Sunday, August 29, 2010

Khas utk Isteri.

video

salam,
lagu ini sya ciptakan khas utk isteri saya. hurm, nie preview jer, nnt sya siap ful version sya post.moga enti jadi wanita yg solehah, penyejuk dimata, penawar dihati, didunia entilah penyeri, disyurga menanti, entilah bidadari. :)

amin.

sharif

Friday, August 27, 2010

Kasih Teman

Lirik: sharif
Lagu: sharif

Teman,
dulu pernah kita,
sendu tawa ria,
memori indah,
suka duka.
senyum pahit kita,
kasih mesra,
tidak kulupa.

Teman,
dulu pernah kita,
mengejar cita,
bersama-sama teman,
pahit getir bila,
diuji dia,
tabah menerima.

chorus:
Temaniku,
tika ku sendiri,
temani-ku
bila susah hati,
kasih kamu,
doa di-iringi,
fitrah insani,
kasih teman.

Saturday, August 21, 2010

Dalam Sujud Cintaku

video
ya Allah, engkau mengujiku dengan wanita dan harta, dengan kedudukan yg memalingkan ku daripadamu. ya Allah, utk jadi terbaik masih belum aku mmpu.dalam sujud cintaku, sering aku takut hidup tanpa redha dari mu. Ya Allah, berilah aku kekuaran utk hidup didunia ini.

Tuesday, August 17, 2010

Diari Ramadhan KEENAM

MASJID AN-NUR UTP

salam,
ramadhan diari yg ke-enam diupdate pda hari yg ke tujuh.hurm..ramadhan semalam keadaan normal, cuma-nya terdapat kelainan dlm iftar sya pda kali ini..klu sebelum ni sya iftar di cafe, semlm..sya iftar di masjid..

Masjid di universiti sya, telah diberi nama masjid an-nur..dan masjid ini juga baru dibina, dlm bberapa tahun yg lalu(sya terlupa tahun, ia di bina). Iftar di masjid ini, adalah anjuran, unit pentadbiran masjid dengan bantuan sokongn Rakan Masjid, sebuah kelab pegerakkan mahasiswa islam di UTP. Jadi, utk iftar kali ini lajnah sya telah diberi tugas, utk mmbantu iftar ini supaya berjalan lancar.

sya smpai di masjid dlm pukul 6.45 ptg, sempat juga utk tolong ahli-ahli lajnah yg lain, utk tuangkan air ke dlam cawan..tak sangka jemaah yg hadir hampir memnuhi ruang masjid ini.Alhamdulillah.harap2 berkekalan selama-lamanya.

semalam sya berbuka secara berjemaah (mkn dalam talam)..sgt menarik, hanya sya dan sahabt jer yg tahu keadaan kami pda ketika itu..Alhamdulillah,pengalamn yg tak dapat dilupakan..menu, berbuka nasi putih+ sayur+ kuah "ayam" , jangn tersilap, ayam waktu tu sudah habis, jadi hanya tinggl utk kami, adalah kuahnya sja..walau bagaimna, sya sgt bersyukur kpda Allah..atas rezeki yg tlh diberikan..Alhamdulillah~

tobe continued.

sharif

Sunday, August 15, 2010

Diari Ramadhan KELIMA

salam,
diari ramadhan ke 5, diupdate pdahari ke-enam. hurm, semlam hari yg indah.ceritanya, bermula bila sya bangun pda pukul 4 pagi, dikejut oleh sahabat bilik berdekatan.Dalam keadaan mamai, terus berjalan ke pavilion.sbb ingatkan dia0rg nak buat bbq kat sana, seperti yg dijanjikan semlm.tapi rupanya, mereka buat diparking moto v2 saja..wah, dalam kesejukan pagi, berjalan ke pavi dengan semangat nak makan ayam..tgk2 dia0rg takde..wah~ akhirnya,ambil keputusan pulang semula ke bilik, dan mkn mee segera beserta air soya, yg baru dibeli di cafe.

selesai jer makan, barulah terjumpa kelibat dia0rg di parking moto sedang ber-bbq..alangkah terkejut dan tergamam..fuh~(dlm hati kata, kat sini rupanya, dekat sgt dengan bilik tak sampai 5 meter, tadi punyalah berjalan 700m plus patah balik 700m, kesemuanya 1.4km,huhu).

semalam ramadhan mcm biasa, biasalah hari ahad. tak da apa nak buat. jadi, siapkn project utk DAC dan NGC. baru sikit, tengah dlm proses cari story line. seterusnya, semalam berbuka nasi lemak ayam + air suam..tapi akak yg dkt cafe tu bagi air panas. :)

solat isya' dan terawih di surau v2. balik singgah beli air soya,(murah pulak air kotak soya yg besar tu RM1.70 jer). Dalam pukul 1 camtu baru tidur, sbb takut tak dpt bangun sahur hp rosak, battery tak dpt cas..insyaAllah, moga ramadhan hari nie lebih bermakna buat diri sya amin~~

sharif

Saturday, August 14, 2010

Diari Ramadhan KEEMPAT

salam
ramadhan hari nie, tak sahur..penat sgt, sbnarnya terjaga pukul 4, pastu off telefon, tidur semula. hari nie, byk tidur dan santai..ada kokurikulum..caklempong~ belajar music tradisional, main ketuk2..mcm gamelan jer..tpi style modern..

tak terasa penat hari nie, knapa yer? mgkin sbb, suka main ketuk2 caklempong..sya hari nie main tingkah, slh satu alat caklempong..nnt sya ajar anda semua main..seronok sgt~ en.ISA supporting habis..ada gaya..hihi

sempat juga test main geritih,walaupn agak sukar..note tetap sama, bezanya tingkah dan geritih ialah, geritih nie melodi lagu, tingkah like adding sound, utk kasi sedap...tapi rythm kna sama, baru lengkap..seronok sgt~

hari nie buka,nasi with ayam + kari dan air suam...solat isya' dan terawih di v2, (tanggungjwb yg diberi, sbg PIC utk terawih di v2).doakan sya utk istiqamah dlm beribadah dan berusaha utk meninggalkan pekara yg Allah murakai...amin~

sharif

Friday, August 13, 2010

Diari Ramadhan KETIGA

salam
post kali nie sya tulis panjang sikit.uhhhh, sya stress sikit hari nie..byk masalah, tp stay cool n tenang.actually i dont like tempat yg sya tinggal skrang nie. ihve nobody, tiada kawan, tiada geng, tiada sahabat, tiada teman. but better dari tiada kawan, daripada dpt kwn, yg makan kwn.

biasala manusia, tak dpt tgk org senang sikit, ada jer..nak cemburu.well, inilah dunia..rsa mcm mahu keluar dari sini.ada kwn, kutuk kita dari belakang, ada plk kwn kutuk kita depan2, ada pulak jenis kwn,suka dok wat fitnah kat kita..STRESS!! biasalah,budak2 pandai..an~ i dont like budak pandai..serius.

that why i like to be alone..tak suka susahkan sapa2..saya hanya mahu hidup seperti dulu, ada kwn2..yg ambil berat kita, ada teman nak gelak2..sekarang tiada kwn, huhu sedih..biarlah, org
nak sendiri2...now ihve my own life, sya bersyukur pda Allah, dpt kwn yg mcm gini..kwn, yg bila susah cari kita, bila senang lupa..semua~ terima kasih kerana mempunyai kwn seperti anda semua..semua sama jer...~

yes! i love music..my kwn setia is music.bila sya sedih, i listen to music, when i hppy i listen to music..just love music..nasyeed especially..

Dulu sya pernah ada kwn, sekarang tak lagi..i dont like to be friend, bcoz kwn tak tahu erti persahabatan..tak hayati erti kemanisan dalam berkawan..biarlah sya seorang dlm dunia imaginasi sya..berfantasi dalam dunia realiti..and for me i appreaciate well kwn2, sya..especially org yg paham apa yg sya buat..kerja sya..dan semua la.. dan hargai apa yg sya buat..dan sya paling benci org yg byk komen..

.....sedihnya hidup begini, bagai lampu lilin... sudah menjadi lumrah, cabaran dugaan tambh pengalaman diri, walaupn pahit kna telan..biar kelat kena kunyah sampai lumat..dunia aku kini sepi...


Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya
Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata
Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

_saya trauma ada kwn begini_


*diari ramadhan kali ini adalah luahan perasaan

sharif



Thursday, August 12, 2010

Diari Ramadhan KEDUA

salam
hari ini hari kedua ramadhan, sahur jam 4pg, air suam & air strawberry..selepas tu tidur semula.Bangun pukul 6, solat subuh..kemudian pukul 8 ada kelas..MEB..hari yg panas..
sewaktu dlm perjalann ke kelas terserempak dgn lecturer smpat berbual kejap..dia menyatakn hari nie sgt panas. sya meng iyakan dan terus ke kelas bersama-sama..

kelas hari nie staright until pukul 5, hari nie byk berjalan, dan dugaan paling kuat ketika jam 2ptg, dgn cahaya memancar kemuka..berjalan dlm 1km..ke block 1 utk ke kelas programming..balik dari kelas programming, berjalan pula ke kelas IMSE yg terletak 1km dari situ..wah~ dugaan dlm puasa..tapi tak rasa penat..cuma rsa bahang panas terik mentari di UTP nie..

balik dari kelas pukul 5 ptg, ada meeting di masjid lama..wah~ berjalan lagi agak dalm 700m, sebelum ke meeting sempat masukkan check MARA dlm akaun..agenda meeting kali ini, sempena ramadhan..sya ditugaskan utk jadi setiausaha usrah, naqib sya Abg muhammad, dan PIC utk terawih di V2....kemudian selesai meeting dlm 6.55 ptg..terus ke bilik semula, tamabah lagi 700m, berjalan..

sampai bilik, dalm jam 7.15 mlm..7.31 berbuka nasi tomato, yg sya tempah dari sahabat..beserta air strawberry sahur..kemudian solat isya' dan terawih di surau v2..(sbb hari nie hujan, tak jadi ke masjid)..doakan semoga ramadhan esk sya dpt tingkatkan amal ibadah.insyaAllah~

sharif

Wednesday, August 11, 2010

Diari Ramadhan PERTAMA

salam
Hari ini hari pertama ramadhan, terbangun utk sahur pukul 3.50, sahur air suam..dan tidak lupa juga pda Allah..selepas tu tidur semula,bangkit semula pukul 6 pagi, solat subuh, pukul 8 pagi pergi ke JPSP ambil cek MARA.

kelas hari nie start pukul 9pg hingga pukul 12 tgh hari. Hari nie, hari yg sgt panas.berjalan kaki dari pocket D ke C dan seterus ke blok 1. ujian bulan ramadhan nie, dan sya berpegang pda 1 hadis, jika kamu menumpuh 1 perjalanan utk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalan kamu ke syurga.

hari nie juadah berbuka puasa nasi lemak ayam, beserta air suam dan kurma.Td sy berbuka, dgn kurma dan air suam, kemudian solat maghrib dulu..setelah selesai solat maghrib baru makan nasi lemak ayam. Lepas tu, mandi utk bersiap ke masjid an-nur..disamping itu, sya bwa cek MARA.utk ditunaikan ke dalam akaun.malangnya setelah smpai ke Bank baru perasan cek tu belum bertulis no akuan dan maklumat diri.Jadi saya batalkan niat utk mskkan-nya kedalam akaun.

kemudian sya ke, masjid an-nur utk solat isya' kemudian solat terawih lapan rakaat. habis dalm jam 10 mlm..terus ke bilik.lepas nie nak gi cafe kejap beli makanan utk sahur.insyaAllah, moga sya terus istiqamah utk beribadah pda Allah.insyaAllah.

10.15 mlm, 1 ramadhan - Bilik v2b024

sharif

Tuesday, August 10, 2010

CLOSE DIARI SYAABAN

salam

hari nie hari terakhir syaaban, dlm beberapa jam lagi akan mula diari sya dlm bulan ramadhan.Hari ini hari yg panas, tambahan byk kelas. dari pagi staright smpai petang. Tak cukup dgn itu, letih balik dari KL tak hilang lagi. Kejap lagi dah 1 Ramadhan.

bermula lah perjalanan diari ramadhan saya. Dalam hari terakhir syaaban nie, sya menmohon maaf pada semua.jika ada silap, sepanjang dalam berkarya, perjalanan hidup, mahupn secara tidak sengaja. InsyaAllah, moga ramadhan kali nie lebih bermakna buat diri saya utk perbaiki semua kelemahan dlm diri.

sya selepas nie, berazam tidak mahu susahkan sesiapa, kwn2, sahabat, ibu bapa dan juga sesiapa saja. saya bertekad utk belajar berdikari, doakan sya berjaya didunia akhirat. Semoga Ramadhan kali nie, terbaik bagi sya dalam beribadah kpda Allah.

oleh itu, sya akhiri bulan syaaban nie dengan sebuah sajak:


syaaban
jauh kutinggal kisah kelmarin,
pedih hati ini tak pernah ku sebut,
ya Allah kumohon kau bantu aku,
dlm mendidik hati ku ini.

syaaban,
sudah tinggal bberapa saat,
sebelum tibanya ramadhan,
agar hati ini telah cukup dididik,
utk mengharungi ramadhan.

ya Allah jdikanlah ramadhan kali ini,
lebih bermanfaat pda diri,
yg selalu leka dek dunia.

yaAllah,
semua ini bukan milikku.
akan kukembalikn pdamu,
bila tiba seru.

Sunday, August 8, 2010

Esok PUASA?

salam
setelah sekian lama tidak post berkaitan fiqh, hari nie sya ambil kesempatan utk share ilmu yg sya peroleh, moga2 bermanfaat pda semua.

Bagaimana ditentukan masuknya bulan Ramadhan?


Iaitulah dengan melihat anak bulan pada hari 29 Sya’ban. Jika anak bulan kelihatan, maka besoknya adalah permulaan Ramadhan. Jika tidak kelihatan, hendaklah digenapkan Sya’ban menjadi 30 hari dan hari berikutnya adalah permulaan Ramadhan. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

“Jika kamu sekelian melihat anak bulan, berpuasalah. Jika pandangan kamu dihalang oleh awan/mendung, maka kirakanlah (bulan Sya’ban) menjadi 30 hari” (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Apakah syarat-syarat bagi orang yang mendakwa ia telah melihat anak bulan?

Ia hendaklah seorang muslim, mukallaf (yakni baligh dan berakal) dan adil (yakni bertakwa dan menjaga muruah) tanpa mengira ia lelaki atau perempuan.Ibnu ‘Abbas pernah menceritakan bahawa Seorang A’rabi (Arab dari pedalaman) datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan”. Nabi bertanya kepadanya; “Apakah engkau telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah?”. Jawabnya’ “Ya”. Tanya Nabi lagi; “Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah?”. Jawabnya; “Ya”. Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal! Umumkanlah kepada manusia agar mereka berpuasa besok pagi” (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain).

Nota kaki;

Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 415.
Dalam menentukan masuknya bulan Ramadhan (yakni bermula puasa), harus dengan penyaksian seorang sahaja asalkan ia muslim dan adil. Namun dalam menentukan tamat puasa (yakni masuk bulan Syawal), wajib disaksikan oleh sekurang-kurangnya dua orang muslim yang adil, tidak cukup dengan seorang sahaja. (Lihat: Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, 7/191).

begitulah yg dilaksanakan oleh Nabi Muhammad dalam menentukan sma ada tiba-nya bulan ramadhan atau tidak.Tahukah kita? insyaAllah, moga ada manfaatnya.

Saturday, August 7, 2010

Ya Ramadhan VIDEO

video

salam,
Alhamdulillah, sempat juga sya siapkn sebuah lagu utk bulan ramadhan ini.Setinggi-tinggi kesyukuran sya panjatkn pda Allah.Alhamdulillah.Hari nie, sya mahu cerita tentang pembikinan lagu Ya Ramadhan pda kali ini.

LIRIK
Sebnarnya, lirik "ya ramadhan" sya perolehi dari internet, dan sya gubal supaya sesuai dgn rentak lagu, hampir 98% adalah lirik yg asal.Pertama kali sya lihat lirik ini, sy berasa ada maksud yg mendalam, sebelum terlintas difikiran sya utk menjdikan ia sebuah lagu. Dalam lagu yg sya hasilkan, sya lebih memntingkan lirik, lirik yg mmpu menyentuh hati manusia, lebih bernilai dari sebuah lagu yg menarik.

MELODI
Sya lebih suka, mencari melodi lagu terlebih dahulu, sebelum menjadikan ia sebuah lagu. Melodi kali ini, arabic ballad. Ilham timbul bila sya dengar lagu-lagu dari Sami Yusof. Dan membuatkan sya utk mncuba, melodi sebegini.

LAGU
Hasil gabungan Lirik dan melodi ini, tercipta sebuah lagu yang catchy, ala-ala arabic. Lagu ini kemudian-nya diberi nama "Ya Ramadhan".Saya mahu edarkan lagu ini kepada semua secara percuma. atau blh dgr online.

MUNSYID
Utk lagu kali ini dinyanyikan oleh saudara Mohd Sallehuddin, dari UIA. Backup voice oleh dia sendiri.

Dan sekali lagi Alhamdulillah.Cumanya, klu anda semua perasan lagu ini, kekurangan dari segi instrument, tiada bass line. Maaf, kerana tidak mempunyai ruang utk perbaikinya, maklumlah baru mula semester baru. Jadi sama-sama dihayati lagunya. InsyaAllah.Ikhlas DariKu.

sharif

Tuesday, August 3, 2010

DUNIA SAYA

salam
hari yg baik, sya nak cerita tentang dunia saya. Alhamdulillah,msh lagi seorang pelajar di UTP, masih lg diberi kudrat oleh Allah, utk teruskan perjuangn.Alhamdulillah. baru-baru nie saya pergi ke lahang dan Gua tempurung bersama-sama sahabat lajnah.1 perjalanan yg mentarbiyah hati, sya sangat suka. di lahang kami tinggal di home stay, disitu terdapat sungai. SubahanaAllah, sgt indah dan tenang. dikesempatan itu sya, juga sya juga ada mengadakan usrah pertama bersama-sama sahabat LTK, dibawah pimpinan abg muhamad. Sgt menarik. Prkongsian yg sgt bermakna buat sya. disitu juga, sy berkenalan, dgn adik2 yg 1 kereta dgn sya, antaranya, ariffin, izzat, dan byk lg..tp sya terlupa nama. dan sya juga kenal seorang senior, bernama faiz jalal.wah, alangkah bertuah berusrah bersama dia.sempoi dan kemas setiap kata2 ada makna.sya rasa abg faiz = abg mu'min..tp syg, waktu tu tak dpt jmpa, abg mu'min...katanya ada maslahat lain.

tp, sya rsa bertuah, selain tu sya juga ke GUA TEMPURUNG,melihat keindahan ciptaan Allah, yg sgt menarik, sungai yg mengalir seolah-olah, tahu arah tujunya. saya dpt rasakan sesuatu di situ.

di UTP, sya seorang pelajar 1 year yg biasa, pelbagai masalah, yg sya rasa kadang2 mencabar, sya.tapi tidak mengapa,ini semua ujian Allah.sharif, kna byk sabar.k. then, biasalah seorang pelajar biasa, kna study, betul2..insyaAllah, sya tidak akan sia-siakan air mata yg tumpah di UTP. Dunia sya kini sudah lain, kerana sya sudah hilang percaya pda manusia. bagaimana? dan mengapa? itu semua biarlah jadi rahsia saya yer.

kaki sya masih belum pulih.harap dpt cepat sembuh. mlm tadi sya mimpi lagi, wanita yg sama. knapa perlu muncul dlm mimpi nie. tp biarlah, mimpi jerkan permainan tidur.tp, sya percaya ada mksud disebalik mimpi itu. then, hari nie ada program MAKNA. pukul 10 ada rehersal.
then,lastly mcm biasa, sya syg isteri saya. wah, bila kita blh jmpa yer? :)
rindulah, enti. moga enti, jadi wanita solehah, baik. pastu jangan tinggal solat..yer~ ana doakan enti slalu.enti jangan lupa doakan ana juga.klu kita xsempat jumpa, kta jumpa di syurga. :)
klu enti, rindu dengn ana, jangan lupa yg ana juga rindu dgn enti. harap ana, enti baik-baik saja.

ana, dlm proses nak siapkan sebuah lagu utk kita..dan lagu terakhir tu, ana akan quit buat lagu dah. ana nak fokus dengan benda lain dah.pasti sweet, dan insyaAllah,enti doakan berjaya dunia akhirat. baru-baru nie, ana dengar lagu "biarlah Rahsia" ana rasa lagu camnie sesuai kot. :)

klah,ana ada kerja duniawi, yg perlu diuruskan.syg isteri ana. :)

sharif