Wednesday, July 13, 2011

طالما اشكو غرامى

insyaAllah hayati bersama, sebutan saya, walaupun tak berapa nak merdu.


Tholama asyku ghoromi طالما اشكو غرامى, qasidah yang menjadi kegemaran saya buat masa sekarang ini.Pabila mendengar bait-baitnya dan dendangan qasidah ini,hati saya berbunga-bunga dan sangat-sangat bahagia sungguhpun insan agung yang sangat-sangat dirindui ini belum pernah dilihat oleh kedua- dua mata ini lagi.Namun jauh di sudut hati kecil,doa dipohon agar dianugerahkan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu dengan semulia-mulia insan agung yang sentiasa dirindui.Sesungguhnya inilah sebesar-besar ni'mat yang dikurniakan oleh Allah swt selepas rezeki islam, iman & sihat.Sekadar mengabdikan bait-bait qasidah...hayatilah....
.
طالما اشكو غرامى يا نور الوجود
وانادى يا تهامى يا معدن الجود
Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !
.
منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود
وارى باب السلام يا زاكى الجدود
Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!
.
يا طراز الكون انى عاشق مستهام
مغرم والمدح فنى يا بدر التمام
Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!
.
اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام
فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود
Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!
.
يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب
يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب
Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.
.
وعليك الله صلى ربى ذو الجلال
يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال


Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.
.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments: