Wednesday, January 20, 2010

Karnival Tour Nasyid Indie


Assalamu'alaikum semua,

Mudah2n smuanya dlm keadaan baik, sihat, gembira, sejahtera, & mantap imannya ya! :) Di sini saya ingin memaklumkan yg Karnival Tour Nasyid Indie akan diadakan (insyaAllah) pada 6 dan 7 Mac 2010 bertempat di Parking A Stadium Putra Bukit Jalil. Ada banyak aktiviti menarik yg akan diadakan termasuklah pertandingan futsal, paint ball, pertandingan nasyid untuk anak2 kecil dan pertandingan nasyid utk remaja. Ada gak aktiviti2 utk kaum ibu seperti pertandngn memasak, buat kek, dan macam2 lagi. Terdapat lebih kurang 100 gerai menjual pelbagai barangan, daripada barangan dapur, rumah, pejabat, perhiasan, hiburan, sampailah k makanan2.

Isi pentingnya yg saya nak maklumkan di sini ialah karnival yang dianjurkan oleh Adfinity Consultation dengan kerjasama TV9 dan beberapa penaja lain yg terlalu banyak x larat nak disebutkan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan penasyid2 independent (nasyid indie) dengan menyediakan platform serupa ini. Karnival ini yg dijangka dapat menarik ribuan pengunjung utk datang (disebabkan kemeriahannya bakal menggegarkan kuala lumpur) kerana akan diadakan Konsert Nasyid Indie pada sebelah malam 6hb (sabtu) yg turut menampilkan beberapa buah kumpulan nasyid popular tanah air sebagai artis undangan.

Jadi di sini saya ingin mewar-warkan yang penyertaan dibuka kepada semua grup nasyid indie seluruh Malaysia yg inginkan platform utk anda perkenalkan grup anda, utk sama2 meriahkan pentas utama Karnival Tour Nasyid Indie nanti dengan bawak turun semua grup & percussion anda, menyanyi secara 'halal' di hadapan ribuan pengunjung yg hadir. Inilah masanya utk anda keluar dari 'sarang-sarang' tempat persembunyian anda..cewaah, mcm semut plak bunyinya..
Sila pastikan anda menghubungi Abd Halim Deevotees (017 7222 612) dengan kadar yg sangat segera kerana dia perlukan pengesahan secepat yg mungkin bagi memudahkan urusan daftar grup kerana gmbr2 anda diperlukan untuk dicetak di bunting2, banner2, dan iklan2 (termasuk di TV9) dan mana2 media yg akan dimklumkan kemudian.

So kepada semua pengunjung blog saya yg terbaca iklan ni,sila sampai2kan kepada rakan2 lain yg ada grup nasyid sendiri, yg ada wawasan utk pegi lebih jauh dalam bidang ni, bukan sekadar dapat nynyi kat balai raya je pun jadi lah, tp kita nak buktikan pada masyarakat bahawa nasyid juga punya independent group yg berbakat besar. Jadi sekali lagi saya menyeru kepada pembaca sekalian, tolong sebarkan maklumat ni kepada smua rakan2 kita yg lain..Terima kasih daun keladi, hanya Allah Yang Maha Membalas jasa baik kalian di dunia ini. Syukran. :)


P/s : Tentatif program sepanjang Karnival Tour Nasyid Indie ini akan dimaklumkan kemudian.

5 comments:

aku_nakal said...

tak faham terms menyanyi secara halal...

dari mana dalil yang menghalalkan?..tak nampak dgn jelas...

abg ni berjuang dgn nasyid?...

cukup ke skdr nyanyian?..cukup ke skdr niat utk bjuang..ckup ke skdr duduk menulis lirik dan berharap org akan kenal agama?...

adik ni kurang paham...nak tanya..

sharif said...

