Saturday, August 13, 2011

Tinta Hari Ini


Assalamualaikum,
 

Sekarang ini saya masih belum berbuka sepenuhnya jam menunjukkan pukul 10.24 mlm,utk pengetahuan tadi sya makan roti dengan air suam jer. Maklumlah, cek mara baru clear semalam, kena tggu lagi 2 hari sebelum, boleh digunakan. Duit dalam bank sekarang tinggal Dua angka sahaja, tetapi masih bersyukur, Alhamdulillah.

Alhamdulillah saya telah diberi tanggung jawab oleh Allah swt sebagai Head Of Department Promotion & Publication, utk convofair 2011. Bagi sya tugas ini amat berat, kerana ini merupakan pertama kali saya menjadi HOD event, setelah sekian lama tidak join event, seingat saya hampir 1 tahun lebih juga, tetapi, dalam saya tinggalkan event saya join sebuah club di UTP namanya MEDTECH. Mostly we are doing Promotion & Publication stuff. Jadi kerja pnp nie mmg tak asing dalam hidup saya.Dalam medtech, saya banyak belajar sistem-sistem untuk enhancing professionalism dan corporate ethics. Jadi insyaAllah, saya akan aplikasikan utk komiti-komiti kali ini.

Alhamdulillah, saya punyai ahli yang begitu komited willing to learn, eventhough they are new in PnP. InsyaAllah, saya akan menjadi HOD sekejap sahaja sehingga bulan Ramadhan ini. Dan selepas itu, sya tidak dapat bersama mereka lagi, jadi takut2, rindu dengan komiti plak kan..hehe. Hurm, jadi peluang yang ada ini, saya akan cuba introduce to them to the real PnP department sebenarnya.Dengan Key Performance Indicator dan juga strentgh yang kami ada. Saya rasa cukup setakat itu utk huraian tentang dunia PnP dan convofair. Jadi saya ingat saya nak tulis nama ahli saya di sini, supaya bila sya baca balik saya boleh ingat suka duka bersama mereka, antaranya, ialah Aishah Gaffar, Wan Muhd Izzat, Arif, Muhammad Izzat Manaf, Woon Jia jie, dan juga SV kami Naz.Terima Kasih, insyaAllah, selagi saya masih ada ini, saya akan menjadi HOD yang baik, dan yg terbaik pernah korang ada, insyaAllah.

Hurm, seterusnya pasal diri saya. Diri saya, ntahlah tak tahu nak cakap apa, belajar pun ntah kemana, dan result pun sangat menduka citakan, apa boleh buat mungkin ujian Allah, dan juga sikap diri sendiri, yang selalu ambil mudah. Now, saya berada dalam academic probation, saya rasa sgt stressfull. Dahla result teruk masuk event pula, aduh2. sedihnya~ tapi saya tetap percaya dengan apa yang saya buat, mungkin rezeki saya bukan dalam bidang ini, dan saya yakin Allah swt akan membantu saya. Kerana Allah Maha pengasih maha penyayang. Saya pernah nangis bila dapat result teruk, tapi bila dah selalu sgt, saya rasa kalau nangis pun tak guna.Bukan Result itu boleh berubah jadi A pun.

Bagi Saya Plan saya untuk semester ini Gagal. Hurm, saya sedih sebenarnya, tapi nak buat macam mana, huuuh. Mungkin saya selalu berbohong dengan tuhan, dan hanya bersujud bila sya perlu saja. Ya Allah banyaknya dosa saya. Ya Allah, apalah daya ku ya Allah, aku selalu cuba utk jadi hamba yang baik, tapi kenapa selalu saja gagal, ya Allah ampunilah dosa-dosaku.

Biarlah manusia melihat diriku ini happy, tetapi didalam hanya Allah yang tahu. Dalam perjalanan penuh cabaran ini, kembali kepada Allah adalah jawapan dan langkah yang terbaik. semoga Allah hadirkan rasa cinta kepadanya huuh..sedihnya~ nie yang nak nangis nie..o Allah, sesungguhnya dugaan mu pada diri ini sangat hebat, tapi masih kurang hebat berbanding perjuangan Rasulullah, ya Allah terimalah aku ya Allah, aku bukannya nabi lagikan maksum.ya, Aku hanya insan biasa, tak terlepas dosa.saya sekarang jadi serabut pulak, bila fikir semua kelemahan diri. Mungkin sebab terlalu lupa yang saya ini milik Allah. ya Allah, jadikanlah aku hamba yang beriman dan beramal soleh.

Kepada yang merindui, terima kasih kerana merindui diri ini, tolonglah doakan saya yer..InsyaAllah, Allah saja yang mampu membalas baik doa-doa kamu. InsyaAllah, sampai disini dahulu semoga Allah beri saya kekuatan dalam menempuh hari-hari mencabar dalam hidup saya. amin ya rabb.

No comments: