Thursday, January 7, 2010

Kufur Bagi Siapa Yg Bantah!

salam~


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.


'Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur' - Dr Haron Din.

BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK MENGENAI : PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH HANYA MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA DALAM AGAMA ISLAM SAHAJA

1. Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah bersidang buat kali 178 pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 H :
“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah bersidang buat kali 178 pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 bersetuju untuk mewartakan perkara berikut:

a) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam

b) Mana-mana penganut selain daripada penganut agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud

c) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.

10 negeri ada larangan guna perkataan Allah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Sepuluh negeri mempunyai peruntukan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims.

ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam.

iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.

*sekadar salin dan tampal

No comments: