Friday, March 18, 2011

MIS Satu lembaran Baru

salam,
Hari ini selesai utk nasyid malam inspirasi seni, even though sedikit kecewa, tapi takpela kira ok sbb berlatih dua hari, dengan percussion sekali, jadi total tiga kali latihan.

Ada byk nak cerita untuk pertandingan nasyid ini, dalam keadaan yg sgt semua busy, tp Alhamdulillah dapat juga sya dan rakan-rakan msk pertandingan ni...yg paling penting ialah message dan ukhuwah..Majlis ini bermula bila semua bdk2 IKRAR menggelabah, sbb baru nak training dengan team percussion sebelum event start :) ..tapi Alhamdulillah, telah diberi peringatan utk semua Ahli, yg tujuan kita masuk ini adalah utk mencari keredhaan Allah. Redha Allah itulah yg paling terpenting...kerana semua ini ada kaitan dengan hati...

Penyakit hati itu yg paling susah diubati, kerana ubatnya tidak terjual dipasar-pasar raya malah big store...Masa event start kami ramai2, baca doa agar diberikan kestabilan emosi ketika pertandingan..kerana ialah baru 3 hari training dan semua muka2 yg nyanyi tu baru first time..tapi Alhamdulillah sbb Allah beri hidayah kepada hati-hati mereka utk menyampaikan dakwah islam sebegini....Alhamdulillah~

Semua muka nasyid adalah yg berlatar belakangkan euphonius dan sebagai, sya sgt bersyukur kerana dapat mengajak mereka utk menyertainya, walaupn pda mulanya mereka menolak.Hidayah itu milik Allah, dan hanya Allah yg beri pada hamba-hamba nya itu.. Alhamdulillah ukhuwah dan dakwah itu satu permulaan bagi mereka, bagi yg faham..Alhamdulillah sikit-sikit lama-lama jadi bukit....

Untuk music, korang mmg happening, walaupn ada mistake, (ak gelak jer atas pentas...) tiba-tiba tengok muka audience dah macam pelik dah..seriusly waktu nyanyi tu ak tak dengar piano...jadi aku terpaksa kedepan sikit...(itu bukan show off tau) itu sbb nak dengar bunyi piano yg dimainkan...apa2 pn enjoy dan Allah lebih tahu..tapi yg pelik semalam ada org minta kami buat persembahan hari rabu ini...betul ke?? mcm tak percaya jer...huhu :)

nevermind, apa-apa pn terima kasih Allah kerana beri hidayah kepada hati-hati ini...Alhamdulillah.... :)

*guyz, aku mintak maaf sbb Is cakap korang takdapat jwab exam dgn baik, lepas reharsal semalam, tapi takpe insyaAllah ada pahala utk korang.apa2 pn korang memang terbaik!!! syg korang...

mshariffuddin

Tuesday, March 15, 2011

Cinta Agungku

ya Allah kurniakanlah aku isteri yg solehah

salam,
Harap sesiapa yg membaca sihat-sihat hendaknya.Baru-baru ini, saya berasa hilang keyakinan, buat pekara macam tak kena saja. Mungkin ini adalah sebab dosa-dosa sya, sya redha.Saya sgt berdosa, terhadap Allah. Sudah beberapa kali sya cuba, dan tidak mudah hati ini berdusta.ya Allah, hanya engkau tempat aku berserah.

saya ingin berkongsi cerita kehidupan sya, sepanjang sya berada di UTP ini, sya agak confuse utk memilih jalan hidup sya. Jalan hidup mana yg perlu sya pilih? Kadang-kadang saya cuba utk menjadi org baik, tapi agak sukar, jadi org baik kena byk belajar. Bila tak buat kerja Islam kena kutuk dengan rakan-rakan perjuangan. Kadang-kadang sya mmg terasa hati, sbb sya bukanlah seperti mereka, walaupun sya tidak tahu semua, tapi cuba utk menjadi kearah itu. Kenapa semua tak pernah faham saya? saya hanya insan biasa tak terlepas dosa.saya juga bukan maksum. Kadar sensitif yg ada dalam diri, ini selalu buat diri ini rasa susah hati, cepat mengalah..huuuhh hanya Allah yang tahu. Dalam beberapa percubaan utk menjadi yg terbaik, sya selalu gagal, oleh dunia, kadang2 buat sya leka, ya Allah sya ingin sampaikan sesuatu ya Allah. Jika saya berdosa pada hari esok maafkanlah saya ya Allah, sya dalam proses berubah, ya Allah sya sentiasa cinta padamu ya Allah.

Tetapi terkadang itu tersungkur juga..ya Allah janganlah uji sya begini, sya tidak tahan lagi..leraikanlah segala dosa-dosaku, laksana buih dilaut memutih, hanyut ditelan gelombong nafsu...


Saya juga pernah cuba menjadi org jahat, tapi hati sya selalu mendustakan, seolah bila sya buat sesuatu yg tak kena itu saya berasa serba salah sgt. Ya Allah, dimana kamu ya Allah, bantulah saya, saya tidak mahu berdosa, sya syg kamu, sya tidak mahu berdosa, saya takut azabmu.
ya Allah, cukuplah dengan ujian dengan sahabat disini, walaupn saya tidak punya sahabat disini, sya sgt brsyukur yg saya masih ada kamu utk teman sya tika sya suka, dan sedih. Bukan saya memilih, tetepi mereka tak pernah faham saya, jadi bila saya buat sesuatu itu sya takut kurang disenangi oleh mereka.

Saya tidak suka direndah-rendahkan oleh org lain, sya juga tidak suka merendah-rendahkan org lain jadi, ada baiknya sya berseorangan...tak meyusahkan org lain, tak susahkan sesiapa..cukuplah dengan ujian ini, cukuplah Allah...
tak terdaya sya tanggung semua ini. saya cuba jadi diri saya, sya cuba. ya Allah. Alhamdulillah, sekarang ada seorang sahabat, pelajar ****.Dia amat baik dengan sya. Alhamdulillah. tetapi apa yg membezakan kami ialah kami bukan muhrim. Apakah ini juga ujian ya Allah? tetapi ada juga insan yg memahami diri saya tatkala sya sedih dan gembira. insyaAllah.

Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai, bukan jalan org sesat.
Adakah dia yg sya cari, atau sekadar insan yg biasa. Ya Allah, tak sanggup sya melihat kemurkaaan mu. Setakat ini kami hanyalh sahabat biasa, tiada istillah couple islamik mahupn lebih teruk dari itu, hanya sahabat. Tetapi salah atau tidak jika kami...ya Allah..tunjukkanlah sya jalan yg lurus, sya tak mahu derhaka...cukuplah dengan dosa ini...

Tuhan... lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku mensyukuri nikmat Mu
ooo... Tuhan pimpinlah hati ini utk ku menghayati,
petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu

seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

mshariffuddin

Monday, March 7, 2011

Aku Musafir

Salam,
hidup saya mmg selalu beginikan? semua org asyik nak cari masalah jer, padahal sya tak buat apa-apa pn..tiada dalam diari hidup saya nak cari masalah dengan org lain, marah org lain ke, pukul lagi la...ya Allah, byknya dosa saya...cubalah faham, sya tak pernah nak buat masalah..tapi kenapalah org-org nak cari masalah dengan saya nie..sebab itu sya suka buat kerja sendiri-sendiri, tak org nak marah, nak cari masalah..ni yg tak faham, buat kerja sendiri-sendiri pn ada masalah..kalau masalah itu dtg dari kita tak apa, nie dari org lain...ya Allah, jadikanlah ia kafarah sbg penghapus dosa-dosaku...

izinkanlah untuk aku duduk bersinggah,
dan menghirup sisa malam tanpa cahaya,
barangkali ini bukan tempat terakhir,
aku harus terbang pergi dalam gelita.

Disaat ini, ketika ini mana temanku,
dulu memayungku,
hati bersedih sekelip mata,
hilang semuanya,
sebatang kara.

baru kini aku sedar letak diriku,
musafir lara berkelana dalam ujian..

Aku musafir dibumi cinta,
yg sedang luka bergelora,
tempat perlindungan,
dilambung badai dipukul resah,
entah kemana..

aku ini bukan malang bukan terbuang,
sebenarnya, aku dalam persimpangan jalan hidupku..

ku berdoa,
pengakhiran hidup biar tenteram,
biar payah jenuh aku lewati,
onak ranjau lembah bara,

datang dan pergi,
terjatuh tersadung,
lalu ku bangkit semula mencari-nya..

kepadamu,
padamu jua,
aku berserah aku bersujud aku berserah oh tuhanku...

Disaat ini, ketika ini mana temanku,
dulu memayungku,
hati bersedih sekelip mata,
hilang semuanya,
sebatang kara.

mshariffuddin

Sunday, March 6, 2011

Kisah Mulia UPDATE

salam,
Kisah Mulia kini mempunyai laman Web dan page facebook sendiri, iaitu www.kisahmulia.com pastikan anda google www.kisahmulia.com dan lawati www.facebook.com/KisahMulia