Wednesday, February 24, 2010

REDHA

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Sunday, February 21, 2010

Pakaian In islam

wanita solehah ibarat permata dalam kaca yg bisa dilihat tapi sukar disentuh



Apakah fungsi pakaian menurut Syari’at Islam?


Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran;

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang” (an-Nahl, ayat 81).

يَابَنِي ءَادَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ ءَايَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (al-A’raf:26).

Dalam ayat 26 dari surah al-A’raf di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah;
1. Pakaian untuk menutup aurat
2. Pakaian untuk perhiasan
3. Pakaian takwa

Menurut ulamak; “اللباس” dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat. Adapun “الريش” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu “اللباس”) adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan. Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orang-orang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula; ia bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya.

Apakah syarat-syarat pakaian lelaki?

1. Hendaklah menutup kawasan aurat
2. Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh (khususnya kawasan aurat)
3. Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat
4. Tidak menyerupai pakaian perempuan
4. Tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan
6. Bukan pakaian syuhrah
7. Bukan diperbuat dari material yang diharamkan iaitu sutera.
8. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq.

Apakah syarat-syarat pakaian wanita?

1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Apa dalil bahawa pakaian mesti menutup aurat?

Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat sebagaimana ayat di atas tadi.
Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari al-Quran dan as-Sunnah yang memerintahkan orang-orang Islam supaya menutup aurat.
Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan menutup aurat ini.
(*Kupasan tentang aurat akan kita lakukan dalam satu tajuk yang khusus, Insya Allah).

Apa dalil tidak harus memakai pakaian yang jarang atau sendat?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيلاَتٌ، رُؤُسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Apakah dalil tidak harus pakain lelaki menyerupai pakaian wanita dan sebaliknya?

Kerana Rasulullah melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.;

لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Dan apa contohnya?

Iaitu setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;

لَيَّةً لا ليَّتَيْنِ
“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).

Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.

jadi, sebagai manusia kita blh berfikir knapa, ia diharamkan dan mengapa ia dihalalkan.Oleh itu berfikirlah dengan waras, kerana ini semua untuk kepentingan kita bersama. Untuk menjadi ummah yang terbaik di dunia yg fana ini.

ikhlas dariku,
sharif

Saturday, February 20, 2010

UNTUK ISTERI

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

ikhlas dariku,
sharif

Tuesday, February 16, 2010

Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil Terbujur badan dan kedinginan. Tiada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara, Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita. Janganlah mahu disanjung - sanjung, Engkau digelar manusia agung. Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa keranda diusung. Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan, Tinggal semua yang dikasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman

"(Untuk peringatan diri sendiri)"

ikhlas dariku~

Wednesday, February 10, 2010

FORUM BAITUL MUSLIM

salam~
busy week for me,

1) H4I
2) MIS- Ikrar
3)RM
4) SRM
5) Family Day Chemy
6)AGM_IBC
7)Study~

utk kali nie post bg Baitul Muslim, siapa nk join blh contact taw.

Wednesday, February 3, 2010

E-KRAR


salam~

Hari nie bru jer tubuhkn 1 kumpulan nasyid utk bertanding diperingkat UTP. moga2 dgn kehadiran IKRAR pda kali bakal memantapkn lagi saingan bagi MIS kali ini.IKRAR agak special dari kumpulan nasyid lain..bakal kami tampilkan nasyid yg berkaitan sirah dan nasihat utk kali ini.
Lagu pertama yg bakal kami tampilkn ialah lagu MAAL HIJRAH dan lagu SECARIK yg merupakan nasyid lagenda yg mempunyai lirik yg cukup mendalam.

IKRAR mempunyai 6 Ahli yg terdiri dari 3 vokalis dan 3 percussion. Uniknya ikrar bukan dari segi harmony nya suara tapi message yg disampaikn.Nantikn! pastinya ada kelainan dari nasyid yg lain. Sebenarnnya IKRAR kali ini bakal menjadi wakil bg batch jan09..Doakn kami berjaya dunia akhirat.

ikhlas dariku,
sharif