Thursday, June 21, 2012

Sajak Tangisan

Tika aku menangis aku pasti tak tenang,
Melihat airmata yang jatuh bercucuran,
Kerana kehausan ditengah kepanasan. 

Kemana harus pergi mencarikan bantuan?
Teguh ku tadah tangan mengharap ehsan tuhan.

Demi tuhan pencipta Alam,
tiada tempat terungkap kalam,
bila tangis luka di dalam,
hati siang menjadi malam.

sudah subuh mentari menjelma,
mengharap luka hilang didada,
apakah ini ujian belaka?
ditepuk dada ditanya minda.

hati mana dapat menahan?
melihat diri ketinggalan zaman,
disaat yg lain jauh dihadapan,
diri ini masih ditawan.

berkecai lah hati teruslah merajuk,
merajuk yang susah mahu dipujuk,
hati yg panas susah sejuk,
ditiup-tiup dikipas-kipas dicucuk-cucuk.
cukuplah sudah jari-jemari,
biarpun dikau menari-nari,
takkan mengubah luka dihati,
hanyalah sekadar mengubat mimpi.

wahai tuhan nun jauh,
hambamu ini bertatih terjatuh,
pimpinlah hamba terus patuh,
agar jiwa menjadi utuh.

hujan diluar sudah berhenti,
tetapi tidak hati ini,
moga hamba dapat meniti,
titian dunia didalam UTP.

nukilan mshariffuddin

No comments: