Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 16, 2010

Antara 4.15 dan 4.45

saat aku menulis blog ini, jam nya menunjukkan pukul 4.15pagi. Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat pagi pada semua. Pagi nie aku tak blh tidur sbbnya aku nak berjaga utk solat subuh di masjid.insyaAllah. Aku rasa hati aku tak tenteram, jadi aku rasa aku ingin berubah..aduh kenapa susah sgt nak berubah nie, ya Allah..Aku rasa aku mahun menjadi aku yg dulu yg belum kenal erti dunia sebenar, dan tak serabut-serabut fikir pasal org lain sedangkan diri sendiri lagi byk masalah..buntu..aku mahu berubah..

Aku hanya mahu menjadi aku yg dulu...arrgghh,

Apakah masih ada pintu taubat ya Allah..utk dosaku..dunia ini sudah byk menyesatkan aku ya Allah..wanita, harta, pangkat selalu mengejar diriku..yaAllah.. ya Allah, janganlah engkau membebani aku dengan beban yg berat ya Allah, sebagaimana yg telah kau berikan kpda umat2 yg terdahulu..saat ini jam menunjukkan 4.20 pagi..Aku masih lagi bingung fikir hal diri..ya Allah..

mahu saja aku menjerit hingga pecah kaca skrin nie..ya Allah byknya dosaku ya Allah, tak terhitung ya Allah..apakah amal ku diterima.. ya Allah hari ini aku ingin mengadu kepada mu, leraikanlah segala dosa-dosa aku ya Allah...Aku ingin menjadi seperti dulu...tenang tanpa fikir masalah org lain ya Allah bantulah aku...ya Allah~

Apakah yg perlu aku lakukan ya Allah? maafkanlah aku ya Allah..sesungguhnya Aku hamba yg hina lgi lemah..tak terdaya utk aku melaksanakan apa yg kau perintahkan..tapi aku sentiasa mahu mencuba jadi insan yg baik2, tapi semakin aku dekat padamu ya Allah, semakin kuat pula engkau mendugai aku ya Allah...

ya Allah ya tuhanku, aku tidak tahu mana satu amalan ku diterima oleh mu ya Allah, adakah dengan nasyid ini, dakwah ini, mengajar ini, memberitahu ini, atau semua ini? ya Alllah aku bimbang, sekiranya engkau mencampakan amalan2 ku didepan ku semula...ya Allah...byknya dosa ku ya Allah.ya Allah berilah taufik hidayah serta inayah mu kepada ku ya Allah, agar dapat ku pimpin hati ini utk terus mencintai mu dan merindui mu ya Allah.....

ya Allah sekiranya Aku terlupa jangan lah engkau segera menghukum aku ya Allah...tubna ya Allah, wa rajakna ya Allah, wa nadim ala ma faalna...tubna ya Allah, wa rajakna ya Allah wa nadim na ala ma faal na....

ya Allah aku sgt cinta akan jalan dakwah ini ya Allah, tapi aku tidak mampu utk berjuang bersungguh sehingga aku dpat merasai manisnya iman itu ya Allah..ya Allah pabila aku berada bersama sahabat2 dalam jalan dakwah ini aku terasa diri ku lemah, apa makna ini semua ya Allah, kuat dan tabahkanlah hati-hati ku ya Allah...aku hampir gila memikirkan tentang dosa dan pahala, kerana apa yg aku ada itu dosa, apa yg aku lihat itu dosa, apa yg aku dengar itu dosa, dan bila ku berjalan aku terjumpa dosa, dan semua ini dosa, apa itu dosa sebenarnya ya Allah? dan pahala pula, aku rasa sudah ditenggelami dengan dosa, ya Allah berdosanya Aku...

mengejar DOSA dan PAHALA, ibarat mengejar SYURGA dan NERAKA. Apakh ini yg aku kejari? atau aku ingin kejari redha mu? ya Allah....tarbiyahlah hati ku seperi engkau tarbiyahkan hati para malaikat, para nabi yg lidah khusyuk bertasbih kepada mu dan hati nya juga sering menyebut-nyebut nama mu yg paling agung..ya rahim...aku bermohon kepada mu...aku sudah tdak terdaya melawan nafsu yg selalu menipu, pandangan yg selalu menipu, pendengaran yg selalu berbohong dan dunia yg semakin menenggelamkan aku dari rahmat dan kasihmu...

ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........
ya Allah TARBIYAHKANLAH hati ku...........

agar aku tidak tersesat seperti sesat nya domba tanpa panduan..ya jabbar aku bermohon padamu tunjukkan lah aku jalan..yg telah engkau beri nikmat bukan org jalan yg kau murkai, dan bukan juga jalan org2 yg sesat...ajarkan aku ya Allah...ya Allah aku syg dan kasih padamu..aku tidak mahu melakukan dosa lagi, ya Allah bantula aku..kisah harut dan marut telah mejadi pengajarn kepadaku yg dunia ini mmg fana...ya Allah tarbiyahkanlah hatiku....supaya aku tabah dalam hari-hari ku dan sentiasa dalam redha dan kasih mu..ya Allah aku bermohon padamu...terimalah doa sayangku padamu..amin ya rabb~ jam menunjukkan 4.45pagi

yg mengharap redha mu,
mshariffuddin

Monday, December 13, 2010

Sunday, December 12, 2010

Pantun Budi


Penyanyi: S.M. Salim
Tajuk Lirik Lagu: Pantun Budi

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah.
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah
Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam
Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja

Ambil Dari Blog Kenalan

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.

Lihatlah Nanti

Apa guna-nya sahabat jika buat kita menangis, apa guna-nya sayang jika buat kita duka, apa guna-nya suka jika tidak ikhlas.

Bukan-nya aku,

membangga diri,
bukan-nya aku,
taruh simpati.


Kata-katamu,
mengguris hati,
lihatlah nanti,
akan ku bukti.

Friday, December 10, 2010

PanCake Hari Lahir



salam
Sebelum tarikh 10disember 2010, adik-adik ku telah mmbuat pancake special :) sempena menyambut hari kelahiran ku.walaupn sya tak suka kek coklat.tapi bagi meraikan kek itu, sya telah pn makan sedikit. :)

Puasa Sunat | Hari A'syura

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’?

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram?

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim).

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.

Wednesday, December 8, 2010

Apakah Aku?

Hari nie aku ingin menyahut sesiapa yg berani..menyatakan hasratnya dalam doa cinta.insyaAllah.aku ingin berubah, kerana Allah itu tuhanku.

-doa nya-
Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.


Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.


Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.


Dia sentiasa menjaga solatnya,
kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.


Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.


Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,
Kerana,Dia pilihan ku..Amin....

Tuesday, December 7, 2010

Chemyjan09 | Family Day Part1

video
Ini adalah kisah kami. :) maaf low quality, kerana tak dapat upload di youtube. anyone yg mahu video ini sila message and contact sya. Akan ada sambungan nya. :) tobe continued.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram

salam,
hari ini merupakan detik terakhir saya berada didalam tahun akhir islam.Dikesempatan ini saya ingin memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat, dan kepada sesiapa yg mengenali diri saya.Dan saya berazam utk menjadi org yg soleh dan menyahut firman Allah dalam surah Al-mukminun.insyaAllah.

Maal Hijrah,
menyingkap sejarah,

kisah perpindahan nabi muhammad,
dari kota mekah ke kota madinah,
untuk menyelamatkan islam dari ditindas.

Ditengah malam,
rasul berjalan,
bersama Abu Bakar menjadi teman,
di dalam gua thur,
mereka bersembunyi,
musuh mencarinya tiada berjumpa.

Tiba di madinah,
disambut dengan meriah,
seluruh mukmin bersyukur dan gembira,
selamatlah islam dari ditindas.

sharif

Saturday, December 4, 2010

Waktu Muda | Cinta Semalam

Zaman Muda-mudi

Salam
saya dalam proses menyiapkan lagu nasyid terbaru, bertajuk Cinta Semalam.Lagu ini, agak rumit kerana memerlukan sedikit perasaan.Dan apa yg menarik dalam lagu ini ialah, saya telah gabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Terima kasih tak terhingga pada sahabat yg bertungkus lumus menyiapkan lirik, dan pertejemahan, insyaAllah, minta Allah beri kekuatan dalam mmberikan saya cinta yg sebenar.

Wednesday, December 1, 2010

Cinta Semalam



preview arrangment|Cinta Semalam

salam

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, yg telah mengejutkan saya dari mati. Alhamdulillah, hari ini, saya ingin berkongsi panjang tentang diri saya.saya adalah insan biasa tak terlepas dosa.jadi saya mohon pada Allah, agar terus istiqamahkan saya, dalam menempuh hari-hari pahit saya.

sebenarnya saya baru habis semester, Alhamdulillah.walaupn pada semester kali ini, saya rsa pencapaian saya tidak terbaik.Malu, saya berada di UTP, kerana terpaksa menjadi pelajar yg lemah dari segi akademik.Tapi, sya anggap ini sebagai satu ujian utk sya memotivasikan diri, walaupn saya pelajar yg lemah.Antara subjek2, yg saya ambil semester lepas ialah:

1) Fluid Mechanic
2) IMSE
3) Islamic Studies
4) Material Energy balance
5) sturucted programming

saya rasa semua subjek ini saya lemah, mungkin atas beberapa faktor yg saya baru kenal pasti.
Antaranya ialah, sibuk mengejar benda lain yg tidak berada didepan mata, masalah hati & cinta, dan tersalah pilih jurusan yg diminati.

Hari ini, sya mahu kupas sedikit demi sedikit masalah ini, bermula dengan "Sibuk mengejar benda lain yg tidak berada didepan mata". Saya punya dua kesukaan dalam saya berada dibumi ini, Pertama, sya minat Music kedua, saya minat Video.Bermula dengan music, saya bercita-cita utk menjadi composer yg terbaik, tapi tiada siapa pernah memberi sya semangat utk mengejar cita-cita saya.Mujurlah ada dokumentari tentang kehidupan P Ramlee.Dan dari situ, byyk mengejar saya tentang bagaimana kehidupan seorang org seni.Org seni ini mmg tidak selalu dipedulikkan, tapi bila tiada, barulah org ramai, sibuk memperingati dia. Saya suka bermain alat music seperti piano, dan guitar. jadi bila saya bermain guitar atau piano, sya akan feel sendiri dan rasa melodi yg saya main. Saya arrange music, adalah sebab saya minat dan saya akan feel music itu. Alhamdulillah, setakat ini saya lebih berminat music nasyid yg lebih menghitung diri saya sendiri.Dan mostly, lagu yg saya cipta adalah berdasarkan kehidupan sya.sebab itu, saya suruh mereka hayati, bukan mendengar.tapi ramai yg tak faham saya, nak buat macam mana.
Kedua, saya suka membuat video, dan juga cita-cita ingin menjadi pengarah filem animasi.Tapi, tiada siapa mmberi sokongan pada saya, malah, memperkecilkan saya.tapi saya tidak kasih, Allah selalu ada dengan saya. Dan klu saya diberi peluang ,pasti saya, menerbitkan filem animasi sya sendiri. syg, syg..tiada siapa pernah menokong saya.dan saya rsa apa yg saya buat nie mcam sia-sia, sya tidak mahu pujian anda semua, tapi sya mahu anda hargai karya-karya saya.sebab ia datang dari Allah, ilham. Tanpa Allah, saya tidak mmpu membuat ini semua.

Sabda rasulullah:
Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi
saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri
atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.

Masalah yg kedua ialah, Masalah hati & cinta, saya tidak tahu begaimana mahu diterangkan, tapi yg pasti masalah ini yg mmbuatkan saya jauh leka.Pertama hati,:

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud “Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.”

saya sgt zalim dengan diri saya sendiri. tapi bila saya fikir balik, dosa sya dengan Allah, sgtlah byk, adakah taubat sya diterima, ya Allah...

seterusnya, cinta. I hate to be fall in love with some one. Itu sebab, i dont like to know about them. Saya selalu kecewa dengan cinta manusia, pertama, kerna menipu saya..please jangan tipu saya, saya sgt sensitif.That why i hate to save nombor telefon wanita dalam handset sya, sbb saya tahu saya lemah dan tidak berdaya utk melawn nya, please, jangan buat saya begini. saya tidak pernah menyakiti sesiapa, but why kamu, menyakiti saya dengan permainan cinta. insyaAllah, azam baru saya cuba hindari kehadiran wanita dalam hidup saya, atas apa yg pernah sya lalui, cukup pedih dan pahit utk ditelan, apatah lagi dikunyah.zaman tidak berilmu mmg begini.

Please jangan luahkan isi hati perasaan anda pada saya, sbb saya tidak akan cakap saya tidak suka kerana, kerana saya takut melukakan perasaan anda. sibuk mejaga perasaan org lain, samapi terlupa perasaan sendiri.insyaAllah, jika ada jodoh dan ketentuan Allah, pasti..ada..

itu tidak bermakna saya tidak suka, tapi, ikhlas saya katakan, saya amat mmerlukan wanita dalam hidup saya utk nasihati saya, fahami saya dan menyokong saya selalu.tapi dengan cara yg telah ditetapkan oleh batas islam.jaga ikhtilat.

"ya Allah kurniakan aku isteri yg solehah penyejuk dimata, penawar dihati, didunia dialah penyeri disyurga dialah bidadari.."

awk jaga diri baik-baik, insyaAllah, kita akan bertemu nanti.sya pasti merindui mu.

Masalah yg ketiga, tersalah pilih jurusan.saya baru tersedar yg sebenarnya, sya tidak suka pada jurusan saya, i just cant do physic.sepatutnya chemistry sahaja. masa tidak blh berpatah balik, lets finish what i have started. itu saja yg ku mampu setakat ini.setelah berjumpa dengan counselor, tn Hj. baru ku sedar yg hidup perlu diteruskan, hadapi dengan tabah dan nyata. Jika saya keluar pasti ada lagi byk rintangan yg menduga, tapi dalam tempoh yg singkat ini, cuba utk belajar kenal hidup disini, insyaAllah pertolongan Allah pasti ada.

sahabat doa-doakn saya supaya terus istiqamah dlm perjuangan mujahadah ini.kerana ia mmg pahit kerna syurga itu manis.

insyaAllah nntkan single sya yg pertama dan terakhir iaitu: "Cinta Semalam"

bercinta tentang lagu cinta semalam adalah tentang kisah cinta saya, sila hayati moga2 ada nasihat dan pengajara yg berguna utk anda semua.

Cinta Semalam
composer:mshariffuddin
lirik: mshariffuddin
...
Bila,
cinta..
Tak lagi bermakna..

dan Bila,
cinta..
menesak didada..

jauh,
kutinggalkan cinta..

jauh,
kutinggalkan cinta..
semalam ku..

insyaAllah tobe continued liriknya dalam bahasa Arab :)

hayati karya sya kerana ia adalah diri saya, ilham dari Allah.

sharif