Wednesday, March 24, 2010

Ahli Fiqh

salam
tahukah anda semua bahwa adanya golongan ahli fiqh.siapakah mereka? hai nie nak kongsi sikit..jom~

Siapakah ahli-ahli Fiqh?


Ahli-ahli fiqh bermaksud orang yang pakar dalam Fiqh. Di dalam bahasa Arab ia dinamakan sebagai al-Faqih atau jamaknya al-Fuqahak. Di kalangan Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh ada yang mengeluarkan pandangan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana ahli Fiqh yang lain sama ada yang hidup sebelum atau sezaman dengan mereka. Mereka mencipta atau mengasaskan usul-usul atau kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah dan berijtihad dengan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan Faqih atau ahli Fiqh yang lain. Mereka dinamakan sebagai Mujtahid Mustaqil iaitu orang yang mempunyai kemampuan berijtihad secara berdikari. Bilangan mereka adalah sedikit.

Ada di kalangan Fuqahak (ahli-ahli Fiqh) yang menjadi murid atau pengikut kepada Mujtahid Mustaqil di atas. Mereka memiliki kemampuan untuk berijtihad, namun ijtihad mereka tidaklah bebas, sebaliknya terikat dengan usul atau kaedah yang diasaskan oleh guru mereka atau tokoh Mujtahid sebelum mereka. Mereka dinamakan Mujtahid Muntasib atau Mujtahid Mazhab. Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh dari jenis ini adalah yang terbanyak. Malah selepas kemunculan Imam-Imam Mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafiie dan Imam Ahmad, hampir keseluruhan Fuqahak adalah menjadi pengikut salah satu dari empat mazhab tersebut. Mereka dikenali sebagai Fuqahak Mazhab atau ulamak-ulamak mazhab.

Siapakah contoh ahli Fiqh yang mencapai darjat mujtahid mustaqil?

Contoh mereka ialah;
1. Imam Abu Hanifah (an-Nu’man bin Tsabit al-Kufi); meninggal tahun 150 Hijrah.
2. Imam al-Auza’ie (‘Abdurrahman bin Muhammad); meninggal tahun 157 Hijrah.
3. Imam Sufyan as-Sauri (Sufyan bin Sa’id); meninggal tahun 161 Hijrah.
4. Imam al-Laith bin Sa’ad; meninggal tahun 175 Hijrah.
5. Imam Malik bin Anas; meninggal tahun 179 Hijrah.
6. Imam as-Syafi’ie (Muhammad bin Idris); meninggal tahun 204 Hijrah.
7. Imam Ahmad bin Hanbal; meninggal tahun 241 Hijrah.
8. Imam Daud az-Zahiri (Daud bin ‘Ali); meninggal tahun 270 Hijrah.
9. Ibnu Jarir at-Tabari (Muhammad bin Jarir); meninggal tahun 310 Hijrah.

Siapakah contoh ahli-ahli Fiqh yang menjadi mujtahid Mazhab?

Contoh mereka;
1. Imam Abu Yusuf; meninggal tahun 182 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
2. Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani; meninggal tahun 187 Hijrah (mujtahid mazhab Abu Hanifah)
3. Ismail bin Yahya bin Ismail al-Muzani; meninggal 264 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
4. Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi; meninggal 270 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
5. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi; meninggal 231 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Syafi’ie)
6. Ibnu al-Qasim; meninggal tahun 191 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik)
7. Imam Sahnun (‘Abdussalam bin Sa’id at-Tanukhi); meninggal tahun 204 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Malik).
8. Imam Abu Thalib (Ahmad bin Hamid al-Misykani); meninggal tahun 244 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad)
9. al-Qadhi ‘Abu Ya’la (Muhammad bin al-Husain); meninggal tahun 458 Hijrah (mujtahid mazhab Imam Ahmad).
10. Imam Ibnu Hazm al-Andalusi; meninggal tahun 456 Hijrah (mujtahid mazhab az-Zahiri).

mereka ini merupakan Ulamak, yg telah memberi byk ilmu fekah terhadap kita dari bersuci hinggalah ke faraid( pewarisan).Untuk mengetahui lebih lanjut blh serch kat google atau blh baca tafsir kitab fiqh dan rujuk dgn ustaz anda semua yer~ wallahualam..


No comments: