Saturday, September 22, 2012

Nurul Faizah

#before you read please play this song




Alhamdulillah, hari ini sudah lebih kurang seminggu saya diUTP. Hidupku macam biasa, tak ada yang istimewa pun. Bangun, solat, makan,dan internet. Hurm, buku pun baru sentuh sikit-sikit jer. Hurm, dekat UTP kali ini lain sikit dari semester lepas sebab tak berapa kenal orang. Ada yg kenal, ada yg tak. Rasanya bila tengok orang yg kita kenal tu rasa nak nangis jer, maklumlah macam sebak sikit. (Sebab susah sangat nak jumpa)

hurm, kali ini rasa mcm sunyi jer..nak ajak kawan riadah main futsal, kawan-kawan sudah gi intern. Maklumlah saya nie bukan pelajar pandai, sebab tu lambat sikit. Pelajar pintar selalunya dihadapan, pelajar lambat mcm saya nie lambat sikitla jawabnya. InsyaAllah, saya intern bulan januari jika diizin Allah.

orang kata lelaki kena tabah. Sebab lelaki nanti nak kena jadi imam. saya kata, setabah-tabah imam itu pun menangis bila baca Al-Quran. Inikan saya insan yg lemah banyak dosa ini. But lately, susahnya nak nangis. Selalu cari point nak nangis, tapi tak nangis-nangis maybe, sbb dosa-dosa yg ada ini...

Tapi, satu jer sebab yg selalu buat saya nangis. Pertama sebab saya nangis bila saya dapat markah rendah tiap kali test, kedua..yg nie tak blh sebut kot biarlah disimpan disudut hati yg dalam.

why, i wrote this? sebab tak ada kawan nak cerita, tengok kiri kosong, tengok kanan kosong, semua dah pergi jauh. Ada kawan yg dapat pi oversea...tahniah lah yer semua..anda semua mmg role model saya..dari dulu lagi hingga kini. Tapi nak jadi hebat macam korang semua, mmg susah la.. saya selalu doakan kawan saya menjadi yg terbaik.

seriously, di UTP ini mengajar saya bukan dari segi akademik tapi pekara-pekara lain. Seperti suasana persekitaran, macam mana kita nak biasakan diri, dan mcm mana kita nak overcome stress. Wah, awk ingat saya tak stress ke? stress yg amat dahsyat. one of method saya overcome stress saya suka duduk sorang-sorang layan perasaan, bersendirian itu lebih baik, kan? dan saya suka jalan sorang-sorang, bersama yg tersayang, opss (sila gosip-gosip). Kadang-kadang tu bila bersama dia, saya rasa cerita saya ini ada background music. sebaik-baiknya, klu kita stress ambil wudhuk, dan baca Al-Quran, ada org yg tersyg pesan.. (sila gosip-gosip, haha)

cerita bab music nie, Alhamdulillah, saya sudah susun byk lagu tahun 2012. Sometimes rasa down, buat lagu byk-byk, tapi orang bukan nak dengar pun, kadang-kadang rasa kecewa jugak. Tapi nak buat macam mana, kita komposer tempatan, yg tak sefemes mana pun. biarlah itu semua dugaankan. Bila saya buat lagu, saya suka selitkan apa yg saya fikirkan, apa yg saya rasai. jadi sesiapa yg pernah dengar lagu saya, teruskan support karya saya yer. Bila anda play pun, saya sebenarnya sudah cukup gembira. Minat tak minat itu lain cerita, masing-masing ada cita rasa musik dia sendiri kan? mcm makanan jugak.

wah..sedang asyik menaip tetiba dapat call dari UTP management. Ada borang yang nak kena sain pulak..hurm, oklah semoga yg membaca ini mendapat kasih syg Allah yang tak putus-putus. Doakan saya juga untuk terus istiqamah dalam bidang yg saya ceburi yer.. mshariffuddin

#yg tersyg itu merujuk kepada ustazah faizah saya, yg byk ajar saya..syukran.. klu saya ada anak perempuan nanti, saya nak namakan Nurul Faizah..

Wednesday, September 19, 2012

Practice Suara

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk saya berlatih suara. suara saya sudah lain la.. InsyaAllah, ini sedikit sedutan latihan suara dibilik, walaupun tak berapa nak merdu macam penyanyi asal, tapi layan jerlah..kalau nak best-best, nanti boleh panggil penyanyi asal nyanyi nanti. apa yang saya suka tentang lirik ini ialah pekara yang lepas jangan dikenang, teruskan perjuangan yang masih berbaki. Terima kasih sebab view blog saya tau. mshariffuddin.

Sunday, August 26, 2012

Hiba Berbelaikan Sepi

Hari ini saya ada masa yang terluang untuk berblogging. sebenarnya saya banyak menulis difacebook sebab mudah dan pantas. Sebenarnya, hari ini saya sangat sedih dan terasa hati. Sebab, saya tak punyai kawan muslim yang prihatin. Kebanyakkannya bersahabat hanya sebab sesuatu dan ada kepentingan yang ingin dicapai. Maaf cakap, waktu saya tak ada duit, saya lebih suka pinjam dari kawan saya yang non muslim, sebab mereka jenis yang memahami dan tak mengukit. 

Ayat yang selalu terngiang dalam ingatan ialah, "takpe wei, aku pun pernah rasa tak ada duit, klu tak ada duit mintak jer..bila ada duit nanti bayar balik.." ataupun "engkau tak ada duit ke, meh aku belanja.." Kalau pinjam dengan orang Muslim, hari-hari tanya bila nak bayar ataupun cakap "hari tu kau ada hutang dengan aku kan?" huuuh. Takpelah..

Raya nie jugak, Diaorg ucapkan pada saya selamat hari raya. yang paling saya sedih, saya baru terima 3 message dari kawan muslim ucap selamat hari raya aidilfitri (itupun ringkas). Tapi sangat berbeza dengan kawan saya yang non muslim, mereka tanya khabar, borak-borak, ajak lepak sama, kemudian baru ucap selamat hari raya.

Puasa tempoh hari pun, diaorg ajak berbuka sama. Padahal mereka bukan puasa pun, dan yang paling tak sangka diaorg belanja saya makan (ikan siakap sweet sour tak silap), sbb saya tak ada duit nak buka time tu, first time tahun ini saya makan ikan. Yang ada pun seorang jer kawan muslim yang ajak berbuka, dan berbuka waktu usrah. Boleh kira 4-5 kali, saya buka sama sahabat muslim. Yang lain berbuka dalam bilik dan cafe V2 sorang diri. Ada hari itu, saya berbuka dengan air jer, dan ada hari dengan kurma dalam bilik sebab tak ada duit.Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada ustaz dawi, sbb byk ajak saya gi kuliyah diluar dan masjid, barulah dapat saya makan yang sedap-sedap time puasa. :')

I have loss weight a lot time puasa.. Puasa ini mengajar saya banyak sabar dan berdikari. First time, saya jalan kaki dari UTP to Taman Maju time puasa. Bukan tak nak minta orang hantar, minta hantar jer byk alasan, motor rosak, tak ada helmet, tak ada minyak. hantar pergi stesyen train pun nak mintak duit minyak. Kalaulah saya ada duit...saya cakap cukuplah sekali tumpang orang.. I'm fit now.. 

dan paling terasa hati, bila hari lahir saya diaorg juga ucapkan "selamat hari lahir, Allah memberkati"
Allah memberkati? padahal mereka non muslim. Kadang-kadang, saya terduduk dan terkesima sebentar. Sebab tak pernah lagi, orang Islam yang cakap dekat saya, "Selamat Hari Lahir, Allah memberkati."

saya hanya ingin menikmati rasa seorang muslim. saya tahu saya bukanlah baik sangat, byk dosa..Tapi inilah yang termampu...semoga Allah beri mereka hidayah dan cahaya. I see muslim in non muslim. Maybe they are muslim to be? who knows..

(terima kasih yang belanja saya time puasa lepas, Allah saja mampu balas)

susahnya jadi muslim...huuuh

Saya percaya rezeki ini Allah yang punya. Alhamdulillah. Ya Allah, jadikanlah aku seperti Ahlu Suffah tak ada nikmat tetap bersyukur, bila ada nikmat dikongsi bersama. Ya Allah, kalau saya kaya satu hari nanti, saya nak bantu semua orang susah. 

mshariffuddin                   

Thursday, June 21, 2012

Sajak Tangisan

Tika aku menangis aku pasti tak tenang,
Melihat airmata yang jatuh bercucuran,
Kerana kehausan ditengah kepanasan. 

Kemana harus pergi mencarikan bantuan?
Teguh ku tadah tangan mengharap ehsan tuhan.

Demi tuhan pencipta Alam,
tiada tempat terungkap kalam,
bila tangis luka di dalam,
hati siang menjadi malam.

sudah subuh mentari menjelma,
mengharap luka hilang didada,
apakah ini ujian belaka?
ditepuk dada ditanya minda.

hati mana dapat menahan?
melihat diri ketinggalan zaman,
disaat yg lain jauh dihadapan,
diri ini masih ditawan.

berkecai lah hati teruslah merajuk,
merajuk yang susah mahu dipujuk,
hati yg panas susah sejuk,
ditiup-tiup dikipas-kipas dicucuk-cucuk.
cukuplah sudah jari-jemari,
biarpun dikau menari-nari,
takkan mengubah luka dihati,
hanyalah sekadar mengubat mimpi.

wahai tuhan nun jauh,
hambamu ini bertatih terjatuh,
pimpinlah hamba terus patuh,
agar jiwa menjadi utuh.

hujan diluar sudah berhenti,
tetapi tidak hati ini,
moga hamba dapat meniti,
titian dunia didalam UTP.

nukilan mshariffuddin

Air Mata 5 Jun

Rupa-rupanya, kisahku masih panjang,
Ya Allah izinkan hamba meluahkan rasa dijiwa,
retak seribu retak ditetak oleh teratak yang dipuja segenap manusia.
Hendak kunangis resah ku tanggung,
kenangkan nasib yang tak tertanggung.
astaghfirullah, ya Allah aku memohon keampunan.

Hendakku nangis tiada air mata,
hendakku marah salah sendiri,
hatiku sedih tidak terkata,
inilah ujian hidup berdikari.


Ya Allah apalh dayaku, hamba kerdil banyak dosa..aku ingatkan perjalanan ini berwarna rupanya keruh tidak terdaya. hancur hatiku ya Allah..mengenang kan nasib dipukul ombak sedangkan pantai lagi enak dikunjung manusia. 
Bilakah ini semua akan berakhir?

Ku harapkan hidup bahagia selalu...sayangnya, hidup ku luluh biarpun penat berpeluh-peluh. Ya Allah, gi mana lagi caranya? aku sudah tidak terdaya lagi, menahan azab dunia yg aku percaya ada gembira yg bisa bikin aku bahagia.

Menahan lembut air mata dipipi basah,
susahnya menjadi seorang yang jujur,
biarpun hikmah diasah-asah,
tetapi jawapannya masih terkubur.

Hidup ini mengajar ku tentang tabah,
biarpun banyak airmata dibazirkan,
walaupun pipi ku sentiasa basah,
aku bersabar dengan takdir tuhan.

izinkan aku berisitrehat,
didalam bait-bait bacaan solat,
semoga Allah beri maghrifat,
kekal sabar dan tetap thabat.

nukilan mshariffuddin.

Tuesday, April 24, 2012

Malam Mata Tak Terlelap

Pagi ini 25 April 2012, jam 3.13 pagi. Masih belum tidur, sudah puas mata dipenjamkan namun tetap tidak mahu tidurnya. Hurm, pagi ini rasa jiwa tidak tenteram. Rasa geram, rasa bersalah, rasa gusar, rasa marah dan sebagainya. Ya Allah, banyaknya dosaku.

Saya cuba jadi orang baik, tapi kenapa semua orang tak suka? Kenapa? Saya tak pernah menyakitkan hati sesiapa, malah saya banyak elakkan untuk bercakap dengan orang lain, sebab saya takut bila saya bercakap saya sakitkan hati orang. Tetapi, kenapa ramai orang suka mencari kesalahan saya. Sudah banyak saya menangis disini, dengan result belajar yang tak berapa baik. Dengan dosa yang banyak ini,  saya jadi lebih tertekan. Ya Allah, tiada tempat aku mahu mengadu nasibku, hanya engkaulah sahabat aku, dikala aku sedih, aku susah, engkaulah yang tolong aku.

Ya Allah, ujian yang aku tempuhi masuk tahun 3 ini, sudah sangat mencabar jiwa aku. Ya Allah, aku ini jahatkah? ya Allah, apalah daya aku, insan biasa tak terlepas dosa. Ujian ini sangat hebat ya Allah.

Ya Allah, jika ini yang engkau rasa baik untuk aku, maka tambahkanlah. Agar aku sentiasa menjadi hambamu yang bersyukur. InsyaAllah, bakal aku nukilkan perjalanan hidup aku ini dalam puisi lagu yang mendatang, agar aku sentiasa redha dan meminta dipermudahkan dengan rendah hati.

mshariffuddin

Friday, January 27, 2012

Air Mata 27 January 2012

Ya Allah, malam ini aku sedih sgt..Mungkin ini ujian dan takdir darimu, sudahlah malang ditimpa tangga lagi..ya Allah, tiada tempat aku ingin mengadu nasibku malam ini.

biarlah air mata ini menjadi saksi, betapa peritnya jiwaku menangung ujian ini. ya Allah, kurniakanlah aku sedikit keceriaan. Tiada tempat aku ingin mengadu nasibku ini. ya Allah, hebatnya ujian ini. Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui hatiku saat ini.

ya Allah, hebatnya ujian mu, tak tertanggung zahirku.ya Allah, aku tahu aku banyak dosa padamu. Ya Allah hanya padamu, aku mengadu nasibku yg malang ini. Aku terima dengan ikhlas segala ujian, semoga menjadi kifarah diatas dosa-dosaku.

kadang-kadang, aku rasa menyesal dan tidak tergambar perasaan ku.ya Allah, tolonglah permudahkan urusanku. cukuplah malam ini aku menangis untuk dunia mu ini. sudah banyak aku bazirkan air mata ini. Namun, tetap jua ia mengalir deras laksana sungai yg tiada penghujungnya. Semakin sempit sungai itu semakin deras ia memukul kerikil batu sungai.

ya Allah, tuhan yg membolak-balikkan hati, titipkanlah hati aku ini dengan roh keimanan. berikanlah aku cahaya Muhammad agar mudah aku menyelusuri jalan yg penuh liku ini. Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.

why i cant help even myself? why? and why?

mshariffuddin

Sunday, January 22, 2012

Renungan Sejenak

Bila anda FIKIR....
Fikirlah bersungguh-sungguh,

Bila anda PERCAYA....
Percayalah bersungguh-sungguh,

Bila anda MENCUBA....
Cubalah bersungguh-sungguh,

Kita gagal kerana kita tidak BERSUNGGUH-SUNGGUH.....
Syukur pada yang esa,
Rahmat pemberiannya,
Persaudaraan,keharmonian.

Jalinkan kasih sayang,
Hulurkanlah bantuan,
Kepada yang memerlukannya,
Mari kita bina satu ummah maju jaya,
mula diri,keluarga, sahabat,
masyarakat dan negara.

Dengan satu perjuangan,
Satu arah tujuan,
Di bawah rahmat yang esa,

Kita melangkah seiringan,
satu perjuangan.

Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walau selangkah,
teruskan perjuangan,
Hingga ke akhirnya,
Andai kau gugur,
Andai kau syahid,
Kau diredhai-Nya....

Bicara Nasihat

Kesenangan tubuh itu terletak pada sedikitnya makan,
Kesenangan jiwa itu terletak pada sedikitnya kejahatan,
Kesenangan hati terletak pada sedikitnya kepentingan,
Kesenangan mulut terletak pada sedikitnya perbicaraan.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya dan DIA memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"
( surah at-Thalaq : 2-3)

Thursday, January 19, 2012

Haramkah Aku Jatuh Cinta?

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia yang ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Wednesday, January 18, 2012

Waving Flag



Assalamualaikum,
this song motivate me today, please google it. It spark my mood.

When I get older, I will be stronger
Theyll call me freedom, just like a Waving Flag

When I get older, I will be stronger
Theyll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
But Violent prone, poor people zone
But its my home, all I have known
Where I got grown, streets we would roam
But out of the darkness, I came the farthest
Among the hardest survival
Learn from these streets, it can be bleak
Except no defeat, surrender retreat

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when well be free
So we patiently wait, for that fateful day
Its not far away, so for now we say

When I get older, I will be stronger
Theyll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

So many wars, settling scores
Bringing us promises, leaving us poor
I heard them say, love is the way
Love is the answer, thats what they say,
But look how they treat us, make us believers
We fight their battles, then they deceive us
Try to control us, they couldnt hold us
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers

Write it down

Assalamualaikum,

InsyaAllah, saya ada perancangan baru untuk semester ini. Hopefully, perancangan didalam kepala saya akan menjadi realiti. I need to write it down first ok.

Malam ini saya ada event dekat Main Hall dengan Medtech Crew dan CMD. Harapan saya untuk event malam ini berjalan lancar. Hari ini sudah 5 hari saya puasa Facebook. Semoga diriku tidak tergoda dengan Facebook, sehingga tercapai visi untuk semester ini.

Doakan terbaik utk diriku, semua sahabatku sekalian. Semoga saya sentiasa istiqamah, untuk melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan segala bentuk larangannya. Amin.

mshariffuddin

Monday, January 16, 2012

Hari Ini Disini

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari kedua saya di Universiti Teknologi PETRONAS. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa, dan saya sudah pun register bilik di Village 3. Untuk maklum, sekarang saya berada di IRC, guna OPAC 01, untuk berblogging. Dan juga sudah 4 hari saya puasa FACEBOOK. Agaklah..susah jugak, nak berhenti bila ketagihan  sudah melanda diri, tetapi kugagahi jua utk masa depan.

kelihatan diluar IRC ini, ibubapa sibuk menghantar anak-anak mereka, utk daftar masuk di UTP. Rupanya, hari ini merupakan Minggu Aluan Siswa(MAS). Saja jer buat-buat tak tahu. Hurm, semalam meeting, dengan Media Teknologi Kelab UTP(medtech) dan media facee, tapi untuk kali ini, saya tak jadi media facee untuk MAS, tapi saya sekadar dtg tengok-tengok jer. Bukannya apa, sebab saya malas mahu kacau mood saya yg sedang tertekan dengan study di UTP.

Saya masih belum register subjek lagi. Saya hanya blh ambil 10 kredit hours utk semester ini. Aduhai, terpaksa saya pilih subjek yg mudah utk skor. Semoga saya berjaya untuk kali ini.amin. Ya Allah maafkan saya diatas keterlanjuran yg lalu.

mshariffuddin

Saturday, January 14, 2012

Update 2012

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah Azzawajalla, utk menulis sesuatu sebagai entry permulaan utk tahun 2012.

InsyaAllah, hari ini saya baru update blog, jadi saya juga telah letak lagu-lagu nasyid ciptaan saya di sebelah kanan blog nie, hopefully, anda semua blh dengarkan karya saya ok. Lagu ini semua adalah tentang kehidupan saya, jiwa saya, dan apa yg saya rasa sesuai utk dikongsi bersama. sebenarnya ada banyak lagi lagu ciptaan saya, tapi sayangnya, hardisk saya crash tempoh hari, dan semua data-data lagu, video dan segala bagai data hilang. Tapi, tak mengapa saya start balik dari mula, dari zero sampai sekarang. Alhamdulillah, agak produktif.

Dan hari ini, saya nak balik UTP dan kemungkinan besar saya akan close facebook, buat sementara waktu, saya mahu fokus study memandangkan result saya juga tidak berapa baik. Oklah, semoga berjaya untuk diriku sendiri, amin.

mshariffuddin