Friday, July 30, 2010

salam
hari ini, pagi..nak update blog, esk ada rehlah bersama family LTK, sgt menarik. seterusnya, esk proses recording utk lagu " ya Ramadhan", tapi lagu blom siap, klu dah siap baru hantar ke studio utk recording dan mixing. kemudian, mahu siapkan lagu "MutiaraKu" sudah siap beberapa rangkap,cuma perlu touch up sikit utk lebih penghayatan..utk pengetahuan keunikkan lagu ya ramadhan kali ini, terletak pda lirik..Liriknya dalam bahasa,inggeris..semua lapisan masyarakat didunia blh dengar...insyaAllah, mahu disend di radio, seperti SALAM FM & IKIM utk diputarkan..itu pn klu ada kesempatan..memandangkan sem baru sudah bermula, lets fokus study first..then, after stable..bru fokus wit studio work...
ok, biarlah apa org kata, dkt kita..tetap teruskan perjalanan, kerna perjalanan saya baru bermula. biarlah, kita jadi pendakwah, bukan penghukum, kerna Allah yg lebih berhak.

sharif

Wednesday, July 21, 2010

Hari RABU

salam
semalam baru selesai, hal kesihatan. bermula dari 8 pagi, bertolak ke klinik UTP berbekalkan scooter modenas, sebaik saja smpai, terus saja berjumpa dgn doktor.Doktor check2, kejap then dia suruh gi hospital.at first, ingatkan dia nak hantar. sekali dia suruh sya pergi sendiri.. then terus call kwn sya, utk terus ke batu gajah hospital, but kena wait until 9 lebih, sbb dia ada misi utk mencari sponsor bagi program kami..

sebelum tu, kwn sya nie dia ajak tgk cerita tarzan versi english..mmg menarik jalan ceritanya.baby tu cute giler..jadi akibat keletihan, tertido di atas katil kwn sya..setelah kepulangan kwn sya yg seorang lagi tu, sya terus ke hospital..dtg jer kat hospital, mula blur..biasalah mana pernah pergi hospital situ..jadi sya ditinggalkan oleh kwn sya, sbbnya dia nak pi cari sponsor dkt pekan batu gajah.

dkt hospital, sya sudah explore everything..termasuk jabatn pesakit luar, farmasi, bilik xray dan sebagainya. Dihospital nie, sya belajar utk bykkan bersabar.. sbb bukan anda seorang jer yg sakit.tpi, mcm2 org lagi yg sakit..sya perhatikan byk ragam manusia, dari pelbagai golongan, dari muda until org tua..dan dengan perlbagai jenis sakit.
ada yg sabar, ada yg tak sabar..kan sabar itu iman?

tunggu pnya tunggu akhirnya nurse, panggil nama sya..jumpa dokor alahai tak sampai 5 minit..but tunggu 2jam..huhu kesiannya..lepas tu doktor suruh gi xray, pastu dtg balik jumpa..then, ke farmasi ambil ubat..ambil ubat pn ada no. tggu lagi setengah jam..pastu ambil ubat tak sampai seminit..jadi moral of the story, kena byk besabar, dan Allah itu beserta mereka yg sabar...

jadi nasihat sya utk semua, kita masih sihatkan? jadi jaga kesihatan, sbbnya, pergi hospital nie take alot of time..so, jga kesihatan diri.pastu kna byk bersabar dan waktu sakit pn jangan lupa solat..itu saja..utk yg baca blog sya, sya syg anda, jga diri ya~ :)

sharif

Monday, July 19, 2010

JANGAN MEMINTA JAWATAN SEBAGAI PEMIMPIN

-kongsi ilmu dari blog serikandi_86-

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis diatas disebut, Janganlah kamu meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Tegahan tersebut juga meliputi sesiapa yang bericta-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Kerana amir itu boleh membawa erti yang luas yang meliputi, Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan masyarakat.

Di dalam hadis diatas juga ada menyebut jika seseorang itu memohon dan meminta jawatan dengan cita-citanya maka jawatan kepimpinan itu akan diserahkan dan diberikan dengan menanggung bebanan sepenuhnya. Ia juga membawa maksud jawatan kepimpinan yang diberikan atas dasar permintaan seseorang itu, ia akan diserahkan tanpa mendapat pertolongan dari Allah S.W.T dan masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan kepimpinan. Dia seorang yang akan bersendirian menanggung segala bebanannya.

Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi s.a.w tidak menggalakkan atau Nabi s.a.w menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawabnya yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah S.W.T. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti. Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Seorang suami sebagai pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Dan khadam atau pelayan itu bertanggungjawab terhadap harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seseorang anak bertanggungjawab terhadap penggunaan harta milik ibubapanya dan ia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.”

Dalam hadis tersebut diatas, Nabi s.a.w menjelaskan bahawa kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti. Hal ini dapat dijelaskan melalui hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kamu akan berminat atau berhasrat (bercita-cita) terhadap jawatan kepimpinan dan ia nanti akan membawa penyesalan pada hari akhirat.”

Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut malahan dalam kes mereka dilantik sekalipun mereka akan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain yang dirasakan orang lain lebih berhak dan lebih layak untuk berlaku adil berbanding dirinya.

Begitu juga Abu Bakar yang dilantik sebagai pemerintah masih dirasakan dirinya perlu dibantu dan tanggungjawab tersebut adalah berat sebagaimana ucapan beliau di hadapan kaum muslimin sewaktu perlantikannya sebagai khalifah:
“Wahai kaum muslimin semua, kamu telah melantik aku sebagai pemimpin kamu sedangkan aku merasakan aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu. Begitu pula kiranya aku berlaku benar dan adil, bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng perbetulkanlah”

Jawatan kepimpinan merupakan tanggungjawab besar dan orang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan bebanan kepada dirinya dan penderitaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:

“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”

Daripada penjelasan tersebut diatas dapat mengukuhkan kita bahawa sesuatu jawatan kepimpinan itu merupakan tanggungjawab yang besar dan tidak seharusnya diberikan kepada sebarangan orang. Hal itu dapat dibuktikan dengan tindakan Nabi s.a.w tidak memberikan kepimpinan kepada orang yang memintanya atau orang yang berhasrat untuk memegang jawatan tersebut. Dalam konteks lain, Nabi s.a.w berbuat demikian supaya umatnya berhati-hati dengan jawatan yang besar itu kerana kebiasaannya manusia menilai sesuatu itu baik untuk dirinya tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan dipikul olehnya. Untuk itu, orang yang mengetahui hakikat tersebut sahaja tidak berminat memegang jawatan kepimpinan.
Hadis tersebut diatas juga menarik perhatian seluruh manusia supaya tidak menjadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu jawatan untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi.

Sunday, July 18, 2010

Azam Redha Allah

salam
pagi tadi sya jumpa doktor, kat UTP..check kaki sya, yg bengkak sbb terjatuh..jadi, doktor bagi beberapa ubat, utk disapu, dan 2 ubat makan...hari rabu pagi kna dtg lagi..utk check..klu msh tidak surut bengkaknya, kna buat xray...

jangan risau semua, sikit jer nie...ujian Allah kna tabah sikit..klu asyik merungut jer..smpai bila nak jadi kuat.. klu asyik nak sedih jer bila nak jadi tabah.. tp sya bertekad sem baru nie, sya nak belajar betul2, biarpn sejuta ujian yg mendatang..kna berubah..demi mencapai keredhaan Allah~

sem nie i hve good plan, insyaAllah, kita amalkan muwasafat tarbiyah..moga2, dpt menjadi insan yg baik dan berjaya..sudah byk air mata utk perjuangan di UTP nie..insyaAllah, sya takkan sia-siakan airmata itu...sya berazam utk menjadi org yg baik dari pandangan Allah..

Allah tuhanku, aku hambanya:

sharif

Saturday, July 17, 2010

Biarlah Rahsia

salam
sya hari nie, nak update blog, setelah sya sembang ngan akak,sya..sya dpt jwapannya..fikirlah sama-sama yer..jadi nie dia dialog kami..adakah anda wanita yg baik? biarlah rahsia...(jawapan dari wanita sendiri-temu bual eksklusif)

mshariffuddin
: salam
KAKAK: waalaikumsalam
ye dik..?
mshariffuddin: ada 1 soalan.
KAKAK: tentang..?
mshariffuddin: nak dgr x?
-klu ada kerja yg lebih penting tidak mengapa-
KAKAK: insyaAllah, tnya je dik..klu akak sempat, akak jawab mana yg boleh ye
mshariffuddin: owh, soalan survey jer nie..
KAKAK: survey utk ape..?
RD..?
mshariffuddin: x..
KAKAK: blog..?
mshariffuddin: ha..
:)
klu busy xpe.
xpenting pn..
k salam
KAKAK: eh la..tnya la..
insyaAllah, akak sedia mendengar..
mshariffuddin: haa.
ok,
mshariffuddin: apakah ciri2, seorang wanita yg baik?
KAKAK: hm..nak cari calon isteri ke ni..?
hm..
ciri2 wanita yg baik..
jwpn akak simple je..
"menjaga agamanya"
insyaAllah, akan terpelihara segala2 yg ada padanya..insyaAllah.
mana2pun, agama penting..agama itulah yg akan membentuk seseorang tu..
mengikut acuan Allah..sibghatullah
(celupan Allah)
lagi satu..dlm konteks wanita yg telah bersuami..ada idcatatkan dlm alquran..
wanita inilah yg akan menjaga harta suaminya ketika ketiadaan suaminya, memelihara diringa..insyaAllah
wallahu'alam
mshariffuddin: ok,
terima kasih.
ada nak add lagi?
KAKAK: apa post seterusnya dik..?
mshariffuddin: tajuk ka?
KAKAK: hm..ikutkan banyak je yg nak dieloborate.tp ia akan berbalik pada satu asas saje//
iaitu agama
ha'a
tajuk
mshariffuddin: tajuk nya..
biarlah rahsia..
:)
KAKAK: haish..
xpela..
insyaAllah..nt ada masa, akak singgah blog enta..
apepun, teruskan bergerak kerja bersama LTK dan RD
insyaAllah..utk keizzahan Islam
ok dik..syukran
salam
mshariffuddin: wah, nasib ada akak, yg baik..
ana tak de kakak..
ada abg jer..
ok la kak..
dah byk org respon nie..dah pening plak kepala..
KAKAK: ok..xpe, nt ada kakak ipar..kakak jugak kan
oh ye..lagi satu, cuba dptkan pandangan dr mereka2 yg kurg pemahaman Islam menurut enta..
cthnya, kwn2 enta yg mungkin xfaham sgt tntg Islam ke..
atau yg sosial ke..
kita lihat apa jwpan mereka, mesti menarik tntg wanita yg baik ni..
insyaAllah
then, buat lah analisin yg sebaiknya..
*analisis
mshariffuddin: mmg yg itu pn..
dlm proses
sya pn sosial jgk..
cuma tak sosial, dgn org yg tak kenal jer.
n kecuali dlm alammaya..
mcm komputer
KAKAK: maksud akak dgn perkataan yg sosial adalah, org2 yg ada masalah pergaulan bebas lelaki dan perempuan//
keluar malam ke, selalu couple ke..
hm..ni maksud akak..
insyaAllah..
mshariffuddin: o0o..
mumtaz la kak.
nnt sya cari calon isteri, blh la dptkan pandangan dari akak-akak LTK..
:)
suma baik2 belaka.
tpkan..knapa kita yg baik2 nie nak cari org yg baik..?
knpa xcari org yg kurang baik, then didik dia jadi baik?
renung-renungkan..
KAKAK: perkara ni panjang utk diulaskan..
tp dgn kata pendeknya, yakin dgn ayat Allah..
"lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik..perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik.."
jgn kita sangkal ayat ni..
itu janji Allah, dan janji Allah tu pasti..
hm..utk mencari mereka yg kurang baik, pd akak terpulang kpd individu..
sbb utk mendidik perlukan kekuatan..
keistiqamahan
kesabarann
klu lihat dr aspek lelaki yg baik, tp nikah dgn yg x baik..
insyaAllah, x salah..tp perlukan iman yg tinggi..
jgn sampai kita hanyut dgn pasangan kita..
dlm konteks ni, lelaki boleh gunakan kuasa sbg seorg suami utk mendidik isteri..
tp dlm konteks perempuan yg baik, nikah dgn lelaki yg xbaik..agak berat utk muslimat td..
tu pandangan akak..
lihat pd kekuatan iman seseorang..
klu mampu, teruskan..
sbb besar kemungkinan, ia akan effect institusi kekeluargaan kita..
dan itu jugak merujuk kpd kepentingan baitul muslim tu sendiri..
insyaAllah
wallahu'alam
mshariffuddin: owh, tp ana tak layak masuk baitul muslim..
ana org2 biasa ja.
tak sehebat, abg2...
akak2..
kita
nie
tp terima kasih la..
kerana kongsi2..ilmu
moga2 jadi akak yg baik..
kepada adik2..
KAKAK: kita semua hamba yg hina dik..
walaupun berada di puncak yg tinggi
hakikatnya Allah yg lebih MULIA
insyaAlllah..
ok dik
syukran..
jgn terlalu merendah diri..baitul muslim utk semua..
jazakallah dik, salam
Sent at 12:44 PM on Saturday
mshariffuddin: iala tu kak..
insyaAllah,berusaha utk jadi yg terbaik..
:)
salam.



