Monday, January 18, 2010

HANTU ITU JIN

salam~
hari nie merupakan hari isnin..jadi seperti biasa xde meeting...s0 tetiba teringat plk nk update blog..post kali nie mmbawa anda 1 kisah yg sya terbaca*terbuka..hihi di 1 blogsahabat...ini apa yag dicuba ceritakan...

Kisah satu: Pontianak di village 5.
Ini kisah aku dgr dari rakan. Antara paling popular di UTP by latest. Ada dua versi. Hampir serupa tapi tak sama.

Pontianak di village 5: versi satu.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Kos dan year tidak dapat info. Dia kapel dengan seorang girl B dari UiTM. Nak diceritakan diorang ni pernah macam macam (terlanjurlah sengal!.buat2 tak faham.haha). Nak dikatakan the guy A ni akhirnya jumpa seorang girl C belajar kat UTP gak n terus jatoh hati. (audio: jatuh cinta lagi -MATTA). A pun putus dengan B, tinggalkan B yang terpinga2 ni. Kerana frust B nak datang UTP, tapi accident tengah jalan. Meninggal. B dikatakan kemudian jadi pontianak dan menganggu hidup A dan C kat UTP. Kes ini dikatekan sgt teruk smpai Ustaz Harun Din pernah datang tapi tak berjaya buat apa2. Dengar cerita si A smpai pernah dapat msg dari nombor hp B walaupn selepas B meninggal.

Okeh. itu versi satu. ini versi kedua pula. Lebey kurang sama, tapi more details dan perencah2 cerita yang lebih hebat. haha.

Pontianak di village 5: versi dua.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A. Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.

Jejaka A call awek B seperti biasa.
"Hello sayang. blablabla"
B membalas " Yes sayang bla bla bla"
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
"Eh sori la. tadi tertido la.."
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
" Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2."
"Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C."
"Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?"
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
"Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B.."
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
"Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face"kata Jejaka A.
"Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap." (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
"Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha" Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.'Nak jumpa aku? pndang luar'
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.

Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.

Kisah dua: Kenape block akademik UTP tak complete?


Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang. Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu. Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~.

kisah tiga: Lembaga Putih Kellie's Castle.
Ni cerita dikatakan jadi sem lepas. Member cite gak ni. Haha. Kisah beberapa rakan pulang nak balik UTP lepas berpoya2 katne ntah lalu Kellie's Castle. Bila lalu dorang nmpak lembaga putih elok je tunggu tepi jalan. Dorang cam tersentak and sorang mamat dalam kereta cam point ape benda tu? Dak2 laen diam je. Smpai UTP tibe2 blackout. Malam tu salah sorang kawan dorang histeria.

Kisah empat: Kisah Aku, Rentap, Quek, Vince, dan Madi.
Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap. Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau sumthng. Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu. Smpai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.

Kisah lima: Kalau anda duduk di v2 blok laki, jaga2.
Perasan tak, tepi blok b, dekat parking atas, tepi ampaian, ada satu pokok. sila jaga2 dengan tempat itu. Muaz member aku, bapak dia En. Azhari antara architect2 petronas yang turut terlibat untuk build UTP ni jugak. Dia ada cerita gak sebenarnya sebelum buat UTP ni area perkampungan Bunian.

Kisah enam: Anda ada event di Undercroft?
Ni alkisah nya, aku sem lepas jadi head CnP utk v3 dinner di undercroft. Dinner kitorang adalah event student first yang dapat kebenaran buat kat hall undercroft. Lepas tu cam banyak gak wat. Tapi time kitorang buat, fellow aku, En Kayrool, org kuat ITMS dept ade la cerita kat aku. Cakap tak payah set up tempat dinner tu awal2, sebab kitorang patutnya cam kena buat hiasan ape suma awal2 kat undercroft hall tu. Sebabnya, pernah jadi, malam ni pintu kunci pn barang gerak sana sini esoknya. Mule2 aku blur dgr ayat tu las2 baru faham.haha. Management tau sgt hal ni. Undercroft pn dgr ada bahana2 gak time pembinaan dia. So lepak di undercroft malam2 adalah tindakan yang kurang bijak.haha.~

Kisah tujuh: Sorang budak Utp yang ada kemahiran melihat sesuatu yang laen.
Aku pernah masuk peerhelper UTP. Pernah pergi training bersame Quek. Faci UTP, Pn Maznah antara yang train. Dia cerita macam2 experience die kat UTP, dari budak2 laki nak bunoh diri smpai la cerita ni. Pn Maznah cerita, ada seorang dak UTP (x sure da grad ke blum), ada kebolehan tgk makhluk2 laen. Dak ni dah ada kebolehan ni lama, tapi still pressure bila tengok benda2 tu. Burok amat katanya. Dak ni cerita, takyah cakap la kat tmpat2 sunyi blakang UTP, dekat jalan nak gi poket D dan depan poket D pun macam2 makhluk gayut2 sana sini. Dia cakap UTP mmg banyak sgt makhluk tuh smpai dia sesak nafas tgk kiri kanan. Aku sendiri tym balik dari poket D malam2 pun pernah tengok depan mata anak kucing tengah melompat2 maen sumthing yang macam kalo kita hulur tali tu dia nak tangkap2 tu, padahal tade ape2 pun kat situ. Ni jadi dekat nak naik bukit tepi poket D tu tym orang nak balik tu.

Banyak jeh cerita2 laen lagi. Tapi ni la yang antara patut diconcern. huhu~
Yang penting, jangan caya sgt. Cerita2 ni pun ada yang ye ye betul ada yang ye ye je betul.
Wallahualam. yang penting Allah itu maha berkuasa dan manusia adalah makhluk Allah paling sempurna di muka bumi. Yeah!

***UPDATE***

PADA SAYA PULA:

Ust. Abdul Hakim di bukunya tersebut menjelaskan sepuluh hal tentang alam jin menurut Al Qur'an dan Sunnah.

PERTAMA
Jin dikenakan taklif (kewajiban) seperti halnya manusia. Dalilnya ayat Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (Adz Dzaariyaat : 56)

KEDUA
Jin ada yang mukmin dan ada juga yang kafir. Dalilnya ayat Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda." (Al Jin : 11)

Berkata Ust. Abdul Hakim :
"Ada yang mukmin pengikut tariqah ahlus sunnah wal jama'ah menurut pemahaman salafush shalih, ada yang mukmin pengikut mu'tazilah dan ada yang mukmin pengikut ahlul bid'ah lainnya. (hal 19)

KETIGA
Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27)

KEEMPAT
Jin adalah satu bangsa yang besar dan terbagi bagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim." (Al Kahfi : 50)

KELIMA
Manusia lebih mulia daripada jin. Dalilnya adalah Al Qur'an (yang artinya) :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir." (Al Baqarah : 34)

Berkata Ust. Abdul Hakim,"Oleh karena itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka ia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala." (hal. 24)

KEENAM
Jin, termasuk Iblis beserta kaumnya tidak bisa dilihat oleh mata kepala kita, manusia tidak bisa melihat jin (dalam rupa aslinya). Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :
"Hai anak Adam, janganlah sekali kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan setan itu pemimpin pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman." (Al A'raaf : 27)

KETUJUH
Manusia itu dapat dirasuki oleh jin, dengan kata lain "kesurupan". Dalilnya adalah Al Qur'an Surat Al Baqarah : 275 (yang artinya) :

"Orang orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila." (Al Baqarah : 275)

KEDELAPAN
Bahwa jin atau setan itu ada yang laki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, kawin dan bercampur antara laki laki dan perempuan. Dalilnya Al Qur'an (yang artinya) :

"Dan bahwasannya ada beberapa orang laki laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara jin, maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." (Al Jin : 6)

Juga hadits yang merupakan do'a yang kita baca ketika masuk WC (yang artinya) :

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari jin yang laki laki dan yang perempuan".

KESEMBILAN
Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana setan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menjaganya.
Pada footnote nya disebutkan makanan jin diantaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.

KESEPULUH
Setan juga bermalam dan bertempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah rumah kita. Untuk itulah perlu membaca do'a ketika masuk rumah agar setan tidak bermalam di rumah kita. Dalilnya adalah hadits dalam Shahih Muslim no. 2018 (yang artinya) :

"Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Kamu mendapatkan penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka setan berkata (kepada kelompoknya) : Kamu akan mendapatkan penginapan dan makanan untuk malam."

so my opinion is perbykkan baca Al-quran dimana jua anda berada kerana Allah berfirman dalam Al-quran dalam surah Al-jin ayat 1-3 yg kira2 bermaksud:

katakanlah muhamad, "telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan) lalu mereka berkata "kami telah mendengarkan bacaan yg menakjubkan(Al-quran).yang memberikan petunjuk kepada jalan yg benar lalu kami beriman kepadanya.Dan kami tidakkan mempersekutukan sesuatu pn dgn tuhan kami. Dan sesungguhnya Maha agung tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak.


No comments: