Sunday, January 31, 2010

RESULT SEM 2

salam..

Alhamdulillah...segala puji bgi Allah tuhan sekalian alam..kerana dgn nikmatnyalah...sya masih lg dpt meneruskn perjuangn bagi masuk tahun 1 di UTP nie...Alhamdulillah~ result hari tu tidak mencapai target malah turun o.o2 berbanding sem seblom itu...tp sya bersyukur...kpada Allah kerana melimpahkn rahmatnya pda diri ini...walaupn kdg2 tu terleka dgn pujukan duniawi yg slalu menipu..kwn2 sya hanya memperolehi 3.15 pointer utk sem lps...bg org mcm sya, sya teramat bersyukur walaupn target sya ialah 3.50...SAYA AMAT BERSYUKUR DGN APA ALLAH TELAH BERIKN, terima kasih ALLAH!...kerana amat bertepatan dgn usaha yg telah sya lakukan..

selain itu, disini juga sya ingin memohon kemaafan kepada sahabat sya especially ******* ********...sekirannya Apa2 dlm sepanjang berseni ini sya terkasar bahasa...tersalah bicara..moga2 Allah limpahkn rahmat kepada kamu sekalian~

MISI TAHUN INI: BERSIHKAN DIRI, SUCIKN HATI, ISTIQAMAH DALAM BERCINTA
TARGET: BERJAYA DALAM KEHIDUPAN, SIAPKAN DIRI

Wednesday, January 20, 2010

Karnival Tour Nasyid Indie


Assalamu'alaikum semua,

Mudah2n smuanya dlm keadaan baik, sihat, gembira, sejahtera, & mantap imannya ya! :) Di sini saya ingin memaklumkan yg Karnival Tour Nasyid Indie akan diadakan (insyaAllah) pada 6 dan 7 Mac 2010 bertempat di Parking A Stadium Putra Bukit Jalil. Ada banyak aktiviti menarik yg akan diadakan termasuklah pertandingan futsal, paint ball, pertandingan nasyid untuk anak2 kecil dan pertandingan nasyid utk remaja. Ada gak aktiviti2 utk kaum ibu seperti pertandngn memasak, buat kek, dan macam2 lagi. Terdapat lebih kurang 100 gerai menjual pelbagai barangan, daripada barangan dapur, rumah, pejabat, perhiasan, hiburan, sampailah k makanan2.

Isi pentingnya yg saya nak maklumkan di sini ialah karnival yang dianjurkan oleh Adfinity Consultation dengan kerjasama TV9 dan beberapa penaja lain yg terlalu banyak x larat nak disebutkan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan penasyid2 independent (nasyid indie) dengan menyediakan platform serupa ini. Karnival ini yg dijangka dapat menarik ribuan pengunjung utk datang (disebabkan kemeriahannya bakal menggegarkan kuala lumpur) kerana akan diadakan Konsert Nasyid Indie pada sebelah malam 6hb (sabtu) yg turut menampilkan beberapa buah kumpulan nasyid popular tanah air sebagai artis undangan.

Jadi di sini saya ingin mewar-warkan yang penyertaan dibuka kepada semua grup nasyid indie seluruh Malaysia yg inginkan platform utk anda perkenalkan grup anda, utk sama2 meriahkan pentas utama Karnival Tour Nasyid Indie nanti dengan bawak turun semua grup & percussion anda, menyanyi secara 'halal' di hadapan ribuan pengunjung yg hadir. Inilah masanya utk anda keluar dari 'sarang-sarang' tempat persembunyian anda..cewaah, mcm semut plak bunyinya..
Sila pastikan anda menghubungi Abd Halim Deevotees (017 7222 612) dengan kadar yg sangat segera kerana dia perlukan pengesahan secepat yg mungkin bagi memudahkan urusan daftar grup kerana gmbr2 anda diperlukan untuk dicetak di bunting2, banner2, dan iklan2 (termasuk di TV9) dan mana2 media yg akan dimklumkan kemudian.

So kepada semua pengunjung blog saya yg terbaca iklan ni,sila sampai2kan kepada rakan2 lain yg ada grup nasyid sendiri, yg ada wawasan utk pegi lebih jauh dalam bidang ni, bukan sekadar dapat nynyi kat balai raya je pun jadi lah, tp kita nak buktikan pada masyarakat bahawa nasyid juga punya independent group yg berbakat besar. Jadi sekali lagi saya menyeru kepada pembaca sekalian, tolong sebarkan maklumat ni kepada smua rakan2 kita yg lain..Terima kasih daun keladi, hanya Allah Yang Maha Membalas jasa baik kalian di dunia ini. Syukran. :)


P/s : Tentatif program sepanjang Karnival Tour Nasyid Indie ini akan dimaklumkan kemudian.

Monday, January 18, 2010

HANTU ITU JIN

salam~
hari nie merupakan hari isnin..jadi seperti biasa xde meeting...s0 tetiba teringat plk nk update blog..post kali nie mmbawa anda 1 kisah yg sya terbaca*terbuka..hihi di 1 blogsahabat...ini apa yag dicuba ceritakan...

Kisah satu: Pontianak di village 5.
Ini kisah aku dgr dari rakan. Antara paling popular di UTP by latest. Ada dua versi. Hampir serupa tapi tak sama.

Pontianak di village 5: versi satu.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Kos dan year tidak dapat info. Dia kapel dengan seorang girl B dari UiTM. Nak diceritakan diorang ni pernah macam macam (terlanjurlah sengal!.buat2 tak faham.haha). Nak dikatakan the guy A ni akhirnya jumpa seorang girl C belajar kat UTP gak n terus jatoh hati. (audio: jatuh cinta lagi -MATTA). A pun putus dengan B, tinggalkan B yang terpinga2 ni. Kerana frust B nak datang UTP, tapi accident tengah jalan. Meninggal. B dikatakan kemudian jadi pontianak dan menganggu hidup A dan C kat UTP. Kes ini dikatekan sgt teruk smpai Ustaz Harun Din pernah datang tapi tak berjaya buat apa2. Dengar cerita si A smpai pernah dapat msg dari nombor hp B walaupn selepas B meninggal.

Okeh. itu versi satu. ini versi kedua pula. Lebey kurang sama, tapi more details dan perencah2 cerita yang lebih hebat. haha.

Pontianak di village 5: versi dua.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A. Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.

Jejaka A call awek B seperti biasa.
"Hello sayang. blablabla"
B membalas " Yes sayang bla bla bla"
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
"Eh sori la. tadi tertido la.."
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
" Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2."
"Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C."
"Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?"
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
"Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B.."
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
"Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face"kata Jejaka A.
"Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap." (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
"Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha" Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.'Nak jumpa aku? pndang luar'
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.

Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.

Kisah dua: Kenape block akademik UTP tak complete?


Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang. Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu. Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~.

kisah tiga: Lembaga Putih Kellie's Castle.
Ni cerita dikatakan jadi sem lepas. Member cite gak ni. Haha. Kisah beberapa rakan pulang nak balik UTP lepas berpoya2 katne ntah lalu Kellie's Castle. Bila lalu dorang nmpak lembaga putih elok je tunggu tepi jalan. Dorang cam tersentak and sorang mamat dalam kereta cam point ape benda tu? Dak2 laen diam je. Smpai UTP tibe2 blackout. Malam tu salah sorang kawan dorang histeria.

Kisah empat: Kisah Aku, Rentap, Quek, Vince, dan Madi.
Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap. Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau sumthng. Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu. Smpai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.

Kisah lima: Kalau anda duduk di v2 blok laki, jaga2.
Perasan tak, tepi blok b, dekat parking atas, tepi ampaian, ada satu pokok. sila jaga2 dengan tempat itu. Muaz member aku, bapak dia En. Azhari antara architect2 petronas yang turut terlibat untuk build UTP ni jugak. Dia ada cerita gak sebenarnya sebelum buat UTP ni area perkampungan Bunian.

Kisah enam: Anda ada event di Undercroft?
Ni alkisah nya, aku sem lepas jadi head CnP utk v3 dinner di undercroft. Dinner kitorang adalah event student first yang dapat kebenaran buat kat hall undercroft. Lepas tu cam banyak gak wat. Tapi time kitorang buat, fellow aku, En Kayrool, org kuat ITMS dept ade la cerita kat aku. Cakap tak payah set up tempat dinner tu awal2, sebab kitorang patutnya cam kena buat hiasan ape suma awal2 kat undercroft hall tu. Sebabnya, pernah jadi, malam ni pintu kunci pn barang gerak sana sini esoknya. Mule2 aku blur dgr ayat tu las2 baru faham.haha. Management tau sgt hal ni. Undercroft pn dgr ada bahana2 gak time pembinaan dia. So lepak di undercroft malam2 adalah tindakan yang kurang bijak.haha.~

Kisah tujuh: Sorang budak Utp yang ada kemahiran melihat sesuatu yang laen.
Aku pernah masuk peerhelper UTP. Pernah pergi training bersame Quek. Faci UTP, Pn Maznah antara yang train. Dia cerita macam2 experience die kat UTP, dari budak2 laki nak bunoh diri smpai la cerita ni. Pn Maznah cerita, ada seorang dak UTP (x sure da grad ke blum), ada kebolehan tgk makhluk2 laen. Dak ni dah ada kebolehan ni lama, tapi still pressure bila tengok benda2 tu. Burok amat katanya. Dak ni cerita, takyah cakap la kat tmpat2 sunyi blakang UTP, dekat jalan nak gi poket D dan depan poket D pun macam2 makhluk gayut2 sana sini. Dia cakap UTP mmg banyak sgt makhluk tuh smpai dia sesak nafas tgk kiri kanan. Aku sendiri tym balik dari poket D malam2 pun pernah tengok depan mata anak kucing tengah melompat2 maen sumthing yang macam kalo kita hulur tali tu dia nak tangkap2 tu, padahal tade ape2 pun kat situ. Ni jadi dekat nak naik bukit tepi poket D tu tym orang nak balik tu.

Banyak jeh cerita2 laen lagi. Tapi ni la yang antara patut diconcern. huhu~
Yang penting, jangan caya sgt. Cerita2 ni pun ada yang ye ye betul ada yang ye ye je betul.
Wallahualam. yang penting Allah itu maha berkuasa dan manusia adalah makhluk Allah paling sempurna di muka bumi. Yeah!

***UPDATE***

PADA SAYA PULA:

Ust. Abdul Hakim di bukunya tersebut menjelaskan sepuluh hal tentang alam jin menurut Al Qur'an dan Sunnah.

PERTAMA
Jin dikenakan taklif (kewajiban) seperti halnya manusia. Dalilnya ayat Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (Adz Dzaariyaat : 56)

KEDUA
Jin ada yang mukmin dan ada juga yang kafir. Dalilnya ayat Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda." (Al Jin : 11)

Berkata Ust. Abdul Hakim :
"Ada yang mukmin pengikut tariqah ahlus sunnah wal jama'ah menurut pemahaman salafush shalih, ada yang mukmin pengikut mu'tazilah dan ada yang mukmin pengikut ahlul bid'ah lainnya. (hal 19)

KETIGA
Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27)

KEEMPAT
Jin adalah satu bangsa yang besar dan terbagi bagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim." (Al Kahfi : 50)

KELIMA
Manusia lebih mulia daripada jin. Dalilnya adalah Al Qur'an (yang artinya) :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir." (Al Baqarah : 34)

Berkata Ust. Abdul Hakim,"Oleh karena itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka ia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala." (hal. 24)

KEENAM
Jin, termasuk Iblis beserta kaumnya tidak bisa dilihat oleh mata kepala kita, manusia tidak bisa melihat jin (dalam rupa aslinya). Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :
"Hai anak Adam, janganlah sekali kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan setan itu pemimpin pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman." (Al A'raaf : 27)

KETUJUH
Manusia itu dapat dirasuki oleh jin, dengan kata lain "kesurupan". Dalilnya adalah Al Qur'an Surat Al Baqarah : 275 (yang artinya) :

"Orang orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila." (Al Baqarah : 275)

KEDELAPAN
Bahwa jin atau setan itu ada yang laki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, kawin dan bercampur antara laki laki dan perempuan. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan bahwasannya ada beberapa orang laki laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara jin, maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." (Al Jin : 6)

Juga hadits yang merupakan do'a yang kita baca ketika masuk WC (yang artinya) :

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari jin yang laki laki dan yang perempuan".

KESEMBILAN
Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana setan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menjaganya.
Pada footnote nya disebutkan makanan jin diantaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.

KESEPULUH
Setan juga bermalam dan bertempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah rumah kita. Untuk itulah perlu membaca do'a ketika masuk rumah agar setan tidak bermalam di rumah kita. Dalilnya adalah hadits dalam Shahih Muslim no. 2018 (yang artinya) :

"Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Kamu mendapatkan penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Kamu akan mendapatkan penginapan dan makanan untuk malam."

so my opinion is perbykkan baca Al-quran dimana jua anda berada kerana Allah berfirman dalam Al-quran dalam surah Al-jin ayat 1-3 yg kira2 bermaksud:

katakanlah muhamad, "telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan) lalu mereka berkata "kami telah mendengarkan bacaan yg menakjubkan(Al-quran).yang memberikan petunjuk kepada jalan yg benar lalu kami beriman kepadanya.Dan kami tidakkan mempersekutukan sesuatu pn dgn tuhan kami. Dan sesungguhnya Maha agung tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak.


Wednesday, January 13, 2010

Tips Dunia Akhirat

Panduan Menghafaz Al-Quran



Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada penulisnya.

Aku Sedih

Nor Syaziyah BTE ismail aka Ajie [kiri]

Hati sebak...hanya 2 hari lg nk pulang ke UTP...tp bru perasan adik sya yg darjah 5..msh xfhm english...ceritanya begini td sya online dkt bilik adik...pastu tetiba jer teringat aji es0k ada exam..exam math plak...tu uhh s0, sya tanya lah dier 1 s0alan...yg mmg dah ada kat excersice book tu...tanya2 pnya tnya...dier xdpt jwb...tp sya rsa buku excersice tu buku bdk darjah 4...then, sya srh dier bca2 lagi...then dier pon diam...pastu sya srh kali nie dier bca kuat2 ckit...pastu dier bca...

A cube with each side measuring 2cm is cut out from the cuboid. What is the volume in cm3, of the remaining solid..?

pastu, sya tnya ar...apa mksdnya dlm BM...jenuh dier pikir..then sya pon bgtaw one by one..until jadi ayat dlm BM...pastu sya srh selesaikan...tp tetap dier xdpt buat...uhh camne nie...aku dah nk balik UTP...x smpat nak ajar...ada abang pandai2 pon tak blh hrp...huuhh Aji smmgnya adik aku yg paling kiut dan paling kuat mkn...tp mlz nak kira2...Aji like to watch cartoon..2 hari lagi nak msk UTP...sanggup tgk adik x berjaya? sdng abgnya berada dlm "planet" yg agak berjaya...


Bismillahirahmannirahim
segalapuji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Ya Allah..
jangan engkau terus hukum kami,
jika kami terlupa atau tersalah,
oleh itu ya Allah,
Bantulah kami ya Allah dlm meniti hidup didunia ini,
sbg hamba ya Allah aku sedar akan tanggungjwb ku,
tp mgkin aku leka dgn rona dunia yg menipu,
oleh itu ya Allah jadikanlah aku ya Allah,
Anak yg soleh..Abg yg bertanggungjwb,
suami yg beriman,
muslim yg mukmin,
hamba yg sentiasa berusaha utk mencari keredhaan mu ya Allah..

ya Allah,
bantulah adik2 aku semua dlm pelajaran mereka...
moga2 mereka menjadi adik yg solehah..
rabbana atina fiddunia hasanah,
wa filakhirati hasanah wa qi naazabannarr...
wasollahua'la saidina muhamad wa a'ala asobihi wasalam..
walhamdulillahirabbi al a'alamin~

AMIN

[moga2 dgn ini adik aku dipermudahkan oleh Allah utk menjawab ujian pda keeskkan harinya]

p/s: ajie jgn asyik mkn jer...klu nak mkn, ajak taw..klu exm MATH dpt A..nnt sharif blanja mkn KFC...ok!


salam ikhlas dariku~
sharif

Monday, January 11, 2010

Doa Sebelum Salam

salam
hari nie nak kongsi sedikit info yg sya perolehi..iaitu dlm ibadah solat..Pernah sya terbaca.. doa nie merupakan senjata org mukmin yg paling mujarab..jadi klu kita berd0a mengikut sunnah mgkin blh jadi lebih mujarab... wallahualam~
boleh ke berdoa dlm solat nie..? Nabi Ada Buat ker..? ok jom..bca~

Adakah disunatkan berdoa sebelum memberi salam?

Ya. Disunatkan berdoa –antaranya- dengan doa berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah;

اللَّهمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.
(Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Ali r.a.)

oleh itu moga dpt jadi renungan bersama..

salam ikhlas dariku~
sharif

Saturday, January 9, 2010

Perjalanan Hari Ini

Emak dan Adikku tersayang

salam~

Seawal 6.oo pg handset sony ericsson yg dihadiahkan oleh abah berbunyi. Tandanya aku perlu bangkit utk menunaikan kewajipan. Tapi disebabkn bisikan syaitan dan hawa nafsu...aku tangguhkan hingga 6.20 pg..Aku bangun utk solat subuh.Selepas solat aku terus ke kamar tempat ku beradu utk sambung tidur kembali. "sharif..sharif..abah suruh beli roti canai..." kata emak pdaku..mata masih berat utk dibuka akhirnya aku tak endahkan panggilan itu. Terus aku sambung tidur. Pagi tu abah kejut utk bersarapan. Lantas aku bangun dan terus kebilik air cuci muka dan terus menjamah roti canai. "Tambahlh lagi..."Abah berkata. Aku pun terus mengambil roti canai itu. Setelah sudah makan, aku pon terus ke bilik. Tgk2 laptop yg comel aku disisi katil.

Dalam hati aku nie nak jer hempok laptop nie...problem memanjang~ Just aku dgr2 lagu dari sami yusuf mmbuat aku diam dan berfikir...bestnya boleh buat lagu seperti nie...arrangement music yg menarik serta lirik yg cukup syahdu..lantas aku terus check arrangement music yg aku telah buat..klu nak compare jauh bumi dari langit...huuuuh tak pe asal buat nie ikhlas jer...terus aku lari keatas.. check facebook aku...uhh byknya comment...biasala facebook...klu tak, bukan facebook namanya...strategik jugak klu nak berukhuwah...daripada yg tak kenal jadi kenal...
pastu...terus ke sofa yg empok utk merealease otak...disamping itu aku gah kan jugak tgn aku mencapai remote TV..channel kesukaan aku seperti biasa 551, byk info yg aku tahu..aku save dlm otak...klu ada pendrive dah lama aku save...hihi habis sudah menonton aku kembali kelaptop mini buat arrangement lagu utk album aku..yg tak siap2 eventhough dah taun 2010...huhu

pastu teruskan dgn tune2...lagu bst lagi klu ada studio...uhhh insyaAllah blhla tu...tunggu saat jer...dan tetiba jer aku terdengar abah ckp nk pi melaka tgk idah kat mrsm AG..s0, aku plan nk ikut sbb dok rmh pon tak de apa2 nak buat...aku pon ikutlah..selepas jer solat zohor kita org teruskan perjalan ke MRSM tuh...dlm pukul 4.00 ptg tiba dimuka pintu..msk2 jer nak kena isi attandence..biasa ar tu sk0lah asrama..pastu singgah bual2 dgn idah terus..kerumah atok abah...at0k dah tua tp sakit sikit2 jer alhamdulillah...bual2 dgn atok..atok nie suka sbnrnya org balik kampung...pastu solat asar.. tetiba jer at0k abah suruh beli murtabak...beli2 jer terus balik...lepas tu atok pesan ngan kita 0rang berbunyi begini..

Abah sakit2, Mak dah takde selalu lah korang jenguk2 abah nie..
Isteri takde boleh cari...Abah klu dah takde tak boleh cari lagi...
pesan kat adik beradik jenguk2 lah abah nie...

dlm hati aku rsa sebak..mgkin aku tak faham lagi tunggulah klu aku berada tempat at0k aku..mcm mne pulak rsnya kan2...huhu S0, Abah plan nak buat jadual gilir2 jaga atok abah...kirannya tiap2 minggu ada orang balik kampung...huhhh 23 jan ada meeting family..tp aku tak dpt attend sbb dah kena msk UTP...takpe la lain kali lah yer~

moral of story:
1) bgn subuh tepat pda masanya..klu boleh berjemaah di surau atau masjid
2) Bersyukr dgn apa yg ada
3) Ziarah-menziarahi
4) Jagalah org tua kita selagi mana dier masih hidup dimuka bumi ini..jgn kita menyesal bila mereka sudah pergi meninggalkan kita....

*tp hari nie aku terasa sgt sbb tak tolong abah beli roti canai...slalunya aku pergi~ mgkin mlm td penat sgt...ceh alasan konon...takpe aku akn berusha menjadi anak yg s0leh...d0a2kn yer...

salam ikhlas dariku~
sharif

Thursday, January 7, 2010

Kufur Bagi Siapa Yg Bantah!

salam~


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.


'Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur' - Dr Haron Din.

BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK MENGENAI : PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH HANYA MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA DALAM AGAMA ISLAM SAHAJA

1. Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah bersidang buat kali 178 pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 H :
“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah bersidang buat kali 178 pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 bersetuju untuk mewartakan perkara berikut:

a) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam

b) Mana-mana penganut selain daripada penganut agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud

c) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.

10 negeri ada larangan guna perkataan Allah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Sepuluh negeri mempunyai peruntukan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims.

ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam.

iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.

*sekadar salin dan tampal

Wednesday, January 6, 2010

Kamu Datang Pada Saya



salam~

hari nie jantung ku kembali bersinar..iaitu apabila laptop mini kesygan aku telah pulih setelah sekian lama menderita...oleh itu sya sgt bersyukur pada Allah kerana telah memberi ku kekuatan yg tidak terhingga dlm penderitaan itu...Terima Kasih Allah~ Alhamdulillah..hari nie sya tetiba teringat with my fav0r idol in nasyid music sami yus0f..melalui single terbaru beliau...amat menyentuh hati..yg bertajuk "You Came to Me"...harap2 pda masa akan dtg boleh jadi sehebat beliau dlm penghasilan music nasyid..insyaAllah~ hrp anda semua blh dgr karya2..beliau mmg sgt baik...dari segi arrangement music..dan susunan vocal..disamping lirik yg memberi impak positif kepada siapa mendengarnya *especially single terbaru beliau You came to Me...d0akn yg terbaik utk sya dlm menjadi komposer seperti beliau~


You Came To Me
Album : Single
Munsyid : Sami Yusuf


You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

You came to me in the time of despair
I called onto you, you were there
Without you what would my life be
Not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Anything just to be with you
I feel so lost that times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya RasulAllah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya RasulAllah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

salam ikhlas dariku~
sharif

Tuesday, January 5, 2010

Cinta Ain Naqilah




salam~
smlm bru jer balik dari UTP...amik cek MARA...maaf kwn2 xdpt tolong ar...amik cek dan reserve hostel...sbbnya busy sgt...maaf yer~ haa hari nie hati sya telah terpaut...pada siapa?? haa jwapanya ialah pada Ain Naqilah...iaitu merupakan watak yg terdapat pda islamik novel cinta ain naqilah oleh my shabat iaitu Athirah Taha...hurm bst tau novel nie...tapi sya blom baca lagi, bru sempat bca sinopsis jer.....nak beli ar nie...harga RM20...berbaloi ke tak kena bca dulu ar...

sinopsis:

Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.

0k...jgn lupa beli taw...sbb dlm nie byk pengajaran yg boleh kita amalkan dlm kehidupan...beli yer~

salam ikhlas dariku~
sharif