Tuesday, May 31, 2011

Catatan Hari Ini



Salam,
Hari ini saya rasa sangat sedih dan sangat duka cita, sbb terlalu fikirkan masalah diri yang tidak selesai-selesai. Ya Allah, banyaknya dosaku. Hebatnya ujian mu ya Allah, terhadap diriku.Sedih sangat bila tiada sahabat disini. Jahatkah aku ya Allah?Hanya engkau saja yang tahu apa didalam hati ku. Ya Allah, mungkin sebab dosa-dosa aku ini. Menjadikan aku semakin jauh dari mu.Aku rindu dengan zaman, yang aku selalu tunggu masuk waktu solat. Aku rindu dengan zaman, aku menghafaz Al-Quran. Ya Allah, engkau telah limpahkan aku dengan kesenangan ini. Selalu buat aku terlupa beberapa tanggungjawab ku terhadap mu.

Ya Allah mengapalah aku duji dengan begini hebat, hanya engkau saja yang mengetahui, perasaan aku ketika ini. Dosa-dosa ini telah kucuba sedaya upaya, tapi mengapa masih gagal? ya Allah, aku hamba yg lemah.tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan yang engkau murkai, bukan jua jalan org yang sesat.

Mungkinkah sudah tiba masanya, untuk aku pergi bertemu mu ya Allah? dengan amalan ku yang tak seberapa ini ya Allah.banyaknya dosaku.

ya Allah, selamatkanlah aku dengan tipu daya dunia ini, sudah tidak tertanggung lagi hatiku menahan dosa-dosa ini. Ya Allah, janganlah engkau uji aku begini ya Allah. ya Allah, ya Allah, ya Allah. ya Allah, Alhamdulillah, rsa lega sedikit. Tidak tahu pada siapa aku mahu tujukan semua masalahku.Aku tiada sahabat disini, mungkin aku tidak terlalu baik untuk mereka. Mungkin ini juga ujian darimu.Tidak mengapa ya Allah, aku terima ujian-ujian ini asal ia menjadi penawar dosa-dosaku.

ya Allah, Alhamdulillah.saya sudah masuk sem baru, saya tidak mahu jadi pelajar yang gagal.saya mahu berjaya klu diizinkan tak lulus, sya masih lagi bersyukur. asalkan akhirat saya lulus.ya Allah, janganlah campakkan semua amalan-amalan ku ini.terimalah semuanya, ini saja yang saya ada.semua untukmu.

huuuh, ya Allah..mengapa ramai org benci saya? tak suka apa yg saya buat? tak faham saya? ya Allah, mengapa ya Allah..aku hanya ingin jadi org baik.kenapa org suka, pertikaikan semua yang aku lakukan. Apa, salahkah semua ini? Ya Allah tunjukkanlah aku jalan.Aku berada disini juga atas hadiah darimu. saya masih ingat ya Allah, waktu saya baca quran di surau mrsm kch, sya minta kalaulah saya dapat masuk UTP, insyaAllah saya akan berjuang untuk mu.Alhamdulillah, kamu beri.terima kasih Allah. saya minta sedikit kamu beri banyak. ya Allah. terima kasih juga tak terhingga kepadamu, sewaktu aku minta kamu untuk jauhkan musibah, kamu jaga saya.tak terhingga semua itu ya Allah.

ya Allah, aku rindu dengan zaman aku banyak berdoa padamu, bertasbih kepadamu, memuji nma mu...aku rindu itu semua, tapi mengapa sekarang aku tak mampu lakukan semua yang pernah aku lakukan dulu.? ya Allah, bukankah aku dah berjanji padamu yg aku akan menjaga agamamu? Ingat tak ya Allah, sewaktu dimrsm dulu.. ya Allah, aku dah berjanji padamu..insyaAllah~

apakah ini semua nafsu? syaitan laknatullah? ya Allah jauhkan aku dari semua ini, aku takut ya Allah. Amalku tak diterima, ibadah ku jadi sia-sia, matlamat aku tidak kena. ya Allah, hidayah adalh milikmu, berilah pada sesiapa ya Allah, juga diriku. Aku perlukan kekuatan, sahabat, teman yg dapat faham hatiku, dapat faham diriku, syg apa yg kutemu dalam jemaah ini, mereka tidak pernah menghargai apa yg aku buat. Mungkin aku yg silap sbb terlalu berharap untuk org faham apa yang aku buat..huuuuuhhh.

banyaknya mengeluh hari ini, sahabat, dalam jemaah ini selalu saja cari masalh.mungkikah sya yg sensitif atau mereka yg sengaja begitu.Tapi takpe ya Allah, selagi mana mampu aku lakukan demi agamamu, maka takkan berganjak aku dari mu.

ya Allah, sya sudah buat page untuk KISAH MULIA, dan juga website www.kisahmulia.com, ini insyaAllah, saya akan jadikan animasi ISLAM yang pertama di Malaysia. ya Allah, lihat semua ini hanyalah untukmu, tiada lain, semua ini untuk mu. Jika bukan untuk mu maka, tidak sya buat semua ini. Ya Allah, berilah saya kekuatan, teguhkan hati saya.teguhkan peribadi saya. ya Allah, walaupn baru start, tak pe insyaAllah, sedikit-sedikit. Perjuangan untuk mu takkan berganjak.

ya Allah, ini saja satu pintaku untuk kali terakhir, ya Allah, kurniakanlah aku isteri yang solehah. yang dapat membimbing diriku, membimbing anak-anakku, dan semua nya. ya Allah, kurniakanlah isteri solehah, yang aku bisa rindu setiap hari, setiap ketika, yang bisa cintai diriku.walaupun, aku ini tak baik.ya Allah Isteri yang boleh beri nasihat, yang dapat faham aku, ya Allah..semoga suaranya mengakhiri penantian.

mshariffuddin

Saturday, May 21, 2011

Cuti Tidak Produktif

MS STUDIO telah rebranding menjadi MS IDEACREATIVE

Alhamdulillah, segala kesyukuran kepada Allah.Dalam banyak2 manusia, Allah pilih aku menjadi orang islam.Alhamdulillah.

Hati ku selalu berubah-ubah. wah, mungkin ada yang tak kena.tapi, kadang2 malas mahu difikirkan.Biasalah, bila otak sudah serabut, perkara yg ada, kita tinggal di tengah-tengah jalan.Tapi, mungkin hatiku tidak sekuat hati orang lain. Dalam hati mahu, tapi anggota kata tidak.Wah, dalam juga bahasa malam ini. hurm..insyaAllah, cuti seminggu adalah cuti yg sgt tidak produktif tapi banyak, ilmu dan pengajaran.antaranya ialah, ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dunia punya,
saya ke sarawak melawat cikgu-cikgu. tapi tujuan asal adalah untuk mengambil sijil SPM, yang sudah lama terbengkalai di Maktab saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar insyaAllah, nnt saya ceritakan lenguh tangan sikit. tobe continued.. :)