Thursday, October 7, 2010

Kenapa??


Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Sunday, October 3, 2010

Tiada tajuk

dalam, hidup sya tak punya apa2, melainkan ada Allah, dan kehidupan yg sederhana.sya ingin menulis berkaitan diri hari nie, dunia sya memanggil, ibarat sampan yg bocor, yg pengemudi nya tidak sedar ia bocor ke tak bocor, tapi yg pasti air itu akan mula msk sikit2 sehingga ada air yg blh dilihat, begitulah sya.sya diibarat, pengemudi itu tadi, yg mula sedar apabila air sudah masuk padahal sampan yg sya bawa sudah bocor. Alangkah baiknya, jika sya sedar dari awal. kini, apa yg saya blh buat ialah dengan mencedok air itu keluar sedikit demi sedikit.dan menampal sampan sya itu dengan pantas.

sya telah ibaratkan kehidupan sya seperti menaiki sebuah sampan yg bocor.dan air itu ibarat dunia, yg ada bagus-nya bila ditempat yg betul digunakan dan ada azabnya bila berada ditempat yg salah.kini sya mula sedar, yg air itu sedang berada pada paras tapak kaki, jadi masih belum terlambat bagi sya, utk membaiki kehidupan sya( sampan) agar sya blh tiba ditempat yg sebetul-nya..insyaAllah, Allah sentiasa bersama saya. air oh air, dunia oh dunia..begitu mudah kau menyerap masuk tanpa aku sedari..yer~

---------------------------------------------------------

setelah beberapa kali ditipu oleh dunia,sya tetap tak berapa nak sedar lagi..sampai bila?nauzubillah..tabahkan diri, insyaAllah ada pertolongan dari Allah, utk sya dpt mengharungi dunia hari ini..apa yg perlu sya lakukan adalah bangun dari mimpi ngeri..dan tanamkan dlm diri bahawa ada yg memerhati diatas sana..

---------------------------------------------------------

cerita dari pengalaman semalam, ialah sya temui ada byk bilangan wanita solehah, buat lelaki yg soleh.setiba-nya di IPG islam bangi, melihat ramai-nya para ustazah, masyaAllah, bertekad dan berazam ada lagi byk yg solehah buat yg soleh..dan tanamkan dalam diri bahawa, lebih kepada menjadi yg soleh dan pada soleh itu ada solehah..
*sibuk mengajar bidadari dunia, padahal Allah menjanjikan ku bidadari syurga.

pengalaman semalam sgt menarik, swaktu tiba di IPG islam bangi, telah ditarbiyah oleh IPG islam sendiri.dengan zikrullah di sepanjang jalan.subahanaAllah..dengan student-nya masyaAllah, semua ustaz belaka..bilalah sya blh jadi begitu..tidak mengapa, sya akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit ruang yg bocor pada sampan sya. agar dpt membawa ke arah yg sya ingin tujui.

"buat soleh itu ada solehah"

sharif