salam~
soalan yg baik! soalan begini kbykkannya dibincangkan dlm kalangan ulama' fiqh...dan ada yg mengharamknnya dan ada pula yg menghalalkannya...tp pernah terbaca ceramah dari ustaz menyatakn 1 cerita Ahli sufi...dimana dia membawa 1 gambus...maka ditanya oleh para sahabatnya, alat timbangan apa yg kamu bawa ke hulur hiir tu...maka jawabnya...benda ini tujuannya utk menimbang akal manusia...utk adik, abg rasa sebenarnya nasyid ini adalah 1 cabang kecil dakwah...selain itu ianya juga salah 1 hiburan secara islam...mungkin lps ini adik akan tanya betul ke? hiburan secara islam? nape ada yg cinta la apalah..sebenrnya klu kita teliti benar2 liriknya..kita akan tahu apa sebnrnya yg cuba disampaikan..
mgkin adik pernah bca novel2 yg berbentuk islamik...cthnya Ayat2 cinta, Ketika cinta bertasbih dan byk lg..tp mgkin adik akn bertanya bnda yg sma...terus terang abg ckpkan bukan sekadar dakwah..mlh kita nak menonjolkn budaya islam..dan hiburan islam...itu sendiri..Allah berfirman yg kira2 bermaksud..Janganlah kmu haramkn apa yg Allah halalkan bg kamu, ssngghnya Allah tidak suka org yg melampaui batas...ok adik, soalan yg baik..moga2 adik blh bertanya kepda yg lebih berilmu seperti ulama' yg mempelajari Al-quran dan hadis..dan lebih expert dlm bahasa Arab..Abg pernah terbaca 1 hadis yg berkaitan dgn melagukan bcaan Al-quran..yg kira2 bermaksud bkn dari kalangan ku org yg tidak melagukn Al-quran..ok adik abg rsa ini saja yg mmpu abg huraikn sbg khalifah sja...mmg klu nk dibandingkn dgn ilmu adik...masyaAllah Adik lebih berilmu...tp jgn lupa Allah jualah yg mmberinya..dan kepadanya kita menyerah diri...klu adik ada pertanyaanyg lain...simpan sjalah dan tujulah ia kepada org yg lebih pakar..ok disni abg serta kn link utk adik bca...sebarang pertanyaan tujukn lah kepada ulama'...wallahualam insyaAllah~

http://osolihin.files.wordpress.com/2008/04/hukum-nyanyi-dan-musik-edited.pdf

aku_nakal said...

tq bang..tp nak ulas sikit pe yg abg ckp tu..

part melagukan al-quran..melagukan yang macam mana..adik ni segan sket nak tny ngan org len. abg nampak (dari blog) macm org yg bole adik jadikan rujukan..mungkin abg bole tny untk adik..

n cabang kecil boleh dibuat ke kalau yang besar tak dijalankan?

sbb tak silap adik..adik penah dgr hadis bahawa yag sunat jadi haram bila yang wajib ditinggalkan..

yang adik paham..

sia2 cabang kacil kalau yang besar ditnggalkan..adik ni confius skrg..abg bole tolong explen?

KiTa_KaWaN said...

adik yang nakal..hehe..

persoalan skrg adalah niat. tp kena faham bahawa niat tak menghalalkan cara...tp cara juga kdgkala tidak menunjukkan niat kita..

dalam hal ni, adik benar.. yang besar perlu didahulukan sebelum yang cabang dilakukan..

cuma dalam usaha dakwah ini, kepelbagaian usaha adalah dibenarkan...selagi mana yang asas itu tidak ditngalkan..mungkin dalam suasana hari ni, org lihat nasyid (sharif jgn marah pulak..tak maksudkan ko) merupakan jalan yang baik sbb bole jana pndapatan sekali..

tp susah la...sbb niat yang haq dan yang batil telah bercampur..niat dakwah sudah ada percampuran..

cuma bagi yang mampu mengatasi hati, dan membetulkan niat, maka tak jadi masalah..selagi usaha yang besar tidak ditinggalkan..

skrg ni, abg tgk antara konsert nasyid dgn konsert biasa umpama tidak ada lagi bezanya..susah dah nak cari nasyid yang benar2 boleh bawa penghayatan sbenar..

tp kalau adik dgr nasyid sharif ni..kenangan noda..pergh..menusuk kalbu..hehe..

jadi adikku sayang, jgn nakal2...pelihara dakwah yang besar, supaya adik dapat jalankan yang kecik2 supaya dapat kekal di jalan dakwah..

soal nasyid, adik kena banyak merujuk alim ulama...yang lama lagi bagus..sbb kadang2 ulama kontemporari skrg susah gak nak jadikan rujukan..

suasana skrg suasana keliru..abg takut kalau2 inilah zaman di mana alim ulama sndiri tak boleh nak pakai..

jadi adikku sayang...
pelihara iman ye..doakan abg..

KiTa_KaWaN said...

sharif...

lagu ko best r...

ko masih nak aku buatkan sajak teman utk ko ke?

tp demo lagu satu g tak best sgt r....try kasi rancak sket...hehe

(macam pengkritik aF lak)