Tuesday, April 24, 2012

Malam Mata Tak Terlelap

Pagi ini 25 April 2012, jam 3.13 pagi. Masih belum tidur, sudah puas mata dipenjamkan namun tetap tidak mahu tidurnya. Hurm, pagi ini rasa jiwa tidak tenteram. Rasa geram, rasa bersalah, rasa gusar, rasa marah dan sebagainya. Ya Allah, banyaknya dosaku.

Saya cuba jadi orang baik, tapi kenapa semua orang tak suka? Kenapa? Saya tak pernah menyakitkan hati sesiapa, malah saya banyak elakkan untuk bercakap dengan orang lain, sebab saya takut bila saya bercakap saya sakitkan hati orang. Tetapi, kenapa ramai orang suka mencari kesalahan saya. Sudah banyak saya menangis disini, dengan result belajar yang tak berapa baik. Dengan dosa yang banyak ini,  saya jadi lebih tertekan. Ya Allah, tiada tempat aku mahu mengadu nasibku, hanya engkaulah sahabat aku, dikala aku sedih, aku susah, engkaulah yang tolong aku.

Ya Allah, ujian yang aku tempuhi masuk tahun 3 ini, sudah sangat mencabar jiwa aku. Ya Allah, aku ini jahatkah? ya Allah, apalah daya aku, insan biasa tak terlepas dosa. Ujian ini sangat hebat ya Allah.

Ya Allah, jika ini yang engkau rasa baik untuk aku, maka tambahkanlah. Agar aku sentiasa menjadi hambamu yang bersyukur. InsyaAllah, bakal aku nukilkan perjalanan hidup aku ini dalam puisi lagu yang mendatang, agar aku sentiasa redha dan meminta dipermudahkan dengan rendah hati.

mshariffuddin