Monday, November 23, 2009

Wuduk

salam~
Hanya nak berkongsi tentang wuduk, aritu ada terdgr ceramah dari ustaz Azhar Idrus, beliau menceritakan tentang kelebihan wuduk pada hari kiamat, hadisnya kira2 berbunyi sahabat bertanya kpada Nabi, pada hari kiamat nnt kami kamu kenal, tetapi umatmu selepas kami kamu knl x? jwb nabi, jika ada sekumpulan kuda berwarna hitam dan ditengah2 nya ada seekor kuda yg berkepala putih kamu blh knl x? jawab sahabat blh..Nabi pun menjawab begitula aku kenal dgn umatku...melalui bekas mengambil wuduk mereka...klu x silap hadis nie hadis panjang dlm kitab Al-mawata'..dan ini merupakan sedikit info tentng wuduk:

Wudhuk?

Wudhuk adalah wajib setiap kali hendak mengerjakan solat termasuklah solat jenazah. Tidak sah solat tanpa wudhuk. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda; “Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas sehinggalah ia mengambil wudhu’” (Riwayat Imam Bukhari, at-Tirmizi dan Ahmad).

Selain untuk mengerjakan solat, wudhuk juga diwajibkan untuk melakukan perkara berikut;
1. Melakukan sujud; sama ada sujud tilawah atau sujud syukur (iaitu mengikut jumhur ulamak. Adapun menurut Imam Ibnu Hazim; tidak disyaratkan wudhuk untuk melakukan sujud, yakni harus sujud tanpa wudhuk.
2. Mengerjakan Tawaf (mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Hanafi, tidak disyaratkan wudhu, yakni; sah tawaf tanpa wudhuk).
3. Memegang/ menyentuh, membawa atau memikul mushaf al-Quran (iaitu mengikut pandangan jumhur ulamak. Ada ulamak tidak mewajibkannya, antaranya Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi).
4. Menjadi khatib untuk solat jumaat (pada pandangan mazhab Syafi’ie).

Apakah kelebihan wudhuk?

Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa mengambil wudhuk, lalu ia memperelokkan wudhuknya (yakni mengambil wudhuk dengan sempurna), akan gugurlah dosa-dosa dari tubuhnya termasuklah dosa dari celah-celah kukunya” (Riwayat Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan r.a.).


salam ikhlas dariku~

No comments: