Thursday, April 1, 2010

Why?

IKRAR are my fren
My coursemate are my frenz
Farabie classmate ur are my frenz
Roomate bilik 17 u are my fren bilik nie mmg kenangan kita



salam


hari ini sya nak jelaskan pada anda semua mengapa anda terima emel "why?" yg didalamnya terdapat "Kenapa korang semua, suka pilih2 kwn?"..sebenarnya ini merupakan pekara peribadi sya yg pernah saya Alami 1 ketika dulu...

ceritanya begini, setelah keputusan PMR diumumkan, sya telah dpt terima tawaran ke sebuah sekolah nie, (identitinya di rahsiakan)..kira lebih kurang sekolah asrama penuh..utk pengetahuan anda semua, sebenarnya sya mempunyai seorang kwn baik..kwn sya nie telah mendapat tawran ke sekolah lain. jadi ceritanya, kami berdua terpaksa berpisah, dan menuju haluan masing2...jadi sya ingin mulakn kehidupan baru di sekolah baru..

tapi, sekolah bru sya nie tak mcm sekolah sya yg seblomnya..agak pelik, sewaktu sya msk mereka nie tak berapa kwn dgn bdk2 baru..jadi mereka nie telah menggunakan kuasa senior dia0rg, walapn kami nie 1 batch dan sama umur...

sya masih ingt lgi ada 1 malam, kami telah di lecture oleh mereka ini..sya rsa sgt takut dn tiada siapa pada ketika itu..utk jadi tempat meluah perasaan..mereka bercakap tentang bezanya student baru ngan lama..sya masih ingat lagi 1 kata2 iaitu "jgn ingat korang nie student lama". ayat nie mmg sgt menusuk dijiwa..mereka ada ugut utk belasah kita0rg bdk bru..itu yg saya rasa...waktu itu bayangkan betapa rasa takut..sgt kuat~ ada juga yg kata nak belasah kita0rg mlm itu juga...hati nie dah kata..habislah aku...jadi sejak ketika itu sya mula mendekatkan diri dgn Allah...seingat sya mlm itu sya nangis dalam solat..hanya Allah yg tahu perasaan ketika itu...
solat hajat sya iringkan utk elakkan mereka ini utk terus mengapa-apakan sya dan kwn2 baru..

dgn izin Allah..mlm itu kami terselamat dari kena belasah...betapa Allah nak tunjuk yg milik Allah lah di langit mahu dibumi...bila Allah kata jadi maka jadilah...sya rsa sgt bersyukur,..
hari2 yg saya lalui di sekolah itu taklah seperti anda..sgt takut dan sentiasa berwaspada dlm apa jua keadaan...sejak dari kejadian itu sya sgt percaya kepada pertolongan Allah...jadi sya selalu jadikan surau ini sebagai tempat utk sya mengadu pada Allah...tentang masalah sya..linangan air mata pda ketika itu sgt bermakna~ sya juga pernah bgtaw dgn family utk tinggalkan sekolah itu..tapi my family kata teruskan alang2 dah masuk...

jadi sya mempunyai hanya 1 tempat bergantung..iaitu Allah..hanya Allah yg paham sya, anda semua tidak faham...jadi surau adalah rumah sya, jgn sekali-kali pisahkan kami..selepas itu, byk pekara2 yg makin lama makin tak betul...jadi sya ambil jalan utk tidak mahu ada apa2 aktiviti kokurikulum atau sukan yg melibatkan student lama nie...klu tak byk problem...hanya Allah yg tahu

perkataan ini selalu bermain dalam fikiran sya iaitu "Kenapa korang semua, suka pilih2 kwn?" sya tahu anda semua takkn faham...sebab anda bukan sya, dan sya bukan anda

bila masuk form 5 sya baru dpt adapt dgn mereka ini, ini semua kerana Allah...Allah telah kabulkan doa sya~ Alhamdulillah...lantaran itu jangan kita ever and nver pilih2 kawan kerana anda belum rsa hidup tanpa kwn, dan anda akan rsa bila tiba waktunya~~

beringatlah kawan!



Kecantikkan paras wajahmu
Akan hilang bila sampai waktu
Dari itu jangan rasa bangga
Itu semua tak tahan lama
Melainkan Allah

Hari ini hidupmu senang
Kawan saudara keliling pinggang
Bila kau susah diri terlantar
Tiada siapa untuk kau mengadu
Melainkan Allah

Ingatlah semua insan insani
Kita makhluk ciptaan Illahi
Harus selalu menginsaf diri
Sebelum tiba saat ajali

Apa juga yang kau miliki
Wang yang banyak harta melimpah
Tak mungkin dapat kau bawa mati
Tiada yang kekal didunia ini
Melainkan Allah

ikhlas dariku~
sharif

No comments: