Thursday, September 23, 2010

OST Cinta Terkubur


video

OST Cinta Terkubur
written/song/composed:sharif
MS STUDIO 2010

sejakku kenal,
akan dirimu,

kau dikau amat,
kuingat selalu,
bila berpisah,
kau mula jauh,
cinta yg dulu mula rapuh.

mungkin diriku,
beda darinya,
cinta begitu,
padanya saja,
kini ku aku akur,
adanya cinta,
yang lebih AGUNG,
dari-mu...

c/o:
Pergi,
membawa diri,
menghilang tak kusedari,
hakikat cinta insani,
duniawi.

Jauh,
kubawa diri,
teringat kisah memori,
cinta yang dulu bersemi,
ditukar ganti.

bridge:
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta lagi,
cintakanlah aku,
pada seseorang yg melabuhkan,
cinta-nya pada mu,
agar bertambah ketakwaan aku,
untuk mencintai mu.

c/o:
Pergi,
membawa diri,
menghilang tak kusedari,
hakikat cinta insani,
duniawi.

Jauh,
kubawa diri,
teringat kisah memori,
cinta yang dulu bersemi,
ditukar ganti.

kini ku akur,
adanya cinta,
yang lebih AGUNG.

Saturday, September 18, 2010

Positif Motivasi


bila tangan sudah lama tak menaip, maka tangan sudah jadi kaku sekejap.minda jadi buntu, masih memikirkan apa yg mahu dikongsi bersama-sama.Akhirnya, peroleh 1 jawapan berkaitan dengan diri yg slalu mungkir pada janji.

sudah lama, berjanji dan berkali-kali mengukap pekara yg sama, tapi masih belum blh berbuat apa2 yg istimewa bagi mengotakan janji itu.saat ini, masih lagi menyibukkan diri dengan pekara yg tak bermanfaat pda apa yg telah dijanjikan.letih memikirkan cara yg blh mengotakan janji, tapi semua tidak berkesa.dek kerana, dunia, sya mula tengelam sedikit demi sedikit tanpa sya sedari.

Alangkah bahgianya, jika dapat mengotakan janji, yg telah dibuat bertahun-tahun lamanya.dan janji itu selalu diulang,diulang dan diulangi sehingga hari nie, tapi hanya mmpu berjanji saja. bila tiba masa utk laksanakan, terasa berat sungguh.Mungkin diri ini, yg zalim terhadap diri dan ego yg menguasai diri,menyebabkan terlupa ada yg melihat diatas sana.

slalu saja sibuk dengan kehidupan org lain, dan org lain juga slalu juga sibuk dalam urusan sya.lumrah dunia.permainan dunia mmg begini,yg disangka manis sebenarnya,ada musuh disebaliknya. sharif, perlu buat sesuatu.tapi bagaimana? kerana wanita, harta dan juga pangkat sering dikejar dan mengejari sharif.

bila, fikir-fikir balik semuanya terletak pda diri sharif.sharif perlu ingat yg sharif masih jauh lagi perjalanan didunia ini.ibarat seorang musafir yg merantau mencari nilai diri.jadi, sharif perlu tabah kerana perjalanan itu mmg ada duri yg lembut tapi bila tertusuk, pasti pedih.jadi hati-hati.

sharif slalu cakap, nak jadi org yg soleh, buktikan...bukan hanya angan2..angan2, itu tak salah, tapi jadikan angan2 itu realiti.lagi menarik..sharif mahu jadi org soleh? sahut sabda nabi, dan firman Allah pasti blh..insyaAllah, Allah beserta org yg sabar.

sharif, kena ingat sharif, masih belajar.jadi,sharif perlu teruskan belajar..tiada lagi main2 dalam belajar.dulu ingat tak waktu sekolah, sharif blh bangun awal, pukul 5, waktu mamai2 terus ambil buku..dan study atas katil,kenapa sekarang tidak? sharif ingat tak dulu, sharif slalu jumpa cikgu disekolah, kenapa sekarang tidak lagi? sharif ingat tak lagi,dulu sharif pernah kecundang dan bangkit semula dan menerima tawaran skim pelajar cemerlang, dari student yg asyik fail beberapa mata pelajaran, terus menjadi pelajar yg berjaya? sharif ingat tak? ingat tak lagi sharif, pernah ada buku nota kecil, yg dalam tu ada jadual sharif belajar, kenapa sekarang tak ada lagi?

