlan yg kau murkai bkn jalan org2 sesat....

    Saturday, October 3, 2009

    Amanat Perjuangan

    Cover Front 4 album n sya pnya blog teliti dan amati..
    minta respon..syukran

    Friday, October 2, 2009

    Istinjak

    salam~ hari nie nak kongsi pda anda semua tentng istinjak...dimana pekara yg wajib diketahui dlm klangan islam...jadi nie sya p0stkn bt anda amati betul2...sebarang pers0alan2 sila berikan komen yer...syukran

    Apakah adab-
    adab semasa membuang air kecil atau air besar?

    1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas. Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini iaitu menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas adalah menyalahi Syarak. Hukumnya adalah haram.

    2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu;
    بسم الله، اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث
    (Riwayat Imam al-Bukhari)

    3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah;

    غفرانك، الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني
    (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

    4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi s.a.w. tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi s.a.w. yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”.

    5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama.

    5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;
    a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.
    b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.
    c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.
    d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenang
    d) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi s.a.w. melarang kencing ke dalam lubang”.

    Apa hukum kencing sambil berdiri?

    Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w.. Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

    Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

    Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

    Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”.