Thursday, July 15, 2010

SEDIH SUDAH

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Tuesday, July 13, 2010

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu......

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar....
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak......
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut......
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor....
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat....
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit....
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut....
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak.....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih........
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak.....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan......
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis......
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la.....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik....
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu....
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan......

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...
sampai masuk unibesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
:(( :((

Saturday, July 10, 2010

RUMAH, I will MISS U

salam
Alhamdulillah,selamat tiba di UTP perak..lepas nie work as studnt plak..hari2 dah jadi composer n producer..insyaAllah, x lama lagi MS STUDIO upgrade to cartoon production..jadi, doakan yg terbaik...hurm, nak cerita apa yer..ok, mmandangkan dah masuk U nie nak cerita tentang pengalaman di rumah...

duk rumah mmg best, hanya buat kerja2..studio..xperlu pikir pasal study :)..especially in composing lagu terbaru, seperti LIHATLAH, dan mixing lagu2, seperti Akulah Hamba, Maafkan Aku Tuhan, dan lagu terbaru seperti Jangan Bersedih..then, work with cartoon production, bru belajar2..dari mereka yg berpengalaman dlm bidang tersebut..dan sebagainya, ternyata tak dpt dinafikan mmg ssh, tapi mesti sabar dan ada kesungguhan...ok seterusnya..

rumah, mcm biasa dpt tgk perlawanan bola sepak in HD...hihi mmandangkan kat rumah ada astro beyond..mcm2 ada..but, stil upset..my favourite team sudah kalah..dan tinggal team yg lain utk revenge jer..hihi

rumah juga terdpt sebuah bilik,yg sya jadikan studio utk recording, dan compose beberapa lagu..wlaupn x cukup alatan akustik..lepas nie studio nie kta buat besar sikit utk buat cartoon production plak..ek~ :)

dirumah juga sya byk menuntut ilmu akhirat dari ustaz kamarudin,ustaz yusuf, dan ustaz yg lain...ustaz kamarudin ajar hadis, ustaz yusuf mengajar ilmu tasawuf, juga ceramah utk isra' mikraj, ...tapi belajar selepas maghrib di surau tempat sya tinggal..dan juga tak lupa di masjid syakirin KLCC, dapat ilmu berkaitan palestine..dan juga ustaz johari, khatib, yg sgt sya kagumi dgn kepetahan beliau..insyaAllah, sya kan cerita pengalaman dan ilmu2 ini..utk dikongsi dgn semua pelajar2 di UTP..

tak lupa juga dirumah byk ada khilaf pda Allah, insyaAllah sya mahu terus perbaiki diri utk mencari redha Allah..apa yg pasti, sya aku cuba berusaha wahai tuhanku, Allah..moga2 sya istiqamah...doakan terbaik..

Itu jerlah yg sya dpt kongsi bersama-sama teman..harap kisah sya menjadi kisah anda..salam syg dari sya...especially pda org yg sedang mmbaca..(jga solat awk yer, ssguhnya solat itu mencegah pekara keji dan mungkar)

RUMAH, I will MISS U (especially my studio)

sharif

Friday, July 9, 2010

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga
Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum
Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran
Moga terlakar cintamku dipintu syurga

Sunday, July 4, 2010

MS STUDIO blog

salam
sya sedang in progress mmbuat penambahbaikan blog MS STUDIO..jika tidak keberatan blh singgah di blog nie yer...terdapat video2 menarik, dari MS STUDIO.dan kesemua lagu hasil dibawah label MS PRODUCTION...cthnya:

1) Akulah Hamba
Lagu: Mohd Sallehuddin
Lirik: Mohd Sallehuddin

2) Maafkan Aku Tuhan
Lagu: Mohamad Shariffuddin
Lirik: Mohamad Shariffuddin

3) Tanpa Hidayah
Lagu: Mohd Sallehuddin
Lirik: Mohd Sallehuddin

4) Dunia
Lagu: Mohd Sallehudin
Lirik: Mohd Sallehudin

5) Lihatlah
Lagu: Mohamad Shariffuddin
Lirik: Mohamad Shariffuddin

hari tu, ada org tanya: "bhai, adakah anda mmg artis sekarang?" jawapan sya: "sya tak suka jadi artis, tp mahu jadi org biasa yg smpaikan lagu2 nasyid"
insyaAllah, MS STUDIO,akan buat bberapa produk, utk pemasaran di peringkat global..insyaAllah doakan yg terbaik...any suggestion blh email ke: msstudiooo@gmail.com

klik link bawah utk ke blog MS STUDIO
MS STUDIO

sharif