sharif ingat tak,sharif pernah hantar dengan cikgu English utk semak esei sharif, setiap minggu mesti ada esei english, kenapa sekarang tak lagi? ingat tak lagi, disebabkan sharif hantar esei2 itu, sharif peroleh grade A utk English dalam SPM,sharif ingat tak? apa jadi klu sharif takhantar esei yg sharif buat kepada cikgu english? mesti sharif tak dapat jejak dekat universiti ini.

sharif, kejayaan tak dtg bergolek.sharif, ingat tak apa yg sharif tulis dalam buku nota kecil yg berkulit keras tu..sharif tulis"If u want A's u must have A".ingat tak apa maksudnya. Jika sharif mahukan kejayaan, sharif mesti ada kejayaan.sharif ingat tak surah Al-mukminun, yg dulu sharif pernah hafal, tahu tak maksudnya? sharif, blh jadi org yg berjaya dan org soleh jika sharif teruskan apa yg dulu sharif pernah buat..masih tinggal berbaki beberapa bulan sebelum menamatkan semester ini.sharif perlu perubahan.amalkan apa ygsharif pernah buat dulu, insyaAllah blh berjaya.dunia akhirat.

sharif, soal cinta mmg begitu.terkadang menjerat diri sendiri..lupakan lah semuanya, insyaAllah Allah mengetahui apa yg terbaik utk diri sharif.sharif mesti sedar yg ada cinta lebih agung lagi yg sharif perlu kejar..kasih manusia nie, slalu bermusim dan tiada pn yg abadi.tapi jika sharif, benar cintai dia, berdoalah pda Allah, insyaAllah, Allah akan sampaikan hasrat hati itu pdanya.cinta mmg susah nak cari klu dapat susah juga nak lepaskan pergi.jangan risau, jadilah org yg soleh.kerana buat soleh itu ada solehah..

sharif,suka music kan? klu blh biarlah music yg mendidik jiwa kerana dengan itu saja blh mmbuatkan sharif tak jah dari pencipta.sharif, blh mencipta lagu itu 1 kelebihan utkdiri sharif,but sharif kena ingat yg sharif masih study.jangan biar ia menggangu study sharif ya..mmg org lain takkan faham apa yg sharif buat, kerana mereka bukan sharif, sharif bukan mereka.so,jdilah diri sendiri.klu blh perbanyakkan zikrullah insyaAllah hati akan menjadi tenang.

sharif, perbykkan taubat, sharif byk berdosa dengan pencipta..ingat dengan taubat itu, sharif menjadi tenang.dan juga perbanyakkan solat malam, insyaAllah, Allah sentiasa bersama sharif.

dan konklusi awal, sharif blh menjadi apa yg sharif mahu sekiranya ada usaha.jika tiada usaha sharif, ibarat berfantasi dalam dunia realiti.dan sharif perlu sentiasa positif, memaafkan org lain, kerana blh mengurangkan beban dalam fikiran.bekerja biar ikhlas kerana Allah.baiklah sharif, sharif perlu beredar sekarang kerana seruan Allah sudah tiba.jangan sedih2, motivasikan diri dan jangan tinggal solat.

planning is the way of succes, but need effort to keep it on track.

sharif

Monday, September 6, 2010

Maaf Zahir Batin


salam,
hari nie hari isnin, merupakan hari terakhir saya menyambut ramadhan dirumah.dan petang nie akn bertolak ke johor.balik kampung, insyaAllah, selamat pergi dan pulang.sebelum tu, di kesempatan ini, sya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.kepada sahabat dan sahabiah yg mengenal diri saya, saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala-galanya, sya seorang insan yg lemah dan tidak terdaya utk menjadi manusia yg sempurna, hanya hmba yg lemah.oleh itu, sya mohon maaf jika ada terlanjur kata, terkasar, termarah, kerana semua-nya kadang2 sya tidak sedar, pekara begitu menyakit hati kalian semua.mohon maaf dari hati yg tulus ikhlas.selain itu, saya juga ingin memohon maaf jika sebelum ini sya berbuat salah samaada sedar mahu pn tak sedar, maaf yer semua.

this is my first time, to wish all u guy in this blog, sya harap dengan usaha yg kecil ini Allah lihat, bagi mengeratkan silaturahim antara manusia, dan sesungguhnya muslim itu bersaudara.kepada, yg kenal sya, sya ingin mengajak anda semua utk kerumah sya yg terletak di subang jaya. jemput lah datang yer.yg jauh itu kita dekat-dekatkan. syukran, juga tak terhingga sya ucapkan pda kwn2 di laman sosial, kwn2 blog yg tak jemu2, utk ke page saya yg tak seberapa ini, dan semua ini adalh milik Allah.

sebenar-nya rasa berat juga utk ucapkan, dan berasa sedikit upset kerana, ibadah utk ramadhan kali ini tak berapa mantap.dan takut2, tak dapat jumpa ramadhan lagi.insyaAllah, saki baki ramadhan kali ini, sya akan manfaatkan dengan sebaik-nya.oleh itu, sya ingat mengingatkan sahabat sekalian dalam kita seronok2, jangan lupa pda Allah.Allah itu tuhan kita.mohon maaf, lama tidak update blog.

hari saya mahu cerita penglaman dibulan ramadhan yg tak dapat saya lupakan, bulan ramdhan yg tak dpt sya lupa ialah saat sya berjalan ke suatu tempat yg jauh semata-mata utk ber bbq. ssudah smpai jer, sya dapati rakan2 sya tiada disitu, dan sebenarnya mereka telah mengubah venue bbq tadi di parking motor, yg kedudukan nya lebih kurang 5 meter jer dari bilik.utk pengetahuan semua, waktu tu sahur, sya sedang tidur, tetiba, ada sahbat saya kejutkan dan mengatakan sesuatu..maklumlah sya dalam keadaan mamai, terus saya berjalan ke tempat yg jauh itu.sbbnya planning mlm tu, mahu buat disitu, tak sangka mereka tukar venue pda saat akhir.pengalaman ini, sya tak dpt lupakan, dan telah menambah manis dalam ramadhan saya, dan saya simpan ia sebagai memori yg sukar dilupakan.

insyaAllah, sya ingin mmbuat anjakan paradigma, dalam diri saya utk tekun beribadah, moga usaha yg kecil itu Allah redha dengan sya. dan saya pinta pda Allah supaya jangan pesong kan hati saya setelah diberi petunjuk hidayah ini,dan tetapkan iman sya,kurniakan sya kemantapan akal agar mudah saya menerima segla ilmu Allah.dan minta dikurniakan isteri yg solehah, anak yg soleh,dan sya juga mahu menjdi org yg soleh.amin ya rabb.


Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

kwn, sya mohon maaf sekali lagi ata keterlanjuran dari segala aspek. mohon maaf, moga hari raya kali ini, merapatkan hubungan kita sebgai saudara semuslim.dan pda budak UTP, hurm, harap anda semua baik2 saja, sya syg anda semua, maaf klu ada kesalahan kecil atau besar, dan sya rasa semua ini dugaan tuhan pda sya.dan ujian itu satu cabaran utk saya memotivasikan diri utk jadi org yg baik, sya cuba mana yg mampu, dan minta anda doa saya jadi org yg soleh.

pda abg2, akak2, adik2 ltk, ana ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, Alhamdulillah, dipertemukan dengan antum semua, walaupn usia ana dalam lajnah ini baru sethun jagung tapi byk juga yg ana sudah pelajari, tapi ana rasa ana lost dibeberap tempat, dan ana juga mahu menjadikan antum semua sebagai pengubat hati ana.dan ana masih mencari-cari lagi tarbiyah yg sbenar, dimana dapat ubat hati ana yg sudah parah nie, slalu leka dek dunia.klu ada masa, kita akn bertemu lagi.ana sudah cipta 1 lagu utk ltk, harap lepas ini, ana blh siapkan dan send utk dipradengarkan. semangat islam itu yg penting.dan ana mohon maaf atas segala kekurangan dalam diri ana.maaf sgt2~

Teman,
dulu pernah kita,
...sendu tawa ria,
memori indah,
suka duka.
senyum pahit kita,
kasih mesra,
tidak kulupa.

Teman,
dulu pernah kita,
mengejar cita,
bersama-sama teman,
pahit getir bila,
diuji dia,
tabah menerima.

Temaniku,
tika ku sendiri,
temani-ku
bila susah hati,
kasih kamu,
doa di-iringi,
fitrah insani,
kasih teman.

dan sya sudahi post kali ini dengan ucapan

"Selamat hari raya Maaf Zahir dan Batin".

sharif