Sunday, October 23, 2011

Solat Jenazah


TUJUAN SOLAT JENAZAH

Solat jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.
Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.

Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

1)Niat Berdiri jika berkuasa 
2)Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram 
3)Membaca surah al-Fatihah 
4)Membaca selawat ke atas nabi Mendoakan mayat Memberi salam 


Nota :
Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah. Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak. 


CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH

Letakkan mayat di hadapan imam Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat 
Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya 



PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH 


1)Berdiri (Bagi yang berupaya) 
2)Niat 
3)Takbiratu Ihram Selepas Takbir Pertama : Membaca Al-Fatihah Selepas 
4)Takbir Kedua : Membaca Selawat Atas Nabi Selepas 
5)Takbir Ketiga : Membaca Doa Selepas Takbir Keempat : Memberi Salam 



LAFAZ-LAFAZ NIAT 

i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)



 



(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)


  

(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)


iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)


  

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)


  

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib)





(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib)


  

(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai


  

(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH



 

3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI



 

Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas.


4.MEMBACA DOA


Doa Jenazah Lelaki

  

Doa Jenazah perempuan


  

Doa Jenazah Kanak-Kanak


  

5.MEMBERI SALAM


 
Sebelum memberi salam eloklah dibaca doa ini:

(jika perempuan  ditukar kepada )








 

No comments: